Friday, March 2, 2018

Datuk Mufti libas sape ni?

Apakah makna takbir yang dilaungkan itu?'
mk  |  Dikemaskini 2 Mac 2018, 3:02 petang
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini melontarkan pertanyaan, apakah yang sebenarnya dibesarkan oleh penyokong parti politik apabila mereka melaungkan takbir.

Katanya, adakah mereka benar-benar membesarkan Allah atau sebaliknya sekadar membesarkan parti sendiri dengan menggunakan nama tuhan.

Menurut Mohd Asri dalam keadaan begitu jugalah sesetengah individu berasa "hairan" apabila melihat ada artis menggunakan nama agama di kelab malam.

"Apakah beza antara hal itu dengan apa yang orang politik lakukan selama ini ketika memperdagangkan agama untuk undi pilihan raya? Bahkan orang politik dalam banyak hal lebih dahsyat!" katanya hari ini.

Mohd Asri yang selalu mengulas pelbagai isu semasa juga mengingatkan ada parti politik yang menggunakan ungkapan "berjuang dan berpolitik untuk menegakkan hukum Allah" tetapi pada masa sama melanggar apa yang dilarang Islam.

Baca Syarikat tudung Neelofa mohon maaf

Katanya ganjil benar apakah yang difahami oleh pihak terbabit mengenai "hukum Allah" yang selalu diulang-ulang berkenaan.

"Tidakkah menurut hukum Allah kita dilarang memaki hamun, menggelar orang lain dengan gelaran buruk, mengkafir sesama Muslim, berbohong apatah lagi atas nama politik agama, memfitnah orang lain, memutar belit nas-nas agama untuk kepentingan politik kepartian, rasuah, menentukan sah batal amalan agama berdasarkan sokongan kepada parti apa lagi menentukan syurga neraka dengan lambang parti politik.

"Tidakkah dalam perjuangan mereka yang kononnya atas nama menegakkan hukum Allah, entah berapa banyak hukum Allah yang telah dilanggar," katanya.

Justeru menurut Mohd Asri, berdasarkan tindakan yang dapat dilihat itu mendorong pertanyaan sama ada kumpulan parti politik itu memang mahu menegakkan hukum Allah atau sekadar mahu meraih undi dalam pilihan raya.

Bagaimanapun mufti itu tidak menamakan kumpulan atau parti politik terbabit.

"Jika ada parti yang tidak terbabit, jangan terasa," katanya.

4 comments:


  1. See d BIG-picture/system please..

    Cari definasi/MAKNA/erti perkataan Dajjal?

    definasi/MAKNA/erti hakiki Dajjal itu=pemBOHONG!

    Dajjal yg konon2nya bermataSATU itu hanyalah "metafora"/kiasan yg sudah PASTI PASTI n PASTI tak dpt digapai/difahami oleh lebai2 Dajjal=pemBOHONG yg sgt2 ciput IQ nya itu..

    Kpd yg sgt2 'prasan' GAH dgn MA n PhD yg balik drp Arab/Mesir/Jordan tu please, tolong tolong n tolonglah jgn mnjd Dajjal=pemBOHONG yg masih asyik2 bercerita pasal Dajjal yg "TERSOMBOL" yg bermataSATU itu, sebaliknya cari cari n carilah sbnr2 sdlm2nya definasi/MAKNA/erti hakiki Dajjal=pemBOHONG yg dah terang SEKALI ddepan mata kamu itu!

    Ingat, erti/MAKNA/definasi Dajjal itu=pemBOHONG fulstop!!



    Apb seluruh cabang SYSTEM telah menDajjal=berBOHONG=mmperALATkan rkyt jelata..

    Apb cabang kehakiman HAKIM2, POLIS, SPRM, SPR, PENDIDIKAN termasuk JAKIM "menDajjal" rkyat!

    DAN..

