Saturday, November 4, 2017

RM90 kepada PAS: “Mana ada saya buat, sebab Clare pun dah gelabah sekarang"

Najib nafi beri RM90 juta kepada PAS
Diyana Ibrahim · Diterbitkan pada 4 Nov 2017 5:48PM
Perdana Menteri Najib Razak berkata dakwaan Sarawak Report tersebut sengaja dilakukan bagi memburukkan dirinya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2017

NAJIB Razak menafikan tuduhan beliau memberikan sejumlah RM90 juta kepada PAS menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti mana yang didakwa dalam laporan Sarawak Report.

Perdana menteri berkata dakwaan Sarawak Report tersebut sengaja dilakukan bertujuan memburukkan dirinya.

“Saya tak bagi duit dekat PAS… sebab itu (kes melibatkan) PAS sama Sarawak Report. Kita tunggu keputusan (mahkamah).

“Mana ada saya buat, sebab Clare pun dah gelabah sekarang," katanya merujuk kepada Clare Rewcastle Brown, pengasas dan editor Sarawak Report.

“Saya tak boleh komen sebab dah masuk ke mahkamah tapi mana ada saya bagi. Ini semua mengarut dan nak burukkan saya ,” katanya berucap di Majlis Konvesyen Umno Siber di PWTC Kuala Lumpur hari ini.

Ini kali pertama Najib menafikan dakwaan Sarawak Report yang beliau membayar RM90 juta kepada PAS sebagai pertukaran untuk sokongan parti.

Hadi telah memfailkan saman ke atas Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown atas tuduhan dalam laporan yang mendakwa beliau menerima sejumlah RM90 juta daripada Najib dengan menggunakan dana 1MDB.

Saman tersebut difailkan pada April lalu, dan Isnin lalu, Clare dalam saman pembelaanya menamakan menamakan Peguam Ambiga Sreenevasan sebagai sumbernya.

Clare mendakwa, beliau telah bercakap dengan Ambiga pada Julai 2016 berhubung perkara berkaitan 1MDB,  Najib dan PAS.

Bagaimanapun, Ambiga enggan untuk mengulas dakwaan tersebut dengan memberi alasan  ia kini sudah menjadi kes mahkamah.

Bercakap dihadapan lebih RM3,500 jentera siber Umno, Najib berkata Barisan Nasional (BN) bergantung kepada kumpulan terbabit untuk kekal memerintah di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 PRU14).

Mengakui pilihan raya umum semakin dekat, katanya amat penting untuk jentera siber Umno menguasai media sosial kerana pengaruh itu sama ada boleh membawa kebaikan atau kejatuhan.

“Saya anggap ini sebagai usaha yang paling mustahak kerana PRU14 sangat dekat, sangat-sangat dekat.

“Dan oleh kerana sudah dinyatakan berulang kali sumber maklumat yang paling kuat pengaruhnya adalah melalui media sosial,” katanya.

Dalam ucapannya yang hampir sejam, perdana menteri turut menyenaraikan serangan fitnah yang dibuat ke atas yang telah menjadi tular di laman sosial.

Antaranya kata Najib ialah sebuah gambar yang tersebar mendakwa isterinya Rosmah Mansor hadir dalam mesyuarat kabinet semasa lawatan rasmi di Beijing pada 2015.

Begitu juga dengan serangan fitnah yang diterimanya apabila dikaitkan dengan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

“Sebab itu kalau kita tak pertahankan kerajaan, kita akan kalah dalam PRU. 

“Benda tak masuk akal tapi orang boleh terima macam kes Altantuya. 

“Ya, bila tidak ada bukti dia ambil badan orang lain letak muka Altantuya, badan lelaki letak muka saya konon ada perjumpaan. Tapi sebab teknik, boleh nampak itu gambar photoshop,” katanya.

Oleh itu beliau menggesa jentera siber Umno untuk lebih aktif menggunakan media sosial menyebarkan dasar-dasar kerajaan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya.  – 4 November, 2017.

3 comments:

  1. Clare gabra atau najib terlebeh gabra. Hahaha. Mari ketawa

    ReplyDelete
  2. Sebokkan Hadi Awang. Sendiri bila mau saman? Berapa kali Selasa dah? "janji ditepati" kepala bana..! Mana mau lari? Kah kah kah.

    ReplyDelete
  3. pala pak kau
    dasar bn dah tak laku untuk ornag yang tahu
    tapi masih laku untuk pemakan dedak
    itu lah gayanya dasar bila ada kuasa
    buat ikut suka hati saja

    ReplyDelete