Saturday, March 3, 2018

Tanggunglah kamu dunia, akhirat!

Sarawak akan pinda undang-undang bagi mudahkan mualaf keluar Islam
Desmond Davidson · Diterbitkan pada 3 Mar 2018 4:06PM
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata pihak negeri akan mengambil masa enam bulan untuk menyediakan pindaan berhubung kes murtad. – Gambar Facebook, 3 Mac, 2018

SARAWAK akan meminda undang-undang agama negeri agar mualaf yang ingin kembali kepada agama asal tidak dibiarkan "tergantung" jika mereka memutuskan untuk keluar daripada Islam, kata Ketua Menteri Abang Johari Openg.

Katanya, pindaan itu akan merangkumi prosedur operasi standard (SOP) mengenai apa yang perlu diubah jika mereka ingin murtad. Abang Johari menambah ia akan mengambil masa enam bulan bagi negeri untuk menyediakan pindaan itu.

"Kami sedang menelitinya. Pasti ada SOP (kerana) anda tidak boleh membiarkan mereka 'tergantung'," kata Abang Johari berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa lalu yang mengetepikan rayuan tiga mualaf dan seorang wanita Melayu bagi membolehkan kes murtad mereka didengar di Mahkamah Tinggi Sivil.

Ia susulan Mahkamah Syariah Sarawak memberitahu ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan murtad mereka.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan memutuskan Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa mendengar kes-kes murtad.

Mahkamah Syariah pada 2015 juga menulis kepada empat individu berkenaan yang menyatakan ia tidak dapat memberikan surat keluar daripada Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh Jabatan Pendaftaran Negara kerana perkara berkaitan bidang kuasa.

"Harus ada jalan bagi mereka (mualaf) supaya mereka tidak akan terikat dengan masalah (pentadbiran)," kata ketua menteri itu selepas majlis perasmian Sekolah Antarabangsa St Joseph di Kuching hari ini.

Ketua menteri itu berkata jika ada kelemahan dalam ordinan negeri, maka ia harus diatasi dan ordinan diperkukuhkan.

"Tiada masalah. Pasti ada penyelesaiannya," katanya.

"Harus ada keputusan mahkamah untuk mengatakan beliau bukan lagi seorang Islam yang perlu diterima oleh JPN."

Semalam, Pakatan Harapan (PH) Sarawak telah menyeru Jabatan Agama Islam Sarawak "membuat garis panduan dan keperluan yang jelas" bagi mereka yang ingin keluar daripada Islam secara sukarela supaya surat pembebasan dapat dikeluarkan.

Mereka juga menyeru kerajaan Sarawak meminda undang-undang agama negeri yang berkaitan bagi menyediakan keperluan untuk surat pembebasan memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes murtad.

PH mengatakan garis panduan dan keperluan yang jelas diperlukan dengan segera supaya orang yang ingin meninggalkan Islam jelas apa yang perlu mereka lakukan.

Mereka berkata tiada prosedur yang ditetapkan pada masa ini dan "setiap orang diberitahu perkara berbeza, yang membawa kepada kekecewaan dan tidak berdaya". – 3 Mac, 2018.

* Menyedihkan? 
Yang nak balik semula ke agama asal adalah kerana gagal memahami Islam. Jadi jika ini berlaku adalah kerana gagalnya institusi Islam berdakwah dan memahamkan mereka. Bagaimana agaknya di sisi Allah?

3 comments:

  1. lani dakwah banyak abeh masa untuk ornag yang dilahirkan islam pasai ramai dah mula lalai nagn ajaran uagama sendiri
    dakwah untuk orang kapir tersekat sekat
    sebelum kpair nak masuk islam kena bagi depa paham betoi betoi islam
    bagi tau kalau dah masuk islam nak murtad ikut ajaran islam dihukum bunuh
    ornag islam nak murtad sarawak tak buat hukum baru ke bagi mudah lagi?????

    Nabi n sohabat bergadai nyawa harta untuk kembnagkan islam .lani ramai yang bergadai harta nyawa nak dapat kuasa

    jauhi puak islam jenih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Johor's Sultanate asked why is JAKIM getting 1 Billion annually......there must be a or multiple reason/s why ISLAM is being pawned!

      Likewise, ISLAM is not the problem, the people running it is/are!

      Look up the index of How Islamic a Country is being administered/governed and, New Zealand come out top!?

      Delete
  2. Klu masuk islam sbb dirasuah dgn kebendaan, sbb itu mrk mudah nak keluar dr islam. Cuba tengok reverts ke islam di barat. Mrk mengkaji dgn mendalam secara ikhlas dan mendapat hidayah. Makin hari iman makin kukuh. Murtad? Jauh sekali. Jd utk mengislamkan org, cash is NOT king!

    ReplyDelete