Thursday, June 9, 2016

Bukan semua Kafir zalim

BUKAN SEMUA ORANG KAFIR ITU ZALIM

Ketika mana Rasulullah dan para sahabat di sakiti di kota makkah di permulaan Islam, Allah mengizinkan mereka utk berhijrah ke bumi Habasyah dimana Rajanya pada ketika itu seorang raja yang kafir. Diantara sahabat yg berhijrah itu ialah Utsman dan isterinya Ruqayah binti Rasulullah. Semuanya 12 orang lelaki dan 4 orang perempuan.

Hijrah kali kedua pula diizinkan oleh Rasulullah kpd para sahabat mengenangkan kebaikan seorang Raja Najasyi yang belum beriman ini, para sahabat rindukan kebaikan Raja tersebut dan masyarakatnya walaupun mereka masih kafir.

Kaum muslimin merasa aman dibawah naungan Raja Najasyi wp dia masih seorang kafir.

Mengetahui hal ini kafir Quraisy datang menemui Raja Najasyi dengan membawa hadiah (dedak) bagi membodek Raja Najasyi supaya menghalau orang2 islam pulangn ke Mekah, namun Raja Najasi yang kafir ini amat baik dia menolak segala dedak-dedak pemberian yang dibawa Quraisy supaya dibawa bakik ke Mekah dan jangan menggangu orang2 Islam yang datang ke negerinya.

Najasyi berkata kepada 2 orang utusan Quraisy tersebut, "Kalaupun kalian memberi hadiah emas sebesar gunung, aku tidak akn menerimanya".

Utusan Quraisy pulang degan hampa dan kecewa kerana tidak dapat merasuah Raja Najasyi dengan dedak-dedak yang mereka bawa.

Ternyata raja najasyi yang masih kafir ini mempunyai hati yang mulia dan tidak suka kepada kezaliman terhadap manusia, dan bersedia mendengar penjelasan sebelum membuat keputusan, dan yang paling hebat Najasyi bukanlah raja yang sukakan hadiah (dedak) apatah lagi rasuah.

Berbeza sungguh ustaz2 dan ulama2 dizaman kita, kerana hanya dengan sedikit dedak mereka sanggup mempertahankan kerajaan yang menzalimi rakyat, bagi mereka dedak adalah segalanya.

Kita juga faham dari sirah ini bahawa bukan semua orang kafir itu jahat disana ada kafir yang jahat dan ada yang baik, kalau ada yg berpendapat semua kafir itu jahat mereka sebenarnya jahil tentang Islam bahkan itu merupakan kefahaman yang amat menyalahi fitrah, Kerana Nabi sendiri memerintahkan para sahabat berhijrah kesebuah negeri yang di perintah oleh seorang raja yang kafir utk menyelamatkan diri dari kezaliman kafir Quraisy yang jahat di kota Mekah tempat kelahiran Baginda.

Kerana itu Islam membahagikan kafir kepada beberapa katogeri antaranya kafir zimmi iaitu kafir yang membayar jizyah utk duduk dibawah kerajaan Islam. nabi menyatakan "Sesiapa yang menyakiti kafir zimmi seolah dia menyakiti ku" dan banyak lagi hadits yg lain menyatakan tentang keadilan Islam terhadap orang2 kafir.

Ketika wafatnya nabi saw. nabi dalam keadaan berhutang dengan seorang Yahudi. Didalam al Quran juga Allah telah menurunkan 9 ayat di dalam surah an Nisa membela orang Yahudi yang dikhianati oleh orang2 Islam. ( rujuk ayat 105-113 surah an Nisa')

Oleh itu kita jangan menganggap semua kafir itu boleh diperangi disakiti dan difitnah, kerana dosa yang kita lakukan terhadap manusia samada Islam atau kafir adalah sama.
Sesungguhnya Islam membenci kezaliman dan kejahatan wp ianya dilakukan oleh seorang ulama' atau sesiapa sahaja tanpa melihat kepada status pangkat dannkedudukan, kafir atau pun Islam.

Begitulah juga Islam memberitahu dan mengajar kita bahawa "Tidak ada penghalang diantara doa orang yg di zalimi dengan Allah wp orang yang dizalimi itu adalah seorang yang  kafir.

Oleh itu kita mesti memahami hubungan antara orang kafir dan orang Islam yang dianjurkan oleh Allah didalam Al Quran dan Hadith Rasulullah saw.

Didalam kitab Al Al Aqah ad Dauliyyah fi al Fiqh al Islami menyebut ;

"Dibolehkan melantik ahli zimmi (kafir zimmi) utk memegang tugas- tugas yang tidak bersandar kepada aqidah Islam dan tidak mempengaruhi atas peralatan hukum, maka ahli zimmi dibolehkan memegang tugas pemungutan jizyah dan kharaj, bahkan dibolehkan baginya memegang KEMENTERIAN eksekutif dan MENTERI eksekutif, iaitu utusan antara imam dengan rakyat, dan para wali akan menjalankan dan melaksanakan perintahnya.

