Monday, June 6, 2016

Tohmahan PAS: Tak perlu dijawab lagi, biarkan PAS merapu!

Mujahid jawab tohmahan Cikgu Pa tentang Amanah dan DAP
05 Jun 2016 | MALAYSIA DATELINE
Pas dibuai mimpi tentang hubungan parti itu dengan PKR kata Mujahid. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh

Naib Presiden Amnah, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa menganggap kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Dato’ Mustafa Ali bahawa “undi AMANAH adalah undi untuk DAP” amat mengelirukan.

Kenyataan ini terpampang di dada akhbar Sinar Harian tempoh hari katanya menunjukkan ada beberapa perkara yang Mustafa Ali tidak cermat dalam kenyataannya dan tidak patut keluar dari mulut ahli politik veteran seperti beliau yang membuat rumusan pra-matang terhadap AMANAH yang didakwa tajaan DAP.

"Saya kesal sebagai ahli politik veteran, Mustafa Ali masih belum memahami bahawa yang dipertarungkan dalam mana-mana pilihan raya ialah perkara substantif tentang apa yang dibawa oleh parti masing-masing.

"Sampai bila orang lama seperti beliau hendak matang menunjukkan jalan kehadapan kepada generasi muda ahli politik jika beliau hanya ulang tayang sahaja menyalahkan orang lain tetapi gagal mengkritik diri sendiri?" soal beliau

Menurut beliau tidak adil masalah Pas dan Amanah dipertanggungjawabkan ke atas DAP untuk menutup kelemahan pimpinan Pas yang gagal berubah mengikut keperluan semasa dan gagal memenuhi janji 52 peratus undi yang diberikan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Amanah tidak lahir dari DAP tetapi ia lahir dari kecelaruan PAS yang menjejaskan kelahiran politik baharu nasional yang dinantikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jika sokong Amanah bererti sokong DAP katanya, maka apa salahnya jika kita kembali kepada isu substantif seperti jika DAP menentang rasuah, jika DAP menentang perkauman sempit, jika DAP berjaya mempraktikkan dasar pemerintahan telus dan berkebajikan dan jika DAP melaksanakan ketelusan, di mana salahnya jika AMANAH bersama dalam hal demikian?

"Maknanya jika sokong Amanah dikatakan sokong DAP ia bagus dalam konteks melawan rasuah.

"Adakah Pengarah Pilihan Raya Pas itu bermaksud demikian atau ia bermaksud secara negatif iaitu jangan sokong Amanah kerana ia menyokong DAP yang mahu lawan rasuah dan lain-lain?

Adakah Mustafa Ali tidak menyokong parti yang mahu lawan rasuah dan melawan parti yang rasuah?" soalnya lagi.

Jika ia bukan tentang semua di atas katanya, maka logik Mustafa Ali mungkin berpandukan kepada logik Umno iaitu naratif perkauman bahawa DAP ialah parti Cina dan Amanah menyokong agenda Cina-DAP.

"Saya kurang mahu percaya bahawa itulah kehendak Mustafa Ali tetapi melihatkan naratif Pas hari ini saling tak tumpah naratif Umno, saya cenderung kepada memahami kenyataan Mustafa Ali hanyalah mengulangi naratif Umno yang telah pun kita dengar selama ini.

"Saya mengharapkan perkara baru dari seorang veteran Pas tetapi ternyata Pas kehabisan peluru dan terpaksa memakai peluru Umno, dan amat malang sekali ia datang dari seorang veteran Pas," katanya.

Hakikatnya kata beliau, pertembungan yang sebenar dalam pilihan raya kecil kali ini ialah, Amanah melawan parti rasuah yang mana presidennya terpalit dengan skandal 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion.

"Kekuatan moral parti itu sudah reput hanya media perdana yang menutup kereputan itu dan parti Mustafa Ali mahukan isu Melayu-Islam jadi jambatan antara PAS dan UMNO lalu menutup isu sebenar berkenaan dengan kerajaan yang gagal dan demokrasi yang tidak berfungsi.

"Amanah tidak perlu melawan Pas jika ia komited kepada melawan rasuah, Amanah hanya melawan Umno/BN dan pengundi hanya perlu memilih parti mana yang lebih serius melawan rasuah," katanya

Bagi beliau Amanah adalah komponen dalam Pakatan Harapan (PH) bersama DAP dan PKR.

" Amanah mewakili PH, amat mengelirukan apabila Mustafa Ali mengulangi bahawa PKR masih ada hubungan dengan Pas malah mengugut untuk putus hubungan.

"Hubungan apa? Sama ada Pas bermain mata dengan rakan rasmi Amanah iaitu PKR atau PAS merasai bahawa blok ke-3-nya dengan IKATAN tidak membawa apa-apa makna," katanya

Mujahid yakin usaha Mustafa Ali membawa naratif Umno ke atas Amanah dalam menentukan sikapnya ke atas hubungan Amanah-DAP kepada pengundi dua pilihan raya kecil ini membuat saya tertanya-tanya, apakah mengundi PAS pada 18 Jun nanti sama sahaja seperti memberi undi kepada UMNO/BN?

Beliau amat meyakini bahawa pertembungan dalam dua pilihan raya kecil ini hakikatnya hanyalah antara BN lwn PH dan bukan PAS lwn Amanah lawan Umno seperti yang didakwa Pengarah Pilihan Raya PAS semasa membuat penggulungan di Muktamarnya baru-baru ini.

5 comments:

  1. Profesional dan progresif dalam Amanah tak perlu peduli sangat dengan tomahan tidak berilmu puak2 Lebai Kepala Tahi dalam PAS. mereka ini hanya berjuang untuk perut dengan menjual agama melalui politik, kerana untuk melakukan kerja lain mereka tidak tahu. Pernahkah Mustafa Ali dan Hadi Awang naik ke pentas untuk berdebat...? Maknanya mereka ini adalah golongan kepala tahi yang hanya pandai baca skrip dan berhujah secara solo (pengecut), tapi tak pernah berani tampil untuk berhujah di atas pentas. PAS hanya parti ayam serama.

    ReplyDelete
  2. PAS dah panic bila sokongan kpd PAS semakin hari dah semakin merosot..
    Dulu halau ahli2 dan cabar buat masjid [parti] sendiri..
    Cabaran dah disahut..dan PAS semkin hari semakin kalut..
    Dah cakap tak ikut akhlak ISLAM, membohong sana sini, buat tuduhan demi tuduhan yg tak berasas, berprasangka buruk...KASIHAN PAS
    Tanda2 nak tenggelam..

    ReplyDelete
  3. Bilalah parti lebai kampung ini nak jadi cerdik sikit. Cakap bodoh macam presiden menyebabkan orang benci PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sekor lagi Dollah Kari kalu ceramah jerit mcm lembu giler ni ler ust ahlil nuraka jahan.. bersekongkol dgn kemungkaran..

      Delete
  4. Harapkan Serbian sebesar kawah, tapi Ilmu Agama amat lah dangkal , bila berceramah pastinya terungkap dengan, Takbur, Bongkak, bangga diri,. Fitnah, Apakah ini ajaran dalam Agama Islam,??

    ReplyDelete