Mat Sabu pernah kena pukul, kena buang daerah, kena fitnah, kena penjara dan kena tembak dengan gas pemedih mata. Semua itu lebih perit berbanding dipanggil Mat Sabun. Ramai lagi pemimpin Amanah yang senasib dengan dia.
Kalau dia nak rasa kecewa, apa yang dialaminya sudah cukup untuk mengecewakannya. Kalau dia nak berehat, boleh saja dia memilih jalan itu kerana dia sudah punya kehidupan berkeluarga yang memadai dan selesa.
Kalau dia gila jawatan, dia sudah pernah menakah tangga pemimpin nombor dua dalam parti Islam. Kalau dia gila glamor, dia tidak perlu bersusah-payah bersama Amanah kerana majoriti masyarakat Malaysia kenal Mat Sabu.
Memulakan sebuah pergerakan rakyat yang baru seperti Amanah bukan mudah. Semuanya bermula dengan zero. Namun, beliau menyahut seruan rakyat untuk mengetuai sebuah pergerakan baru yang memenuhi aspirasi mereka setelah kegagalan PR.
Rakyat yang mahukan dia memimpin gerakan ini. Buktinya? Ya, kalau rakyat tidak mahukannya, elok biarkan dia diisytihar bangkrap selepas didenda RM200,000. Tapi, rakyat mengambil tanggungjawab melepaskannya daripada belitan itu.
Orang boleh membenci, menghina, menggelar buruk, mempersenda, memperlekeh atau apa sahaja, tetapi itulah Mat Sabu. Dia tetap berada dalam hati dan pemikiran rakyat yang mahu melihat gerakan rakyat sentiasa gagah untuk menumpaskan regim korup Umno/BN.
Mat Sabu, seperti orang lain juga, dia berbuat silap. Jika ulama berbuat silap, tentulah orang biasa sepertinya turut berbuat silap. Namun, kesilapannya tidak menjadikan rakyat mengabaikan perjuangan yang dibawanya. Mereka bersama dengan Mat Sabu, seorang manusia biasa yang bukan malaikat dan bukan nabi. Rakyat tidak menganggap Mat Sabu lebih daripada seorang manusia.
Tidak ada apa yang diharap daripada orang seperti Mat Sabu kecuali dia terus menjadi ikon rakyat untuk menumpaskan Umno. Bersama-samanya berbaris nama-nama besar lain; Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan ribuan anak muda dan wanita yang berpadu hati menentang Umno / BN.
Fokus kami bersama Mat Sabu ialah lawan Umno sebab rasuah, lawan Pas sebab bersekongkol dengan perasuah.
Catatan: Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadi

Sokong....
ReplyDeleteWalaun2 dan pimpinan "chai" PAS sentiasa berperangai biadap dan kurang ajar dengan menuduh Mat Sabu dan partinya sebagai tunggangan DAP. Bagaimana pula dengan PKR yang duduk sama2 dengan DAP memberikan sokongan padu kepada Amanah? Adakah PKR juga ditunggang oleh DAP atau Amanah pun ditunggang oleh PKR? Dan bagaimana pula kedudukan PAS yang masih terhegeh2 dok menyelit dan bergesel2 pipi dengan PKR dengan hujah kononnya Pakatan rakyat masih hidup (Pas dah buat pun blok ketiga dengan Ikatan tapi masih lagi cakap PR masih bernyawa)??? Bukankah itu juga bermakna PAS adalah ditunggang oleh DAP? Umum melhat keadaan PAS ini ibarat mat sewel yang sedang gila talak. Orang gila yang menuduh orang lain sebagai mabuk!
ReplyDeletePAS bertempik kononnya kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor adalah kerana masih bertahaluf siyasi dengan PKR tetapi kenapa PKR menyokong Amanah yang bertanding di Sg Besar menentang PAS dan BN? PAS dah mereng dah? Hj Hadi sendiri mengesahkan bahawa MB Selangor telah memberikan kata dua supaya adun2 PAS yang menjadi exco kerajaan negeri Selangor supaya letak jawatan jika PAS bertanding di Sg. Besar. Tetapi kenapa sampai sekarang tak dak sekoq pun exco2 PAS tu ("demi maruah") letak jawatan apabila PAS melawan kehendak MB dan PKR, bertanding juga menentang Amanah (yang menjadi pilihan PKR) di Sg Besar? Adakah puak2 Ulamak ni takda maruah atau puak2 ulamak ni cinta sangat kat jawatan dan RM sehingga sanggup dilihat sebagai orang2 yang tak tahu malu dan sudah menjual maruah demi jawatan exco dan gaji bulanan? Malu itu sebahagain dari Iman! Tuang Presideng tak de ajar ke kat exco2 PAS tu?
Apa2 pun melihatkan tingkah laku dan "ketandusan" integriti dan prinsip yang ditunjukkan oleh geng2 ulamak ini hanya menambahkan lagi keyakinan rakyat bahawa integriti serta ketegasan prinsip yang di miliki oleh MAT Sabu dan parti Amanah adalah setinggi gunung Everest jika dibandingkan dengan orang2 yang mengaku diri mereka Ulamak. Jika Mat Sabu adalah Everest maka geng2 ulamak tu dilihat sebagai "busut jantan" yang menjadi tempat untuk "ayam kampung" bertenggek dan berkokok sambil ekor berjurai dipenuhi dengan tahi! Sosok tubuh Mat Sabu yang pernah merengkok dalam penjara dan ISA adalah lebih bernilai dari keseluruhan pimpinan "Chai" PAS yang kesemuanya adalah lebai2 "manja" yang dipilih kerana "taat dan setia" kat Tuang Presideng bukan kerana rekod perjuangan mahupun kekebalan prinsip dan integriti mereka.
Rakyat yang benci UMNO perlu memilih samada Amanah ataupun PAS dan "hands down", Den yakin rakyat yang benci kepada rasuah dan penyelewengan UMNO akan memilih Amanah dari parti pak lebai yang berkokok kononnya nak jadi penasihat tetapi diri mereka sendiri lebih kurang sama je dengan UMNO.
Nick.
Cape Tiger.