Friday, February 2, 2018

Tersohor sungguh nama Malaysia dalam bab ini

Seorang lagi komander tentera laut AS terlibat dalam skandal kontraktor Malaysia
TMI · Diterbitkan pada 1 Feb 2018 9:28PM
Skandal seks dan rasuah 'Fat Leonard' adalah skandal yang terbesar dalam sejarah tentera laut Amerika Syarikat. – Gambar EPA, 1 Februari, 2018

SEORANG pegawai tentera laut Amerika Syarikat (AS) berpangkat tinggi merupakan yang terkini didapati terlibat dalam skandal seks dan rasuah "Fat Leonard", lapor CNN hari ini.

Bekas komander Troy Amundson, 50, mengaku bersalah menerima rasuah termasuk melanggan pelacur dari kontraktor Malaysia, Leonard Glenn Francis, yang juga dikenali sebagai "Fat Leonard" kerana kerana ketinggian dan saiz badannya yang besar, serta syarikatnya Glenn Defence Marine Asia (GDMA) yang berpangkalan di Singapura.

Satu kenyataan dari pejabat peguam AS di San Diego, California menyebut, sebagai balasan, Amundson memberi perniagaan tentera laut AS kepada GDMA.

"Amundson mengaku Francis membayar makan malam, minuman, pengangkutan, perbelanjaan hiburan lain dan perkhidmatan pelacur untuknya dan pegawai-pegawai tentera laut AS lain pada September 2012 hingga Okotber 2013."

Seramai 20 dari 29 defendan mengaku bersalah dalam skandal yang terbesar dalam sejarah tentera laut AS itu.

Francis sendiri telah ditangkap pada 2013 dan mengaku bersalah atas dakwaan rasuah dan penipuan pada 2015.

Kenyataan pejabat peguam AS menyebut Amundson telah bertanggungjawab menyelaras latihan bersama angkatan tentera laut asing dari Mei 2005 hingga Mei 2013.

Pada Selasa, dia mengaku bersalah atas satu konspirasi melakukan rasuah.

Selepas ditemuramah oleh penyiasat persekutuan pada Oktober 2013, Amundson telah memadam semua e-mel antara dia dan Francis dari akaun e-mel peribadinya.

Pendakwa berkata, dalam satu e-mel yang dipadam, Amundson telah berjanji untuk memberi makluman tentera laut AS kepada Francis. – 1 Februari, 2018.

No comments:

Post a Comment