Friday, March 2, 2018

Berderet-deret "broiler chicken" tampil cuba melindungi Jho Low

Langkah membela Jho Low kian lucu
mk  |  Dikemaskini 2 Mac 2018, 12:36 tengah hari
Individu yang rajin mempertahankan Jho Low didakwa bertindak demikian bukan didorong oleh kesedaran atau keikhlasan masing-masing, kata seorang wartawan veteran tanah air.

Menurut Mustapha Kamil Mohd Janor tindakan pihak yang berkenaan mempertahankan ahli perniagaan kontroversi itu mempunyai motif.

Katanya, langkah itu lebih bertujuan mahu menjaga periuk nasi masing-masing dan menjadi serta tidak kena.

"Itulah sebabnya langkah mempertahankan Jho Low itu semakin hari semakin lucu jadinya.

"Dah macam budak-budak berkelahi pun ada," katanya melalui kemas kini di Facebook hari ini.
Mustapha Kamil ialah bekas pengarang kumpulan New Straits Times (NST) dan berpengalaman luas dalam pemberitaan bidang ekonomi.

Sebelum menjadi pengarang kumpulan NST, beliau pernah dilantik sebagai pengarang Business Times yang juga diterbitkan oleh syarikat yang memayungi akhbar utama negara itu.

Baca Salleh: Tiada bukti Jho Low pemilik Equanimity

Dia dilantik menjadi pengarang kumpulan NST pada pertengahan Mac 2015 namun meninggalkan syarikat berkenaan kurang daripada 16 bulan kemudian.

Mengulas mengenai penahanan kapal pesiaran mewah Equanimity di Teluk Benoa, Bali pada 28 Feb lalu Mustapha Kamil berkata setiap kali nama Jho Low disebut, berderet-deret "broiler chicken" (ayam yang ternak khusus untuk dagingnya) tampil cuba melindungi ahli perniagaan berkenaan.

Kata Mustapha dia percaya individu yang mempertahankan Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - tidak pernah pun berjumpa ahli perniagaan terbabit.

Namun kata Mustapha, walau selucu mana pun aksi yang dipamerkan individu berkenaan, yang tetap menerima aib tetaplah Malaysia.

"Kita masyhur di serata dunia oleh sebab Jho Low ini, hinggakan akhbar Chiang Rai Times di kawasan bukit-bukau sempadan Thailand dengan Laos sana pun siarkan berita kapal Jho Low itu," katanya.

1 comment:

  1. Org melayu ták tahu apa padahal bangsa melayu telah diaibkan oleh sicina tembam ini. Melayu masih preoccupied(sibuk) dgn tudung neelofar!

    ReplyDelete