Saturday, March 3, 2018

Edisi bengong: DAP yang ditohmah, DAP juga yang salah!

Kononnya MCA nak gunakan isu dan sentimen ini untuk pikat balik hati komuniti cina jauhi kepada MCA dan menjauhi DAP

Adakah majoriti komuniti cina akan berpaling?

'DAP berani pegang tangan Nazri, tapi takut menegur'
mk  |  Dikemaskini 3 Mac 2018, 5:23 petang
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemimpin DAP seperti Anthony Loke dan Lim Guan Eng tidak berani menegur 'teman' mereka Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berhubung kenyataan beliau terhadap hartawan Robert Kuok.

"Jika (Setiausaha Organisasi DAP) Loke seorang teman Nazri, beliau patut menasihatkan Nazri berkaitan isu Kuok, beliau patut menyampaikan perasaan masyarakat Cina.

"Saya likat Loke atau (setiausaha agung DAP) Lim takut untuk menyampaikan perasaaan masyarakat Cina kepada Nazri.
"Kita semua dapat melihat mereka takut menegur Nazri, tetapi berani memegang tangannya," Liow berkata demikian dalam sidang akhbar beliau di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur hari ini.
Bidasan Liow ini merujuk pada ketika Nazri dan Lim berpegangan tangan semasa pelancaran Rainbow Skywalk di Pulau Pinang pada 2016.

Kedua-dua pemimpin ini diketahui memiliki hubungan yang rapat walaupun berbeza secara politiknya.

MCA dan Nazri bertelagah selepas serangan menteri itu kepada Kuok yang didakwa pengendali blog Raja Petra Kamaruddin sebagai mendanai DAP.

Kedua-dua Kuok dan DAP menafikan dakwaan ini.
Nazri melabel hartawan berusia 94 tahun itu sebagai 'pondan' dan 'ayam betina' serta mencabar orang paling kaya di Malaysia itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden MCA dalam sidang akhbar sama juga berkata MCA berhadapan dengan saingan sengit dalam pilihan raya kerana 'musuh' mereka DAP mahu menghapuskan parti itu.

"Ini perkataan yang mereka guna. Mereka mahu 'menghapuskan' (exterminate) MCA sepenuhnya.

"Itulah mentaliti yang ada pada DAP," kata beliau.

2 comments:

  1. DAP pegang tangan saja tapi MCA dan UMNO kan tidur sekatil, selimut sekali. Bila dah tak ada pengaruh maka meracau-racaulah belaan ni.

    ReplyDelete
  2. beliau patut menyampaikan perasaan masyarakat Cina.

    melayu pun ada perasaan
    bila melayu nak berhukum ngan hukum islam china
    menentang apa hal pulak
    ini kan asal tm
    tk bnayak kat melayu amoano yang ikut perintah britis bagi hak kat china

    ReplyDelete