18 April 2016 | BORHAN AHMAD
Orang kepercayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyertai PKR tidak lama dahulu, Datuk Kamarudin Jaffar telah dilantik sebagai Ketua Sekretariat Deklarasi Rakyat, sebuah badan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Setiausaha Agung PAS itu dilantik dalam mesyuarat penuh gerakan Selamatkan Malaysia yang disertai para pemimpin pertubuhan dan parti politik Jumaat lepas.
Kamarudin, bekas setiausaha agung Abim sewaktu dipimpin Anwar, ketika dihubungi mengesahkan perlantikan itu yang katanya dibuat di hadapan semua pemimpin utama gerakan untuk menyingkirkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ya betul, saya dilantik dalam mesyuarat Jumaat lepas," kata Kamarudin yang sebelum ini dilantik oleh PKR untuk mengendalikan pejabat Ketua Umum PKR ketika Anwar berada dalam penjara.
Perlantikan Kamarudin dipercayai sedikit sebanyak meredakan ketegangan antara kumpulan-kumpulan dalam PKR yang selama ini menentang gerakan pimpinan Tun Mahathir ekoran hubungan dingin Tun Mahathir dengan Anwar.
Di samping perlantikan Kamarudin yang juga bekas Pengarah Urusan Harakah, lidah rasmi PAS dan ahli parlimen Tumpat itu, Deklarasi Rakyat juga kini mendapat pejabat baru yang disumbangkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Kamarudin dipercayai akan bertugas mengendalikan sektretariat gerakan ini sehingga matlamat untuk menjatuhkan Najib daripada jawatan perdana menteri tercapai.
Sebelum ini, Datuk Zaid Ibrahim dianggap sebagai setiausaha kepada gerakan ini kerana beliau mengetuai jawatankuasa penyelaras termasuk menganjurkan Kongres Rakyat di Shah Alam, 27 Mac lepas.
Zaid turut berada dalam mesyuarat yang melantik Kamarudin itu.
Kongres yang disertai semua pemimpin yang menyokong gerakan pimpinan Tun Mahathir ini dianggap berjaya menyampaikan mesej yang jelas kepada rakyat namun belum berjaya menyatukan semua kumpulan dalam PKR untuk bersama-sama Tun Mahathir yang dianggap musuh tradisi Anwar sebelum ini.
Dalam satu forum di Shah Alam Jumaat 14 April lepas, Tun Mahathir menegaskan, fokus gerakan ini adalah untuk menjatuhkan Najib sahaja, sesuatu yang dipersetujui oleh semua yang menyertai gerakan ini.
"Jika Najib kekal, jangan harap Anwar boleh dibebaskan," kata Tun Mahathir menjawab persoalan yang diajukan kepadanya secara bertalu-talu oleh peserta forum itu yang ingin tahu apakah membebaskan Anwar juga menjadi tuntutan gerakan yang beliau pimpin itu.
Deklarasi Rakyat dilancarkan oleh Tun Mahathir pada 4 Mac lepas dengan 45 tokoh ternama negara menandatanganinya di hadapan para wartawan. Mereka termasuklah bekas pemimpin Umno, pemimpin PKR, DAP dan Amanah dari Pakatan Harapan, pemimpin PAS dan pertubuhan bukan kerajaan.
Deklarasi ini bertujuan untuk memujuk Majlis Raja-raja agar menasihatkan Najib supaya meletakkan jawatan.
Mereka mensasarkan satu juta tandatangan menjelang 15 Mei ini sebelum ia diserahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu yang dijadual bermesyuarat beberapa hari selepas itu.
Datuk Kamarudin Jaffar

No comments:
Post a Comment