Monday, October 24, 2016

Pemimpin tertinggi Pas tidak waras

Pemimpin tertinggi Pas tidak waras, kata Tamrin Tun Ghafar
 | ARIF ATAN
Tamrin GhafarTamrin GhafarSemakin tidak dapat menerima kecenderungan Pas yang semakin mesra Umno-BN, pemerhati politik Datuk Tamrin Tun Ghafar menganggap kepimpinan parti itu sebagai tidak waras.
"Maaf, terus-terang saya katakan sebahagian besar pemimpin tertinggi Pas hari ini tidak lagi boleh berfikir secara waras dan siuman.
"Hadi tidak hadir pembentangan Belanjawaan 2017 kononnya sebab protes sikap kerajaan yang tidak serius dalam menyokong RUU 355.
"Peliknya, bagaimana pula dalam tempoh sehari dua sahaja sebelum itu Mursyidul Am Pas yang baru, Hashim Jasin bersungguh-sungguh mempertahankan kerajaan?" bidasnya.
Sehubungan itu, beliau benar-benar bersimpati dengan sikap ahli Pas yang dilihat taksub dan terlalu setia dengan pemimpin mereka walaupun tidak sama seperti sebelum ini.
"Saya amat simpati dengan ahli-ahli Pas yang ikhlas bermati-matian berjuang hendak menegakkan Negara Islam tanpa menyoal pendirian pemimpin mereka hanya kerana walak.
"Dosa dan pahala begitu juga syurga dan neraka adalah hak Allah SWT semata-mata bukan boleh ditentukan oleh Presiden atau Mursyidul Am parti itu," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.
Mengulas lanjut, Tamrin berkata, dasar Pas selepas pemergian Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang mesra dengan Umno-BN menyebabkannya sudah hilang kepercayaan.
"Saya dah lama hilang keyakinan terhadap Pas sejak Hadi dan Haron Din mengambil alih teraju pimpinan Pas dan mereka mula berjinak-jinak dengan BN.
"Kalau Nik Aziz masih hidup jangan harap Pas nak rapat dengan Umno-BN," tambahnya lagi yang pernah menjadi ahli Pas.
Akhbar mesra Umno akui
Dalam perkembangan berkaitan, akhbar pro-BN, Mingguan Malaysia hari ini turut mengakui perkembangan hubungan erat antara parti diterajui Najib Razak dan Hadi Awang itu.
Pengarang kanan Zulkefli Hamzah dalam artikelnya, "Kira-kira mudah politik yang gagal" menyifatkan Pas kini telah menyatakan dengan jelas siapa kawan yang mereka pilih.
"Di sebalik ketidaktentuan pakatan pembangkang, hubungan Umno-Pas semakin mengukuh.
"Hubungan itu bahkan dizahirkan dalam bentuk nyata. Yang paling mengesankan ialah perjanjian penstrukturan semula air Kelantan 14 September lalu," ujarnya.
Selain itu, Zulkefli turut mengaitkan penolakan Pas terhadap himpunan Bersih 5.0 pada 19 November depan serta terbaharu keengganan Ahli Parlimen Pas keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2017, dua hari lalu dianggap senarai bukti menggambarkan hubungan erat Umno-Pas pada masa ini.

3 comments:



  1. Jalan Yg LURUS...Terang Ber CAHAYA
    Terang Menyuloh...Ke Dlm GELITA
    Terang Menyuloh...Fitnah Pen DUSTA
    Menyuloh Sang penCURI...Sdondon SeJIWA
    Menyuloh Sang penCURI...Duduk BerSAMA
    Di Dalam DEWAN...Se Iya Se KATA
    Di Dalam DEWAN...Tinggal Ber DUA
    Mereka BerSAMA...Se Hati Se JIWA
    Yg Uturn Ponteng-FITNAH...& menCURI BerSAMA2


    Tinggallah Mereka...Didalam DEWAN
    Ber Tambah Jelas...Bertambah NYATA
    Menjelma lah Hakikat...Sbnr2 KEBENARAN
    Pem FITNAH penCURI...Kan Setia Ber SAMA
    Dengan Penoh KERELAAN...Tanpa Perlu Di PAKSA2


    Resmi penCURI...Bersama penCURI
    Resmi pem FITNAH...Bersama pem FITNAH
    Ber SATU Ber Sekongkol...Gelap Di HATI
    Merompak menCURI...Muflis dan MUSNAH
    Yg "hitam" & PUTIH...Dah pun Jelas & PASTI
    Yg "hitam" Itu menCURI...Yg "hitam" Itu Adalah FITNAH




    Wahai Yg Kaseh...Yg Kaseh Mem-BERI
    Kembalilah Ke FITRAH...Fitrah Mu yg AZALI
    Yg Kaseh Mem-BERI...Kan DiKasehi Langit DiKasehi BUMI
    Kaseh Mem-BERI itu...Itulah Se Indah7FITRAH Syurgawi


    Ddlm FITRAH Syugawi itu..TAK Wujud Samaskali Sang FITNAH menCURI




    ReplyDelete
  2. Rakyat boleh menilai tahap ke Islaman dan keimanan manusia berfahaman konservatif ini. Baru diuji oleh Allah SWT dengan sedikit dedak maka mereka dah lupakan ayat-ayat suci dan kalamullah. Manusia seperti Lebai-Lebai PAS inikah yang mahu melaksanakan Hudud di negara ini..? Hanya manusia yang berfikiran sempit dan tiada asas agama sahaja yang amat mempercayai golongan konservatif akhir zaman ini. Mereka ini kebanyakannya kurang cerdik, tiada innovasi, tiada kreativiti, tiada integriti dan bersikap munafik berlindung di sebalik lebai, janggut dan jubah untuk mengelirukan manusia yang masih percaya bahawa ada lagi manusia semulia Nabi akan wujud di akhir zaman.

    ReplyDelete