Monday, June 6, 2016

PAS benarkan tapi Hadi.......

Perlembagaan PAS Fasal 15, Benarkan Ahli Keluar Parti..

Namun...

Ucapan penggulungan muktamar yang disampaikan oleh Tuang Presideng jelas menzahirkan kebimbangan besar Hj Hadi dan barisan pimpinan PAS pada fenomena penghijrahan ahli2 PAS ke parti2 lain seperti Amanah, PKR dan DAP.

Begitu terdesaknya Hj Hadi dan pimpinan PAS akan fenomena yang berpotensi meminggirkan PAS, sehingga mereka terpaksa mengeluarkan fatwa dusta yang menyamakan istiqamah didalam PAS sebagai "istiqamah didalam Islam". Ianya secara tidak langsung, membenarkan dan mengiyakan bahawa PAS sedang mengalami kemerosotan ahli2  sehingga ia telah menyebabkan barisan pimpinan PAS  meroyan siang malam..

Melihatkan perkara itu, maka amat jelaslah kepada umum kenapa Hj Hadi dan pimpinan2 PAS yang dipilih melalui "Chai" begitu geram, marah dan berdendam kesumat kepada Mat Sabu dan rakan2nya.

Barisan pimpinan PAS terutamanya Hj Hadi berasa amat marah dan ego mereka tercalar apabila ramai juga ahli2 PAS yang mengikuti MAT Sabu daripada menuruti kata2 pak2 lebai yang menggelar diri mereka "ulamak2".

Hj Hadi dan pimpinan PAS "chai" menyangka bahawa hanya sebilangan kecil (setakat puluhan) sahaja ahli2 PAS yang akan mengikuti tindakan Mat Sabu dan rakan keluar dari PAS (setelah di halau, di hina dan dinista).

Tetapi, alangkah terkejut beruknya puak2 ulamak apabila ratusan ribu ahli2 PAS keluar parti yang majoritinya golongan professional..

Dengan ego mereka sebagai ulamak tercalar serta malu dengan tindakan gopoh dan kurang cerdik mereka yang mengambil tindakan tanpa berfikiran jauh, Hj hadi dan pimpinan "chai" PAS akhirnya berpatah arang dengan Amanah dan meletakkan Amanah sebagi musuh utama PAS melebihi UMNO yang merupakan parti perkauman dan sekular yang telah sekian lama menzalimi PAS dan ahli2nya.

Kemarahan PAS kepada Mat Sabu, rakan2nya dan Amanah bukanlah disebabkan pengkhianatan ataupun pembelotan jauh sekali dari penyelewengan aqidah tetapi hanyalah dendam kesumat golongan ulamak PAS yang mempergunakan parti sebagai alat melempiaskan nafsu amarah serta dendam mereka.

Apabila nafsu sudah menguasai diri maka 'ulamak2" itu telah mengorbankan akhlak, nilai2 moral dan ajaran7 sebenar Islam demi memuaskan hati mereka yang penuh dengan nafsu amarah dan dendam. Maka, segala kata2 keji digunakan dan segala pendustaan dihalalkan..

3 comments:

  1. Itu ahli Pas...kami yg mengundi Pas masa kes 1998 ...skrg good bye PAS....so kami yg x akn mengundi Pas ni pd masa akn dtg akan di gelar apa pulak....sorry PAS ko hilang undian kami sekeluarga...

    ReplyDelete
  2. Selagi Hadi jadi presiden PAS saya dan keluarga tak akan menyokong dan undi Pas.

    ReplyDelete
  3. Aku bukan ABU dan Aku juga bukan ahli Pas, Aku berada diatas Tiang seri bukan di atas pagar, Aku memerhatikan party mana yg nyata terbukti memperjuangkan untuk rakyat , tanpa Rasuah dan pentadbiran yg bersih, di situ lah Aku menyokong dan memangkahnya,.

    ReplyDelete