Friday, November 3, 2017

Inilah akibatnya orang 'bodoh' dijadikan pemimpin

Bola pun jadi bala! 

TMJ kecam Umno Kedah, Bashah ‘politikkan’ bola sepak
Diterbitkan pada 3 Nov 2017 9:30AM
Kita semua harus terus bersatu untuk terus menyingkirkan elemen politik dalam sukan bola sepak, titah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. – Gambar fail AFP,3 November, 2017

PUTERA Mahkota Johor mengecam Umno Kedah kerana masuk campur dan mempolitikkan bola sepak menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia antara dua negeri itu esok.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyalahkan Menteri Besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanipah, Exco Belia, Sukan, Keseniaan dan Kebudayaan Aminuddin Omar dan Umno Kedah kerana sengaja menegangkan hubungan antara penyokong “demi politik masing-masing”.

Baginda menuduh Ahmad Bashah sebagai orang yang kurang tegas dan bergantung kepada orang bawahan yang hanya buat “kerja yang bukan-bukan”.

“Agenda politik tidak boleh ada di dalam bola sepak. Penyokong Kedah dan penyokong Johor tidak perlu bergaduh antara satu sama lain.

“Jika kita bergaduh, inilah yang mereka mahukan. Inilah agenda dan strategi yang digunakan dari dahulu lagi oleh parti politik iaitu 'divide and conquer'. Kita semua harus terus bersatu untuk terus menyingkirkan elemen politik dalam sukan bola sepak,” titahnya menerusi akaun Facebook Johor Southern Tigers semalam.

Pada Rabu, bekas menteri besar Kedah yang kini merupakan Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir mengatakan Umno Kedah membeli banyak tiket bagi memastikan Ahmad Bashah tidak “diboo” penyokong esok.

Kerana itu, Tunku Ismail masuk campur dan mengarahkan Football Malaysia LLP (FMLLP) untuk mencetak 1,000 tiket tambahan supaya penyokong Kedah-yang mungkin merupakan penyokong Umno juga- boleh menghadiri perlawanan itu.

Tunku Ismail juga mengecam Aminuddin kerana mengugut selepas FMLLP menjemput seorang lagenda bola sepak dan bekas ketua pasukan bola sepak Kedah, Radhi Mat Din untuk ke acara pembukaan perlawanan itu.

Aminuddin didakwa mengugut untuk memboikot perlawanan akhir itu sekiranya Radhi dijemput atas alasan dia adalah ahli PAS.

“Saya tidak kisah anda sokong PAS atau Umno, kerana yang penting bola sepak atau sukan tiada kena mengena dengan politik. Saudara Radhi berhak untuk bersama dengan penyokong Kedah ketika majlis pembukaan tersebut di atas pencapaian beliau membantu Kedah menjuarai Piala Malaysia,” titah Tunku Ismail.

Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah akan diadakan esok di Stadium Shah Alam. – 3 November, 2017 - sumber

2 comments:

  1. Kena repot pada Bo's ,fifa, mpolitikkan bola

    ReplyDelete
  2. Tһanks for any other іnfߋгmative blog. Where else may I get thаt кind of info
    writtеn in such an ideal approach? I have a undertaking that I am just now working on, and I've been on the glance out for such
    information.

    ReplyDelete