Monday, July 31, 2017

Benar jantankah Pemimpin Jordan ini?

Hubungan Jordan-Israel Semakin Tegang, Jordan Mahu Pengawal Israel Dihukum
Posted by Ahmad Harith
AMMAN - Satu perempat daripada jumlah keseluruhan 195 ahli parlimen Jordan menandatangani satu petisyen yang mendesak kerajaan agar mengusir duta besar Israel.

Sementara itu, beratus-ratus penunjuk perasaan di Amman menyeru agar perjanjian damai antara Jordan dan Israel dibatalkan.

Ketegangan ini tercetus akibat tindakan petugas keselamatan Israel yang menembak mati remaja Jordan di hadapan kedutaan Israel di Amman dalam demonstrasi pada 23 Julai 2017.

Remaja bernama Mohammad Jawawdah itu dituduh membawa pemutar skru sebagai senjata ketika dalam satu demo rusuhan di depan kompleks kedutaan.

Demo itu sebagai sokongan terhadap warga Palestin yang membantah penutupan Masjid Al-Aqsa oleh polis Israel beberapa hari yang lalu.

Seramai 56 ahli parlimen Jordan pada hari Jumaat (28/7/2017) menandatangani petisyen desakan untuk mengusir duta Israel Einat Schlein dari Amman. Ahli-ahli politik itu juga meminta agar duta Jordan ke Israel Walid Obeidat di bawa pulang.

Ketegangan diplomatik itu dibincangkan parlimen pada hari Ahad. Ahli-ahli politik negara Arab itu juga menyokong penamatan hubungan diplomatik dengan Israel.

Pada hari yang sama kejadian, kira-kira 200 rakyat Jordan berdemonstrasi di Amman dengan melaungkan "Matilah Israel" dan menuntut perjanjian damai Israel-Jordan dibatalkan. 

Mereka kesal kerana tidak dapat memprotes di depan kompleks kedutaan Israel yang dilindungi oleh pasukan keselamatan Jordan.

Raja Abdullah II secara terbuka menyuarakan kemarahannya mengenai apa yang dipanggilnya sebagai "tingkah laku provokatif" Netanyahu.

Kata-kata kasar yang keluar dari pemimpin Arab itu diakibatkan oleh krisis antara kedua-dua negara itu yang juga menandakan hubungan yang tegang telah melanda.

Israel telah meminta agar Duta Besar Israel Schlein kembali ke Jordan dan meneruskan tugasnya. Namun, kerajaan Jordan menolak untuk menerima dia sehingga Israel memberi jaminan bahawa petugas keselamatan Israel yang membunuh remaja Jordan itu diadili.

Pejabat Kementerian Luar Negeri Jordan telah menyerahkan fail siasatan mereka ke Israel. Israel, seperti dilaporkan Jerusalem Post, Sabtu (29/7/2017), mula menyiasat kes itu.

Kaitan: Tindakan Pemimpin Dan Pengikut Kristian

No comments:

Post a Comment