Maka syariat Islam tidak melarang utk meminta pertolongan ahli zimmi yang tidak memusuhi kaum muslimin dalam pelbagai urusan kenegaraan, seperti menjadi penunjuk jalan, pengajar atau mata-mata gelap, maka Rasulullah saw. mengupah penunjuk jalan ketika berhijrah ke Madinah, dan memerintahkan sebilangan tawanan Badar utk mengajar anak-anak kaum Muslimin sebagai fidyah baginya, manakala Rasulullah saw. hendak pergin ke Makkah pada tahun keenam hijrah, Dia mengutus mata-mata gelap orang kafir dari Bani Khuza'ah utk memberitahukan khabar Quraisy.
   
Para sahabat dan wali setelahnya menempuh jalan yang sama, maka 'Umar bin al-Khatthab ra. menggunakan sebahagian tawanan Quraisy sebagai setiausahanya.
   
Mua'wiyyah memperluaskan hal itu dengan mengambil bangsa Nasrani utk berkhidmat dengannya, dan sebahagian dari ahli keluarga Umawi menceritakan bahawa Mu'awiyyah mempunyai seorang doktor Nasrani, iaitu; "Abu Atsal" dan Mu'awiyyah mengupah dengan memaafkannya dari bayaran jizyah dan melantiknya sebagai wakil kharaj di Himsh.
   
Orang orang Masehi memegang jawatan tinggi dalam kekuasaan khalifah, seperti; Akhtal sebagi penyair dan "Yohanna Ad Dimasyqi" sebagai penasihat Amir al Mukminin Abdul Aziz bin Marwan.
   
Kerajaan Abbasiyyah menyandarkan sebahagian tugas negara kepada bangsa Yahudi, Nasrani dan Shaibiyyin.
   
Juga hal itu dilakukan oleh raja- raja kaum Muslimin, maka khalifah-khalifah Utsmaniyyah majoriti duta dan perwakilannya di negara-negara asing terdiri dari bangsa Nasrani.

- Al 'Alaqah ad Dauliyyah fi al Fiqh al Islami, Panitia Professor-professor Fakulti Syari'at & Hukum, Universiti Al-Azhar.142 ebm.

Begitu juga dalam bab wakaf, dinyatakan dalamn kitab fiqh al manhaji sebahaimana berikut :
"Ulama-ulama mazhab Syafie berpendapat bahawa wakaf seorang kafir adalah sah, walaupun dia bersedekah untuk masjid. ... golongan kafir termasuk dalam golongan yang layak bersedekah.

"...Ulama-ulama mazhab Syafie berpendapat bahawa harus mewakafkan harta kepada orang kafir sekiranya orang kafir itu adalah kafir zimmi yang tertentu, selagimana pewakaf tidak berniat jahat. Ini kerana memberi sedekah kepada orang kafir adalah harus, begitu juga dengan wakaf.

... Adapun kafir mu'ahid ( yg membuat perjanjian damai ) dan orang kafir musta'min ( yg meminta perlindungan dengan kerajaan Islam ), maka mereka ini debenarkan menerima wakaf sebagaimana kafir zimmi. Keharusan ini adalah selagi mana mereka berada di dalam negara Islam dan berpegang dengan perjanjian mereka".

Maka lihatlah wahai saudara betapa eloknya hukum Islam dengan sikap toleransinya dengan non muslim... maka janganlah ada golongan manusia yg menafikan hak-hak ini secara jahil!!! sehingga Islam dipandang serong oleh orang-orang yg bukan Islam.

"Dan tidaklah Kami utuskan Engkau wahai Muhammad, melainkan menjadi Rahmat utk sekelian Alam".

Ramai dikalangan kita tidak mendalami Islam dalam soal hubungan Islam dengan bukan Islam... lalu mereka menggunakan sikap perkauman bagi menghukum dan menjadikan modal utk mendapatkan kuasa. Pada pandangan Islam, kalau org Islam salah dia dihukum salah... kalau bukan Islam salah pun dihukum salah... namun kalau kita memfitnah kpd non muslim dengan fitnah yg bukan2... ingatlah sabda Rasulullah... "Sesiapa yang menyakiti kafir zimmi sesungguhnya dia telah menyakiti Ku"...

Islam adalah agama yg menjadi rahmat utk sekelian Alam... bukannya agama perkauman... sabda Rasulullah "Bukan umatKu sesiapa yg menyeru kearah kebangsaan,bukan umatKu sesiapa yg berjuang atas dasar kebangsaan,dan bukan umatKu sesiapa yg mati atas dasar kebangsaan.

Islam itu indah tapi terlindung oleh kejahilan umatnya sendiri. 
🏽
 - Wan Gates_jr

No comments:

Post a Comment