    Lebih Dajjal dari sgl2 Dajjal2=pemBOHONG adalah siDajjal-Al'Maseh yg bertopeng/KULIT/lagak berjubah bersorban berkopiah berjanggut "menunjuk2/Ria'" ego-GLAMOR kebolehan mrk berbahasa Arab yg TAK seberapa pun, dgn memutarBELIT kalimat2 Takbir, Islam, kafirHARBI, hudud, taawun, tahaluf, tabayyun, Dajjal dll..yg pd hakikat hakikinya mrk sendiri pun TIDAK bnar2 arif/hadam memahami n mnghayati definasi/MAKNA/erti perkataan2 yg mrk sebut itu, krn IQ mrk yg memang jls betul2 cipuut yg hanya dipuja puji oleh siSIKU n siLUTOT jer!

    BAYANGkan..siDajjal jenis ini bercerita mntafsir n mmberi KHUTBAH pasal siDajjal-Al'Maseh yg bermataSATU yg di"metafora"kan ddlm hadis itu, sbaliknya siDajjal jenis ini langsung TAK sedar sikitpun bhw dirinya itulah sbg sbnr2 Dajjal-Al'Maseh=pemBOHONG itu, yg langsung TAK mrk sedarinya smaskali hi hi..

    BAYANGkan...siDajjal jenis ini dgn tolol GOBLOKnya yg langsung TAK tau maksud "metafora" hadis itu, terus2an berKHUTBAH menDajjal=mmBOHONGI pemikiran ummah utk menunggu n mncari2 siDajjal yg terJOJOL terSOMBOL didahi "satuMATA"nya itu, kah kah kah!

    BAYANGkan lg...dgn dakyah siDajjal jenis ini ddlm youtube n dikaca2 tv tiap2 ari abis2 rosak jahannam "pemikiran" fikrah/fitrah/AKIDAH ummah trutama dihulu2 kampong krn tidak dpt melihat hakikat pemBOHONGAN=Dajjal yg jls TERANG2an menipu menCURI merompak harta negara ini, krn tertipu terKELIRU dikhayalkan oleh jenis siDajjal-Al'Maseh ini dgn isu2 trivial remeh yg TAK releven smaskali, semata2 tujuannya utk mengalih ISU BESAR agar rakyt jelata TAK NAMPOK n tertipu KELIRU!!

    BAYANGkan...TIADA TIADA TIADA n TAKDE sorang pun puak2 siDajjal-Al'Maseh ini yg akan bercakap soal berbillion "DERMA" suci pak Arab kdlm akaun peribadi, kenapa? kenapa?? kenapa??? Kita smua maklom betapa RAKUS-barbaric nya perangai raja2 Arab,so bolehkah kita percaya lg dgn Dajjal=pemBOHONGAN sebegini..TETAPI bagi puak2 siDajjal-Al'Maseh ini mrk terus PERCAYA n "berpuas hati" ho ho..


    Ha ha..org yg mrk tuduh DAPigs n KafirHARBI tu pon leh nampok Dajjal=PemBOHONG dgn terang!!

    Oh! alangkah Dajjal seDajjal2 Dajjalnya, si puak2Dajjal-Al'Maseh nih, renong2kanlah sdlm2nya.. adakah lg yg LEBIH Dajjal lg drp spesis ini hi hi..


    ReplyDelete
  2. ynag patut malu ornag islam yang ada kuasa n jawatan dalam negara tm ni nak bersatu jalankan hukum hukum Allah pung tak mahu
    malu malu
    tau nak berebut nak makankederah
    tak abeh abeh
    tunduk ngan kehendak kapir
    tadi ada satu masjid pengge kapir meniaga dalam kawasan masjid ngan dedah aurat
    sempena raya kapir konon
    dah terok dah tak kan tak da duit smapai kena sewa tempat kawsaan masjid kat kapir punya nak cari duit
    tak cukup ngan pemimping duk minta duit kapir dari medeka sampai lani
    malang sungguh bangsa melayu dipimping oleh melayu jenih ni
    hidup ugama islam tapi berhukum nagn hukum toghut .makin mengarut

    ReplyDelete
  3. Tp depa ada no ahli, jamin masuk sorga. Dr asri ada?

    ReplyDelete
  4. Mufti Asri libas umno pas hadi awe. Hihihi

    ReplyDelete