Friday, February 17, 2017

Siti Aisyah: Cerita dari keluarganya versi the Star petikan dari portal Fairfax Media

"Anak Saya Seorang Yang Baik" - Ibu Siti Aisyah
Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 4:51 PM
Dua suspek wanita yang terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam.

JAKARTA: Ibu kepada suspek kedua kes pembunuhan lelaki Korea, Kim Jong-nam mendakwa anaknya, Siti Aisyah sebagai wanita tempatan yang bersikap sederhana.

Ibu Siti Aisyah, Benah berkata, dia juga tidak boleh tidur apabila mengetahui anaknya dinamakan sebagai suspek dalam kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

"Mustahil! Anak saya seorang yang baik," katanya kepada portal Fairfax Media ketika dihubungi dari rumahnya di Ciomas, wilayah Banten.

"Saya juga terkejut, tidak boleh tidur, begitu juga kami sekeluarga di rumah tidak boleh tidur kerana memikirkan nasibnya.

"Anak perempuan saya bukan seperti itu, dia hanya wanita tempatan," katanya.

Selain itu, Benah berkata, Siti Aisyah pernah bekerja di sebuah kedai pakaian di Batam, sebuah kepulauan kecil Indonesia di wilayah Riau dekat Singapura.

Malah anaknya itu sering menghantar wang antara 500,000 dan satu juta rupiah (RM150 dan RM300) kepada Benah pada setiap bulan.

Siti Aisyah juga memberitahu ibunya bahawa dia mempunyai seorang kekasih lelaki warga Malaysia.

Benah hanya mengetahui anaknya ditahan polis Malaysia selepas dihubungi oleh bekas ibu mentua Siti Aisyah.

Dia juga tidak menerima panggilan daripada Kementerian Luar Indonesia atau polis untuk memaklumkan tentang penahanan anaknya itu.

Benah berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya pada Tahun Baharu Cina hujung bulan lepas.

"Ketika itu, dia demam," katanya.

Siti Aisyah ditahan polis Malaysia kira-kira pukul 2 pagi Khamis selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin.

Dia dipercayai bersubahat bersama seorang lagi suspek dipercayai warga Vietnam dengan menyembur racun di muka mangsa di balai pelepasan lapangan terbang berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Imigresen Indonesia, Agung Sampurno berkata, Siti Aisyah meninggalkan Indonesia dari Batam ke Johor pada 2 Februari dan tiada rekod menunjukkan wanita itu pulang ke Indonesia selepas tarikh berkenaan.

Dalam pada itu, bekas bapa mertua Siti Aisyah, Tjia Liang Kiong menolak dakwaan bahawa wanita berusia 25 tahun itu merupakan perisik.

"Saya hanya mampu ketawa. Bagaimana dia boleh menjadi perisik?

"Dia tidak boleh bercakap bahasa Inggeris atau memiliki pengajian tinggi," katanya. - sumber

Pautan: Siti Aisyah Mangsa Penipuan - Naib Presiden Indonesia

3 comments:

  1. Kahkahkah!

    Baru dapat jumpa blog mountdweller.

    Kena blok rupanya, dah lama pun.

    Ok, blog mountdweller88 akan dipautkan ke http://libanglibu.blogspot.my/ & begitulah diharapkan sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow...miker pun baru jumpa blog mountdweller88 ni ghopernye, ajenye antu betoi miker ye! Teman nompang seghonok blogger Isa pun baghu je jumpe blog ni kemaghen sudah selepeh teman kabokan address mountdweller ni dalam blognye. Teman memang ghajin bace blog ni tak peghonahnye putuih, kalo tak bace jadi libang libu ati peghot ni.

      Delete
  2. zaman lani silap haribulan kita dibuat kerisek
    orang lain yang sodap
    hati hati ya saudara sakalian
    sekian dimaklumkan

    ReplyDelete