Saturday, November 26, 2016

Jawapan bodoh: Macamlah negara ini tidak ada undang-undang dan penguatkuasaan

* Inilah pendirian ahli sebuah parti yang tersepit dan dalam keadaan tercungap-cungap mengekalkan kuasa dan meraih sokongan yang makin tergelincir dan terlurut dari genggaman

Jawapan bodoh pun tak apa, asalkan ada jawapan!

Dan bertindak cara rimba.......sape yang beri kebenaran merusuh dan tumbuk orang?

Kenapakah tidak dibuat report dahulu dan biarkan pihak berkuasa menghalang pamiran itu sekiranya menyalahi undang-undang, bukankah lebih Islamik dan jauh lebih bertamaddun?

Muka macam ni dilantik sebagai pemimpin pemuda dan adakah pemimpin berperangai dan berfikiran macam ni akan memimpin dengan berkesan?

Pemuda Umno jawab tuduhan bertindak samseng
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI - 26 NOVEMBER 2016
Rafizal Abdul Rahim

GEORGETOWN - Pemuda Umno Pulau Pinang menafikan dakwaan mengatakan mereka sengaja membuat kacau selain bertindak samseng ala gangster di pameran solo hasil karya kartunis terkenal, Zunar di Komtar semalam.

Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim berkata, kenyataan Ketua Penerangan AMK Bayan Baru, Nurul Ilfiq Zulkifli kononnya Pemuda Umno Pulau Pinang mengganggu pameran berkenaan adalah fitnah.

Menurutnya, tuduhan mengatakan kumpulan itu merosakkan beberapa peralatan lukisan di situ juga tidak benar.

"Tuduhan itu satu fitnah dan tidak benar sama sekali kerana semua hasil lukisan kartunis pro pembangkang itu diturunkan sendiri oleh kakitangannya. Tuduhan ini jelas menunjukkan sikap pembangkang yang suka memutarbelitkan cerita bagi menampakkan keburukan orang lain.

"Sebagai sayap parti, kami akan terus menjadi benteng dan mempertahankan maruah pemimpin kami dari terus diinjak-injak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab selain hasil lukisan Zunar itu berbentuk fitnah dan mengaibkan pemimpin pertama negara," katanya menerusi kenyataan medianya, hari ini.

Terdahulu, dalam kenyataan medianya, Nurul Ilfiq mendakwa tindakan serangan Pemuda Umno Pulau Pinang ke pameran lukisan kartun Zunar telah mengakibatkan beberapa peralatan kartunis itu rosak selain menggangu peminat dan pengunjung yang menghargai karya seni Zunar.

Rafizal berkata, pihaknya tidak akan bertindak seperti itu sekiranya Zunar tidak mempamerkan lukisan berbentuk fitnah.

"Sekiranya benar dia mahu memperjuangkan kebenaran, mengapa tidak di pamerkan lukisan berkaitan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini sedang berhadapan dengan dua pertuduhan rasuah di mahkamah?

"Sepatutnya sebagai seorang pelukis tersohor dan dikenali, Zunar menggunakan bakatnya itu dengan betul dan bukannya dengan cara menabur fitnah selain mengaibkan negaranya sendiri," katanya.

Menurutnya, apa yang lebih dikesalkan adalah sikap kerajaan negeri yang memberikan permit kepada Zunar untuk mengadakan pameran tersebut.

"Pameran berunsur hasutan itu sememangnya mengundang rasa tidak senang kepada rakyat negeri ini khususnya ahli Umno. Ia satu sikap tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang seolah-olah sengaja mahu mengundang kacau bilau dan keharmonian negara ini.

"Dan sebab itu juga kami membuat laporan polis. Tuduhan Exco Agama yang juga Ahli Kawatankuasa Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim juga tidak benar, kononnya kami sengaja buat kacau di pameran tersebut," katanya.

Rafizal berkata, kehadiran dalam kejadian semalam bukan sahaja terdiri daripada ahli Pemuda Umno Pulau Pinang sebaliknya turut dihadiri orang awam.

"Ingin saya tegaskan, yang hadir semalam bukan sahaja Pemuda Umno Pulau Pinang tetapi rakyat negeri ini yang bencikan kepimpinan negeri yang dipimpin DAP. Abdul Malik perlu cermin sendiri kepimpinan DAP sebelum mahu mendakwa Pemuda Umno bersikap jelik.

"Kepimpinan DAP lebih jijik sebab itu mereka membenarkan  Zunar mengadakan pameran lukisan kartun di Komtar yang penuh dengan penipuan dan fitnah keji. Pemuda Umno Pulau Pinang tidak akan berdiam diri sekiranya pemimpin kami diusik dan kami akan terus memperjuangkan kebenaran," katanya.

Semalam, pameran lukisan Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang diadakan secara terbuka di tingkat 2, Bangunan Komtar di sini terpaksa dihentikan selepas berlaku kekecohan antara sekumpulan pemuda dan penganjurnya kira-kira jam 3 petang.

Susulan daripada itu, Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung pameran itu yang didakwa biadap dan provokasi kerana mempamerkan pelbagai lukisan disifatkan tidak menghormati pemimpin negara

5 comments:

  1. Mintak maaf lah

    Tengok muka pun dah tahu budak bahalol

    Negara ada banyak bahalol , elok lah terus hidup bahalol dengan ketua ketua bahalol

    Kasihan mak bapak ada anak macam nih

    Buat habis beras subsidi saja

    ReplyDelete
  2. Cara yang betul ialah buat laporan kpd polis. Biarlah polis yg bertindak. Bukannya pergi menyerang kemudian bila dah viral baru buat laporan polis.
    Nak jadi ketua dlm satu organisasi tu biarlah ada ilmu. Ilmu dunia dan akhirat. Tindakan anda telah menyalahi tatasusila dunia dan akhirat. Memalukan bangsa melayu dan agama islam. Menunjukkan akhlak yg baik mengatasi budaya samseng yg dibenci semua masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Dlm penjawatan umngok,kebodohan dan dungu adalah krateria paling utama dan didahulukan..

    Sifat burung kakak tua no.2.

    Pakar makihamun carutan no.3

    Ada 175 lagi mengikut susunan.

    Boleh membaca dan menulis mengira no 199.

    Kah kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Muka..orang bahalul..pembodek.najb..penjilat jub##..najib

    KERIS PAHANG

    ReplyDelete
  5. cegah kemungkaran dgn tangan. jika tak mampu dengan mulut dan jika tak mampu juga dgn hati. itu selemah lemah iman.

    ReplyDelete