Thursday, March 1, 2018

Kerana kedaifan dan kos sara hidup, golongan ini tidak ada masa pedulikan isu keliling?

* Logiknya kepada yang berduit, golongan ini senang dicaturkan......

Penduduk Felda Chini: Equanimity, apa tu?
Zikri Kamarulzaman      Hari ini, 9:59 am
Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil peluang dalam ceramah sulungnya sebagai pemimpin pembangkang di Pekan, Pahang malam tadi untuk menyentuh tentang kapal layar mewah milik ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low yang telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Bagaimanapun, ia mungkin satu berita besar bagi mereka di kawasan bandar, tetapi lain pula halnya bagi orang ramai di Felda Chini malam tadi.

"Kerana duit ni (yang digunakan untuk membeli kapal layar mewah itu) dicuri dari 1MDB, sebab itu Indonesia sanggup rampas kapal besar ni," kata Mahathir dalam ucapannya.

Ia hanya menarik tidak ramai daripada 600 hadirin, yang memberi tepukan kepada bekas perdana menteri itu.

Sambutan dingin itu mungkin disebabkan penduduk Felda tidak biasa dengan isu tersebut.

"Saya tidak pernah dengar pasal ni," kata Rahim Umar, 50, kepada Malaysiakini.

Begitu juga dengan Saiful Aiman, 30, ​​yang tidak tahu tentang kapal layar itu - bernama Equanimity - dan kaitannya dalam skandal 1MDB.

"Ini kali pertama saya dengar. Benda macam ini kita tak tahu," kata pekerja ladang itu.

Manakala seorang kawannya, yang enggan dinamakan, tidak tahu bahawa Mahathir bercakap tentang kapal yang dicuri.

"Ada kapal hilang ke?" tanya pemuda itu.

Kapal layar mewah

Pakatan Harapan turut menggunakan skandal 1MDB yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, untuk menarik sokongan terhadap gabungan pembangkang itu menjelang pilihan raya umum ke-14.

Bagaimanapun, 1MDB tidak begitu menarik banyak minat di kawasan luar bandar, di mana pengundi lebih mengambil berat tentang isu-isu mengenai kos sara hidup.

Kapal layar milik Low dilaporkan telah dibina khas untuknya pada tahun 2014 pada harga AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion).

Jabatan Kehakiman AS (DOJ) sedang berusaha untuk merampas kapal itu sebagai sebahagian daripada pelucutanhak aset di bawah tindakan anti kleptokrasi.

DOJ mendakwa bahawa Equanimity dibeli dengan wang yang digubah yang didakwa diseleweng dari 1MDB.

2 comments:

  1. Should have explained to Felda folks like this, if the RM 1 billion cheated money equally distributed to all Felda family, each family can eat breakfast/ lunch/ dinner for free the next 10 years...

    ReplyDelete
  2. Tak apalah admin....lama2 diaorang tau la juga...sbab anak2 oranf asal tu bukan smua bodoh...ada yang jadi doctor,peguam,guru dll...Cuma belum sampai masanya lagi agaknya untuk anak2 orang asal mendedah hal yang sebenar....!Lambat atau cepat akan sampai kepengahkiranya...

    ReplyDelete