Sunday, February 4, 2018

Sekiranya Pas ingin bersama PH selepas PRU14: Persoalannya adakah parti-parti PH akan terima dan percayakan PAS?

* Sebenarnya dalam 'perhitungan politik' tidak ada yang  mustahil
Tinggal lagi tidak serikkah berurusan dengan PAS yang sentiasa kluk-klek dan pemimpinnya yang bermulut tidak berinsurance itu?

Mustahil Pas bersama PH selepas pilihan raya, kata Miqdad
AKMAL HAZIQ  -  February 4, 2018 9:09 am
Ketua AMANAH Marang, Ustaz Miqdad Zakaria berkata, adalah mustahil Pas akan bersama Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 30 Januari lalu.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, sama ada Pas akan bersama Barisan Nasional (BN) atau PH kita (Pas) akan tentukan selepas pilihan raya nanti.

Kata Miqdad, sebelum pilihan raya Pas sudah pun bersama dan bekerjasama dengan BN.

“Mustahil (Pas) akan bersama dengan PH pula selepas pilihan raya,” tulis beliau dalam Facebooknya kelmarin.

Kata beliau, semua ini adalah taktik Pas untuk memecahkan undi PH bagi memberikan laluan lebih selesa kepada BN.

Ia juga kata beliau, bertujuan mengurangkan suhu pemberontakan dalam kalangan pemimpin, ahli dan penyokong Pas.

“Isu RM214 juta benar-benar mengikat kebebasan PAS untuk terus kekal berstatus pembangkang yang tulin,” kata beliau.

Sebaliknya tambah Miqdad, status PAS sejak kebelakangan ini tidak ubah seperti broker swasta Umno-BN.

No comments:

Post a Comment