Sunday, June 12, 2016

Walaun PAS buat2 terkejut dengan pendedahan Nizar

Sebaran......

artikel Harakah 2008 sendiri..

Macam mana Walaun PAS buat2 terkejut dengan pendedahan Nizar berkenaan kelulusan 400hektar Tanah untuk Sekolah Cina persendirian ? Pergi sebar pula Video manipulasi Blog UMNO, jadi penyambung fitnah UMNO pulak.. dia bukan satu rahsia..

..Tanah itu bukan diberikan kepada sekolah..tetapi diurus Syarikat yang di amanahkan mengusahakan tanaman Sawit, dan hasil keuntungan nya dibahagi kepada Sekolah Cina, Tanah itu hanya terhad pajakan 30tahun sama seperti pajakan 60 tahun Kerajaan Kelantan kepada YIK yang diurus Syariakt Cina, juga dikatakan ada kaitan dgn DAP..

tak payah berlakon buat2 tak tahu.. Misbahul Munir tahu.. Azli Taliban tahu.. mereka masih dalam PAS, cuba tanya pulak Azli Taliban, Misbahul Munir.. berapa pulak Tanah dan peruntukan yg disumbang kepada Sekolah Pondok dan Agama rakyat termasuk Pondok Pakteh pengkalan hulu ?

Dan bagaimana kerajaan Pakatan Perak pada waktu itu sudahpun meluluskan dan mengembalikan peruntukan Sekolah Agama Rakyat sebanyak 1.3 juta setahun setelah BN menghapuskan bantuan SAR.. tanya jugak apakah Azli Taliban dan Sekolah PAS termasuk Sekolah milik ketua Dewan Ulama PAS Sideq Noor masa tu terima duit dan Tanah? 

Tanya sapa yg mohon tanah atas nama PASTI ? dan tanya juga Macam mana Azli Taliban dan Misbahul Munir tukar kereta baru.. Dan Ostad PAS mana cuba mohon tanah , Balak atas nama Sekolah agama padehal jadi broker tauke Balak ? jangan aku bongkar semua...
Ini laporan Harakah tahun 2008.... dia bukan satu rahsia, dulu UMNO main isu ni..hari ni PAS jadi penyambung lidah UMNO..
================================================

(Harakah) Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak akan mengembalikan semula bantuan berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008 ini.

"Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memerintah Perak dahulu sejak pentadbiran Tun Mahathir lagi tetapi kini dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, bantuan tersebut telah diberikan semula.

"Bantuan tersebut akan diagih-agihkan dalam bulan Ramadan, sedikit masa lagi," kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir bin Masduki

Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah.

Menurut beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat sangat prihatin dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah yang telah dicipta oleh kerajaan BN/Umno sebelum ini.

"Merekalah yang menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dahulu hingga menimbulkan masalah dan kerumitan kepada sekolah dan juga para guru yang bertugas di Sekolah-Sekolah Rakyat," jelas Misbah.

Beliau melahirkan rasa kesal apabila Umno mahu menunjukan rasa prihatinnya terhadap Sekolah Agama Rakyat yang mana sebelum ini merekalah yang menjadi `penghalang' dan menindas Sekolah Agama Rakyat dengan menafikan pemberian per kapita tersebut.

Laporan Bernama melaporkan tentang desakan Pergerakan Pemuda Umno, Zainol Fadzi supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut memberikan lot tanah kepada Sekolah Agama Rakyat milik persendiran dan Sekolah Agama Pondok dalam usaha memaju dan memartabatkan agama Islam di Perak.

Misbah memberitahu Kerajaan negeri menyedari bahawa pemberian RM30,000 setahun kepada 9 buah sekolah Cina itu(bukan setiap satu sekolah sebagaimana laporan tersebut) adalah tidak memadai.

Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan tanah kepada sekolah tersebut bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah berkenaan," katanya.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tanah tersebut akan diusahakan dengan tanaman Kelapa sawit dimana dalam jangka masa lima tahun akan memulakan pengeluaran hasil, maka bantuan RM30,000 setahun itu akan diberhentikan.

Misbah juga turut menjelaskan bahawa pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah persendirian Cina di Perak itu adalah atas tempoh pajakan selama 30 tahun.

"Projek seumpana ini telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan dimana kerajaan Kelantan telah memperuntukan 3,000 hektar tanah untuk sekolah-sekolah Cina di sana," katanya

"Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bersikap adil kepada semua sekolah-sekolah di Negeri Perak ini, bukan macam Umno/BN yang sehingga kini gambar Menteri Besar dari Pakatan Rakyat di lima buah negeri pun tidak dibolehkan digantung dibilik-bilik darjah sekolah-sekolah kerajaan Pusat," ujarnya.

Menurut Misbah lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat juga sedang mengenal pasti tanah untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bagi tujuan yang sama dan akan di umumkan sedikit masa lagi.

3 comments:

  1. Bongkar2. Rakyat juga perlu tahu.

    ReplyDelete

  2. Maaf cakap ler..

    Imam2 mesjid dari kalangan hostad2 pis pas pus nih bagi aku semuanya dah jd pencuri

    Seekor pun aku takleh caya sbb semua dah jd penccuri

    Aku lebih rela solat mufarakah drp berimamkan pencuri!

    Aku lebih suka solat terawih dirumah drp berimamkan yg subahat sedondon mencuri hak rakyat..pencuri! pencuri!!

    ReplyDelete
  3. Pemimpin pis Semua lapaq duit
    Semua duk kumpul harta dunia sama mcm pemimpin2 umno
    Penyokong2 bawahan yg bodoh nak mampusnya...

    ReplyDelete