Thursday, May 11, 2017

Sah tertalaq hari ini, tapi dah muka tak malu nak juga duduk sebilik!

Tahaluf siyasi PAS dengan PKR kini sah terbatal
Shakira Buang Hari ini, 6:55 petang
Majlis Syura Ulama PAS hari ini menerima usul dibawa dalam muktamar parti itu baru-baru ini bagi memutuskan bahawa tahaluf siyasi mereka dengan PKR terbatal.

Perkara itu diumumkan setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

"Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa dengan merujuk begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi, maka hubungun politik telah terbatal," katanya.

Beliau berkata keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Antaranya, kata beliau, tindakan PKR tidak menyokong - malah menentang - sebahagian daripada agenda Islam dibawa PAS.

Beliau memetik usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 sebagai contoh tindakan PKR itu.

Katanya, PKR juga melanggar adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej parti berkenaan.

"Khianat dalam hubungan politik dengan PAS.

"Antaranya dengan bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Antara anggota Majlis Syura Ulama PAS yang hadir hari ini ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Anggota Parlimen Pasir Mas yang juga ahli jawatankuasa pusat parti itu, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan ketua penerangan, Nasrudin Hassan.

Bagaimanapun, mengenai isu di Selangor, Majlis Syura Ulama PAS berkata, keputusan lanjut mengenainya diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat.

Majlis Syura Ulama menjelaskan, keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.

Sementara itu, ditanya sama ada pintu rundingan dengan PKR masih terbuka, Nik Muhammad Zawawi berkata, PAS sedia bertemu dengan parti itu.

"Ya, boleh berjumpa (untuk rundingan)," katanya.

Sebelum ini seorang daripada pemimpin tinggi PKR menyatakan kesanggupannya bertemu dengan PAS bagi membincangkan perancangan masa depan mereka.

Pada 9 Mei lalu Malaysiakini melaporkan, Datuk Seri Azmin Ali sebagai berkata, beliau sanggup bertemu presiden PAS walaupun kedua-dua parti kini mempunyai perbezaan.

PAS: Kekal dalam Selangor demi maslahah rakyat
N Faizal Ghazali   Hari ini, 7:22 malam
Walaupun kerjasama politik PAS-PKR secara rasminya terbatal, PAS tetap kekal dalam kerajaan Selangor demi “maslahah” atau kebaikan rakyat, kata Sallehen Mukhyi.

"Kita bersetuju dan akan ikut keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama bahawa tidak akan ada lagi pakatan politik atau tahaluf siyasi dengan antara PAS Selangor dan PKR.

"Kalau (di peringkat) kerajaan negeri, PAS akan terus berada dalam kerajaan Selangor sebab kerajaan itu bertujuan untuk menjaga maslahah rakyat.

"Oleh sebab itu kerajaan yang ada sekarang ini, yang dibina melalui mandat rakyat dalam pilihan raya yang lalu antara PAS, PKR dan DAP bersetuju untuk berada dalam kerajaan," kata pesuruhjaya PAS negeri yang baru dilantik itu.

Majlis Syura Ulama PAS petang ini melaksanakan keputusan muktamarnya awal bulan ini untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Keputusan itu dibuat atas alasan berlaku begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat kerjasama menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS kini berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor iaitu Datuk Datuk Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini Sallehen menjelaskan tidak lagi perbincangan politik dengan PKR akan dibuat, seperti berkaitan pembahagian kerusi dalam pilihan raya umum.

"Perbincangan berlaku dalam kerajaan sahaja.

“Ia akan berakhir apabila DUN dibubarkan kecuali menteri besar tak mahu, dia boleh bawa kepada Tuanku Sultan Selangor," katanya.

* Cantik punya alasan 'maslahah rakyat'. Korang ingat rakyat pilih korang kerana PASkah? Oiii......rakyat pilih korang dulu di atas gabungan Pakatan Rakyatlah wei!

