Sunday, March 4, 2018

Isu yang aku menyampah nak dengar

Kita sudah puas pujuk Pas, kata Nurul Izzah
MALAYSIA DATELINE  -  March 3, 2018 7:58 pm
“Kita sudah puas pujuk PAS”, itulah ungkapan yang dilafazkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kepada perwakilan Pakatan Harapan (PH) Perak dalam Taklimat Penerangan dan Komunikasi PH Perak di SSL Trader Hotel, Kamunting Perak hari ini.

Beliau menjawab persoalan Perwakilan PKR yang mengajukan soalan bagaimana untuk berhadapan dengan rakyat untuk menerangkan perihal PAS tidak bersama dalam PH untuk PRU14 yang akan datang ini.

“Orang Pas tidak semestinya akan undi Pas pada PRU14 ini!

“Calon-calon kita, jentera kita buat baik kepada mereka. Beri penerangan kepada mereka, mereka akan undi PH pada PRU14 nanti,” tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PH Perak, YB Chang Lih Kang, Setiausaha PH Perak, V Sivakumar, Datuk Seri Khairuddin Hasan dan YB Senator Aisyah.

* Untuk apa usaha memujuk pada golongan yang tidak boleh dibuat kawan setia. Penuh dengan bohong dan putar belit, tikam belakang!

1 comment:

  1. Fasa memujuk PAS itu telah berlalu dan PAS lebih rela bersama dengan UMNO. Semasa dalam fasa memujuk itu mungkin bertujuan supaya PAS dapat segugus dalam pakatan pembangkang untuk memberikan impak yang lebih padu, tetapi dasar pemimpin PAS yang ada kini yang angkuh lagi bodoh apatah lagi telah menelan umpan dedak, lebih baiklah PAS dipersetankan terus.

    ReplyDelete