Saturday, April 23, 2016

Bantah AES sokong KEJARA

Kenyataan Media.

BANTAH AES SOKONG KEJARA.

1.Pengumuman kerajaan untuk menambah jumlah kamera AES sebanyak 1200 serentak dengan  perlaksanaan bersepadu AWAS gabungan AES dan KEJARA sangat mengejutkan.Tindakan ini akan membawa kepada pindaan Akta Pengangkutan Jalan bagi membolehkan perlaksanaan gabungan AES dan KEJARA (AWAS) yang di jangka pada sidang Parlimen 16 Mei ini

2.Apa yang saya maksud mengejutkan ialah perlaksanaan gabungan dua kaedah ini iaitu AES dan KEJARA didalam gabungan yang dinamakan AWAS akan membawa kepada pesalah trafik akan di kenakan 2 KALI HUKUMAN bagi SATU KESALAHAN.Pertama pesalah trafik di hukum dengan membayar denda oleh Mahkamah atau kompaun tak kurang RM300 dan tak lebih RM2000 dibawah AES dan kedua di GANTUNG LESEN memandu dibawah KEJARA apabila mencapai 60 mata demerit.

2 HUKUMAN UNTUK 1 KESALAHAN BERTENTANGAN DENGAN NATURAL JUSTICE.

3.Tindakan menghukum 2 kali bagi satu kesalahan ada lah sangat bertentangan dengan natural justice.Ini menunjukan perlaksanaan AES bukan bertujuan mendidik pengguna (Pemandu) jalan raya tetapi sebagai sumber pendapatan kerajaan yang begitu terdesak dengan masaalah kewangan.Sebelum ini AES dikata untuk mendidik hanya sebagai alasan untuk merompak pesalah trafik.

4.Kenyataan TPM Datuk Zahid Hamidi kononnya AES sebagai pencegahan satu pembohongan.Kalau nak cegah cukup dengan mendidik dengan denda gantung lesen,khidmat sosial dan refom pembelajaran sekolah memandu serta kempen cegah kemalangan jalanraya yang lebih berkesan.Kalau nak didik pemandu untuk cegah kemalangan dengan hukuman denda ambil wang dari pesalah,apa akan jadi pada syarikat pengendali AES kalau pemandu tak buat kesalahan jalan raya,kesannya ialah LTAT sebagai syarikat pengendali akan mengalami kerugian.Anggota Tentera lah yang jadi mangsa.Sedangkan tujuan LTAT mengambil alih operasi AES adalah atas faktor menjana pulangan keuntungan untuk LTAT bagi memberikan pulangan yang lebih tinggi kepada anggota ATM yang mencarum dalam LTAT.

HAPUSKAN HUKUMAN DENDA WANG

5.Kini dengan bakal perlaksanaan AWAS menunjukan secara jelas yang AES untuk kerajaan rompak duit pesalah trafik dan KEJARA gantung lesen untuk didik pemandu.Jika kerajaan benar ikhlas untuk didik pemandu mematuhi undang undang jalan raya dan bukan nak rompak wang rakyat, hapuskan hukuman denda wang ringgit dan cukup dengan kuat kuasakan KEJARA yang telah sedia ada iaitu sistem mata demerit yang membawa penggantungan lesen memandu dan boleh ditambah dengan hukuman khidmat sosial.

6.Saya BANTAH AES DAN SOKONG KEJARA.Saya akan membantah dan menolak jika pindaan akta Pengangkutan Jalan yang membawa kepada 2 kali hukuman bagi satu kesalahan pada sidang Parlimen Mei ini jika kerajaan membentangnya.

#UndurNajib
#RefomUndangUndagJalanRaya
#SelamatkanMalaysia

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
3Ptg Bandar Seri Putra,Bangi
22 Apr 2016/14 Rejab 1437H

No comments:

Post a Comment