Saturday, May 28, 2016

Bila 'barua' tukar 'tokey'

Zam: Tunku Aziz dulu 'barua' DAP
mk - (Dikemaskini 24 Mei 2016, malam 9:12)
Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin membidas bekas presiden Tansparency International Malaysia, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kerana membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menulis di Twitter, Zainuddin yang juga dikenali sebagai Zam, menekankan perbezaan antara bekas ahli DAP itu dan bekas perdana menteri.

Menjawab seorang pengguna twitter yang berkata bahawa Tunku Aziz telah meninggalkan DAP, beliau berkata:

“Betul tapi dia pernah derhaka pada raja bila sanggup jadi barua parti nak hapuskan raja tapi Mahathir nak guna DAP.”

DAP yang dikuasai masyarakat Cina lazimnya dilemparkan dengan tuduhan mempunyai agenda untuk melemahkan kedudukan orang Melayu, Islam dan Raja-Raja.

Pemimpin DAP telah berulang kali menafikan dakwaan itu dan menyalahkan seteru politik mereka melancarkan kempen fitnah untuk menyemai rasa tidak percaya dan marah di kalangan pengundi Melayu.

Terdahulu, Zainuddin menyifatkan Tunku Aziz sebagai "talam dua muka" dan menuduhnya menjatuhkan martabat Melayu.

“Keluarga Diraja Kedah Tunku Aziz masuk DAP lebih jatuhkan martabat Melayu dari dakwaan Mahathir kata (Yang di-Pertuan) Agung dalam tahanan dirumah.Talam dua muka.

“Tunku Aziz ex-DAP adu polis Mahathir kata (Yang di-Pertuan) Agong under house arrest.Tangkap dia dulu lebih dahulu kerana ajar Mahathir subahat dengan DAP,” tulisnya.

Semalam, Tunku Aziz yang juga adalah penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), membuat laporan polis terhadap Mahathir atas kenyataan beliau mengenai raja-raja.

Pada sebuah majlis baru-baru ini, bekas perdana menteri itu mendakwa beliau gagal mendapat perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan lebih sejuta tandatangan melalui Deklarasi Rakyat.

Katanya, ini memandangkan Seri Paduka kini menjadi "tahanan dalam rumah".

Deklarasi Rakyat bertujuan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan berjaya menyatukan bekas musuh politik bekerjasama demi agenda bersama.

No comments:

Post a Comment