Dah korang tanak dan menyampah dengan Pakatan Rakyat dan korang talaq pula bini yang memberikan karung guni untuk bersenang lenang, korang masih tanak berambus?

Hei......korang ada maruah tak?

DAP tanak boikotkah geng-geng Lebai tadak maruah ni?

6 comments:

  1. Muahahahha....kesian PAN Imayam Perompak Kerusi ADUN PAS Selangor ....tak dapat lah merasa gaji & elaun & bonus EXCO Selangor!!! Lapar pedal punya Kuli Batak DAPIGS @ PAN Imayam! Hahhahhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Azmin nak tunjukkan kepada rakyat kenapa Allah laknat PAS sebagai 'PIGS'!!!

      Sebab perangai macam babi!!!

      Kata orang kuli batak DAPIGS jangan sampai dibangkitakan Allah di akhirat kelak sebagai babi!!!

      ALLAH DAH LAKNAT KAU SEBAGAI BABI, KAU TAK TAHU MALU KE???

      Delete
  2. Kalau ikut pusat mmg nak suruh exco letak jawatan tapi exco lebih arif apa yg kerjaan negeri dah sumbang utk rakyat. Nak ambil tindakan kat exco takut jadi kecoh. Tahnia kpd exco2 yg tetap pendirian n tahu intergroti. Tahniah mb kerana tak melatah pecat krn akan jejaskan lagi ph. Bagi amanah pula jgnlah terlalu agresif n mendesak nanti org akan mula menyampah n kata asyik nak balas dendam aja lakunya. Sepatut amanah skrg tonjolkan diri parti yg lebih baik sebagaai alternatif kpd pas sebagainparti baru walau pemimpin2 nya lama. Ini dr pemuda samapi ke timbalan n presoden semua nak agresif. Tgk video amanah oun asyik belasah aje. Cuba cool down sikit supaya pengundi atas pagar rasa tetarik. Fikir2kanlah. Yyg pas tu biarlah lantak lepas edah nanti dia nak kawin baru ke tuanang dulu ke dgn umno. Skrg rakyat tetekan dgn kos sara hidup yg tingi masalah sosial. Sepatut pemimpin dah mula tirun oadang mendekati golongan ini. Ini nak thk muka mp batu pahat dr pkr pun tak kenal. Sesekali turunlah pasar tani ke pasar mlm ke. Nama pun aku tak ingat. So amanah turun2lqh padang kau ni parti baru. Logo oun org tak kenal lg. Ikhlas bukan mengeji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat comel komen anda ni, jauh berbanding komen bodoh yang pertama di atas. Nat wat camne, memang dia tu bodoh abadi.

      Delete
  3. Dah ku nyatakan dulu geng ostad olama berbelit-belit cakap, bersilang kata, lidah biawak, penipu, pembohong nombor WAHID. Bukan maslahah rakyat. Maslahah jawatan dan nafsu perut dan bawah perut. Siakap senohong gelama ikan duri, dah teruk berbohong akan jadi menteri mencuri.
    PAS kalau ada maruah, mesti letak jawatan dalam kerajaan negeri Sekangor. Kami rakyat Selangor jangan diperbodohkan.
    Memerintah Kelantan pun hak kebajikan rakyat yang terlibat banjir dan hak orang asli dan masalah kebersihan dan nikah cerai hak anak yatim pun tak boleh nak selesai dan berlaku adil.
    PAS ini jenis manusia apa? Cakap agama tapi perbuatan macam syaitan. Halalkah elaun exco, elaun JKK dan ahli majlis untuk diberi makan isteri dan anak cucu. Kami rakyat undi kamu bukan kerana PAS tetapi kami mahu pemimpin zalim diubah dan kepentingan rakyat terbela. Tak takut bala tuhan ke PAS!!!

    ReplyDelete
  4. Bagio ko ni bodoh tahap piang jg tunjuk la...buat malubislam je...

    ReplyDelete