Sunday, June 12, 2016

Berbanding Parti Amanah Pas dan Hj Hadi lebih khianat

PENGKHIANAT: ALASAN PAS TERPAKAIKAH DALAM KONTEKTUAL KEADILAN DALAM ISLAM  BILA MANA PAS SENDIRI ADA SEJARAH PENGKHIANATAN SEJAK KELUAR DARI UMNO 1978

Kenapa PAS tidak mahu bekerjasama dengan Parti Amanah Negara ?

"Kita boleh bekerjasama  dengan semua pihak termasuk dengan orang-orang kafir, tetapi kita tak boleh bekerjasama dengan pengkhianat" jawapan Datuk Seri Tuan Hj Hadi Awang Presiden Pas.

"pengkhianat" bermula:

Tuntutan Royalti Kelantan pada july 2009 oleh Datuk Husam Musa yang dinafikan Royaltinya sejak 20 tahun lalu juga dianggap oleh Pas satu pengkhianatan oleh Kerajaan umno.

Lebih awal dari itu pada tahun 2001 lagi sebenarnya Pas telah mengedarkan sticker tanda protes menyatakan tindakan Umno memberhenti kan royalti minyak Terengganu sebagai suatu pengkhianatan kepada Kerajaan Terengganu.

Sekoyong koyong Umno sudah tidak lagi dianggap pengkhianat efektif 2015 (walaupon usaha merapati umno bermula sejak 2008) Presiden Pas mantan MB Terengganu Datuk Seri Tuan Hj Hadi Awang tanpa segan silu duduk sepentas malah sedondon dengan Presiden Umno.

Dalam ucap tama nya di Multaqa Alumni Universiti Al Azhar ketika mengayakan kesedondonannya itu, dia dengan banga dan bersemangat menyatakan "Penyatuan Ummah Merentasi Ideology". Setahun berlalu bunga bunga penyatuan pelbagai Ideology yang dia cadangkan tidak juga kelihatan. Satu lagi Pengkhianatan yang dia sendiri lakukan terhadap janji janji nya setelah dengan bersungguh sungguh sebelum itu untuk mengujudkan Undang2 Hudud di Kelantan.

Awal dari itu Krisis TSKI MB Selangor pada 2014, memperlihatkan sifat pengkhianat  TGHA dan Pas terhadap rakan Tahaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat bila mana dia dan Pas menyokong TSKI membelakangkan kepentingan parti TSKI PKR. TSKI bukan sahaja "melarikan kerusi" ADUN, malah menggunakan jawatan MB untuk memecat exco-exco dari partinya sendiri PKR.

Tindakan displin parti PKR terhadap TSKI mendapat tentangan dari dia dan Pas. Waktu itu Pas bukan sekadar bekerjasama dengan TSKI, malah mempertahankan TSKI sehingga sanggup bergaduh dengan rakan komponen PR yg lain. Apakah kayu ukur yang Pas guna sebagai memenuhi piawaian mentafsir  apa itu makna "pengkhianatan".

Merujuk "pengkhianatan" yang ditujukan kepada G18 yang menubuhkan Parti Amanah  kononnya tindakan membawa lari bersama kerusi ADUN atau MP, apa bezanya dengan tindakan dia menyokong TSKI? Kerusi DUN dan MP dibawa bersama bebas walaupon method kejadian ada sedikit perbedaan.

Adakah dia dan Pas punya "moral standing" dalam hal dengan rakan parti pembangkang dimana dengan sengaja menyokong ahli sebuah parti rakan ketika tindakan displin parti dikenakan terhadap TSKI. Apakah tindakan Pas bila ahlinya dapat sokongan moral dari parti rakan atau individu ketika tindakan dikenakan terhadap ahlinya seperti yang berlaku kini terhadap Datuk Husam Musa?. Sama ada orang luar atau ahlinya sendiri akan dichop pengkhianat. "Confirm" tak??


Kalau "pengkhianatan" itu merujuk kepada kerusi DUN atau MP yang kononnya tidak dipulangkan kepada Pas, perkara ini wajar dirujuk kepada undang-undang negara. Kita ada undang-undang medan terbaik menyelesaikan pertikaian itu (Mungkin dia sengaja lupa perkara ini sudah sedia maklum) atau ini bukti isu sengaja di politik kan untuk dapat simpati ahli dan pengundi, lebih buruk lagi sebenarnya menyembunyikan kesilapan pimpinan sendiri dalam Pas.

Tidak mungkin Pas boleh buktikan kerusi itu milik mereka dari sudut undang-undang negara, jangan cuba buat lawak politik.

Ba'iah yang dikaitkan dengan "pengkhianatan" Islam mementingkan keadilan. Bagaimana mungkin pas mengistihar hanya Parti itu saja satu satu Jemaah Islam sedangkan ahli2 umno juga beraqidahkan islam yang sama. Ba'iah ditandatangani dua pihak konsep asas agama islam ialah keadilan.

Apabila ba'iah dimeterai ketika Muktamar mengistiharkan umno adalah musuh utama politik islam apa kah ba'iah tidak boleh terbatal ketika pucuk pimpinan "mengkhianati" dengan berbaik baik dengan umno? Jika tidak lah jawapannya bagaimana keadilan dapat ditegakkan?

Jika Pas menyediakan ba'iah tidak terdapat keadilan tersebut dan semata mata disediakan hanya untuk menyekat ahli keluar Parti, bermakna Pas sengaja meraikan paksaan, mementingkan politik bukan keadilan yang islam titik beratkan dan tidak menghormati keputusan Muktamar (ketika 250,000 ahli pas masih di dalam pas tidak bersetuju bersekongkol dengan umno dan terus kekal bersama Pakatan Rakyat) serta konsep kebebasan pandangan tidak ujud lagi didalam Parti yang berasaskan islam itu.

Krisis ekonomi dan rasuah yang telah mengakibatkan Najib diminta berundur Pas dan Tuan Guru Hj Hadi dengan lantang menyatakan "Pemimpin tidak bole dipaksa berundur" tetapi bila Najib memaksa MB Terengganu dan Kedah berundur secara aib Datuk Seri Hj Hadi Awang tidak  pula menegur Najib dan berdiam diri seolah olah beliau pergi jauh ketengah laut mencandat sotong sehingga isu negara itu tanpa pengetahuannya.

Bukankah ini suatu pengkhianatan terhadap tugas nya sebagai Naib Ulama Dunia yang bermastautin di Malaysia, Penasihat Kerajaan (Dia yang lantik sendiri) dan Presiden serta MP berpengalaman yang sudah lama. Malah bersetuju/membiarkan Najib mengkhianati peganggan dia bahwa Pemimpin tidak bole dipaksa turun.

Berbanding Parti Amanah  Pas dan Hj Hadi lebih khianat.

Abu As Siddiq
Presiden Independent Voters Association Party (IVAP) Pertubuhan Pengundi Bebas Parti

1 comment:

  1. Presiden amanat sesat banggol peradong
    Merangkap presiden PIS

    ReplyDelete