Thursday, March 1, 2018

Berang kerana terkantoi ker apa ni?

Nik Abduh nafi audio sumpah jadi abu
MALAYSIA DATELINE  -  March 1, 2018 6:06 am
Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz menafikan audio rakaman berdurasi 18 saat yang didakwa mengandungi ucapannya mengenai penyaluran  wang dari Umno kepada Pas.

Dalam satu kenyataan di facebooknya malam tadi, beliau berkata, penyebaran audio yang tular itu sebagai sampah di kalangan pemfitnah dan turut merujuk kepada Parti AMANAH Negara.

“Dakwaan rakaman ucapan saya itu adalah karut, mengarut dan fitnah ke atas diri saya, malah juga secara langsung dan sengaja ke atas parti Pas yang sejahtera daripada terlibat dalam perkara yang diharamkan oleh Islam termasuk memakan rasuah politik Umno atau membuntut di ekor DAP.

“Ia hanya sampah yang tidak layak dimakan kecuali oleh pelahap fitnah seperti Pan (AMANAH) dan sekutunya.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya, berdoa semoga Allah menimpakan balasan segera ke atas para pelakunya kecuali mereka segera bertaubat kepada-Nya.

“Semoga Allah mengukuhkan kekuatan Pas dan pendukungnya, dicintai rakyat Malaysia seluruhnya dan memimpin negara menuju kejayaan dan kesejahteraan yang sebenar,” ujarnya dalam kenyataan itu.

Rakaman audio itu menyebut kononnya Nik Abduh mengaku mengambil duit Umno sebanyak RM2juta atas kerjasama untuk menjatuhkan DAP

Sebelum itu, Naib Presiden Amanah Husam Musa dalam siri ceramahnya juga menyebut mempunyai bukti audio pemimpin Pas yang mengakui menerima wang daripada Umno.

Manakala Naib Ketua Pemuda AMANAH Kelantan Hazmi Hassan pula memuat naik dua audio yang didakwa mengandungi ucapan Nik Abduh itu di dalam facebooknya.

Pada tahun lalu, Pas dihambat kontroversi apabila dikatakan menerima sumbangan wang daripada Umno dan perkara itu dilaporkan Sarawak Report yang juga mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

* Korang dengar dan nilailah sendiri di sini. Bab audio dan video aku ni tak reti, bukan bidang aku

7 comments:

  1. Siapa BOHONG? Allah tahu !

    ReplyDelete
  2. Cakap bohong lama lama jadi menteri

    ReplyDelete
  3. Bergaul mesra dengan penyamun & perompak maka akhirnya ikut jadi penipu..!
    Monkey see monkey do.......!!

    ReplyDelete
  4. Sanggup berbohong bila dah kantoi.... .kesian rr korang ni

    ReplyDelete
  5. Aku yakin mamat ni cerah akn kalah wp b'tanding d psr mas. Kalo tanding d pantai barat 99.97 % akan kalah

    ReplyDelete
  6. Teknologi digital terkini boleh mengesahkan. Jgn lupa

    ReplyDelete