Sunday, August 28, 2016

Mengenai ISA: Siapa yang bohong?

Penafian Tun M mengenai Akta ISA satu pembohongan
28 OGOS 2016
Tajuddin

GEORGETOWN - Penafian Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu menandatangani surat penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu pembohongan, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata Dr Mahathir yang cuba membersihkan namanya berhubung isu  berkenaan tidak boleh diterima kerana hanya Menteri Dalam Negeri, yang ketika itu disandang bekas perdana menteri itu, yang berkuasa mengeluarkan arahan penahanan tersebut.

Beliau berkata tindakan Dr Mahathir yang cuba mengalihkan tanggungjawab berkenaan kepada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob adalah tidak adil.

"Saya seorang tahanan ISA untuk disoal siasat pada 1987 ketika Operasi Lalang dan saya yakin Dr Mahathir yang mengeluarkan arahan untuk penahanan itu.

"Sebagai tahanan, saya diberitahu selagi Menteri Dalam Negeri tidak menandatangani surat perintah bebas dalam tempoh 60 hari, saya tidak boleh dibebaskan," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan perwakilan Puteri dan Pemuda Umno Bahagian Bayan Baru di sini hari ini.

Pada Rabu lepas, Dr Mahathir menafikan dakwaan yang mengaitkan namanya sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam isu menandatangani surat penahanan ISA.

Dr Mahathir berkata Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid iaitu anak kepada Allahyarham Megat Junid lebih menge­tahui berhubung dakwaan tersebut.

Megat Fairouz sebelum ini, meminta Dr Mahathir berhenti mendakwa arwah bapanya sebagai individu yang bertanggungjawab menandatangani perintah tahanan ISA sepanjang 11 tahun menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Perkara itu timbul berikutan baru-baru ini, beberapa blog menyiarkan kenyataan bekas perdana menteri itu yang mendakwa tindakan penahanan ISA bukan dilakukan olehnya tetapi oleh Megat Junid.

Mengulas lanjut, Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat membuka fail lama mereka bagi memberi pengesahan kepada isu tersebut sekiranya perkara itu berlarutan.

"Kesemua persoalan akan terjawab sekiranya KDN atau PDRM dapat membuka fail

lama mereka untuk menjelaskan perkara tersebut," katanya.

Beliau berkata cubaan Dr Mahathir untuk 'mengasingkan diri' dengan ISA berkemungkinan disebabkan jalinan politiknya dengan pihak pembangkang seperti DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.

"Dia (Dr Mahathir) cuba membersihkan namanya dengan ISA kerana ketika ini dia sedang bekerjasama dengan pembangkang, jadi dia tolak tanggungjawab itu kepada orang lain," katanya.  - SH

# tapi kenapa pula Najib dan Lee Kim Sai tak kena tahan dalam operasi lalang?. Pada masa tu mereka berdua yang membuat keadaan bertambah panas dan keruh
Meriding juga bulu roma dibakarnya ketika itu. 

1 comment:

  1. matde ni dulu pun masa tunku cabut lari luar negara takut kena tnagkap isa
    dulu dia pm n menteri dalam negeri
    mana bisa timbalan buat kerja dia tak tau
    tu ornag cakap buat baik berpada pada buat jahat
    jangan sekali
    matjib cabut pi ostralia lepas menghasut kat tpca
    apa pun memang puak amno ni memang cilako
    walau lani nak tunjuk baik tapi luka lama bedarah kembali sekali sekala

    ReplyDelete