Monday, November 28, 2016

Maria Chin dibebaskan

MARIA CHIN DIBEBASKAN DARI TAHANAN SOSMA
Maria Chin-Ambiga

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah dibebaskan daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini.

Maria Chin dibebaskan selepas ditahan selama 10 hari.

“Maria bebas!” tulis BERSIH di Twitter milik Datuk Ambiga Sreevenasan.

Maria ditahan sebelum ini selepas ditahan Sosma selepas serbuan di pejabat BERSIH di Petaling Jaya.

Penahanan itu dibuat sehari sebelum perhimpunan besar BERSIH5 pada 19 November lalu.
BERSIH disiasat atas dakwaan mengancam demokrasi berparlimen selepas dituduh menerima wang daripada hartawan George Soros.


KLIK BACA: Betulkah Nazir Najib tidak takut yakin kerana benar? – Shahbudin Husin

No comments:

Post a Comment