Wednesday, May 25, 2016

Kerusi Sg Besar: Pemimpin PKR jumpa Haron Din pula?

Wednesday, May 25, 2016
Pemimpin PKR jumpa Haron Din bincang kerusi Sg Besar?

TERKINI

Ada maklumat yang sampai kepada saya, malam tadi pemimpin tertinggi PKR berjumpa dengan Murysidul Am Pas, Dr Haron Din dipercayai untuk mencari formula bagi menghadapi pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pemimpin PKR berkenaan katanya datang bersendirian dengan memandu kereta ke rumah Haron di Bangi. Tidak dapat dipastikan apakah butiran perbincangan mereka berdua. Saya difahamkan pemimpin PKR itu bersungguh menyakinkan Haron Din supaya memberi laluan kepada PKR bertanding di kerusi Sungai Besar.

Kerusi Sungai Besar menjadi rebutan di kalangan pembangkang khasnya Pas dan Amanah. Kedua-dua mendakwa mempunyai peluang mampu menumbangkan BN kalau diberi laluan. Kedua-dua parti itu "bergagah" antara satu sama lain.

Beberapa perbincangan mencari persefahaman antara pembangkang dilakukan, tetapi gagal mencari kata putus. Difahamkan hasil pertemuan pemimpin PKR dengan Haron itu akan menjadi kata pemutus dan dilaporkan dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.

Menyedari sukar penyelesaian itulah mungkin menyebabkan pemimpin tertinggi PKR mengambil inisiatif berjumpa dengan Haron Din. Haron dianggap boleh memberi pencerahan bagai menyelesaikan pertikaian di Sungai Besar itu kerana beliau dianggap pemimpin spiritual dalam Pas. [wm.kl.8:43 pm 25/05/16] - MSO

2 comments:

  1. Hahaha, tumpang spiritual orang lain. PKR tak der spiritual leader. Jd selama dok merapu lah. Yang ada spiritual leader pon merapu jgk. Mamposs negara.

    ReplyDelete
  2. Sudah lah.....Harun Jin tu, dia sendiri dok tadah muncung makan dedak gred AAA yang ditabur Tim Presiden UMNO. Macam mana nak beri nasihat supaya jangan lawan UMNO..?

    ReplyDelete