Saturday, February 3, 2018

Ape ke bende ni pulak Azmin, nak lingkupkan Selangor ke?

February 2, 2018
DAP, Amanah tak tahu 80% kerusi DUN diagih seperti didakwa Azmin
Minderjeet Kaur
PETALING JAYA: Amanah dan DAP hari ini berkata, mereka tidak tahu rundingan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, selepas menteri besar Selangor itu berkata 4 mesyuarat diadakan dengan sekutu Pakatan Harapan (PH) dalam memutuskan pembahagian 80% kerusi.

Sebaliknya, Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim berkata, mereka hanya dipelawa untuk membincangkan strategi pilihan raya PH.

“Kami diberi mandat untuk menghadiri mesyuarat itu bagi membincangkan strategi pilihan raya, termasuk jentera, bukannya rundingan kerusi,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau berkata, permintaan untuk jawatankuasa khas membincangkan pengagihan kerusi DUN diabaikan Azmin.

“Kami menulis surat untuk mesyuarat khas mengenai perkara itu, tetapi mereka tidak mengadakan mesyuarat,” katanya sambil menambah Amanah meminta penubuhan jawatankuasa khas dalam mesyuarat membincangkan jentera pilihan raya gabungan itu.

Izham menafikan dakwaan Azmin yang mempersoalkan Amanah hari ini kerana mendakwa tiada mesyuarat bagi membincangkan pembahagian kerusi dalam kalangan PH.

Tetapi, Izham berkata, DAP turut menyuarakan kebimbangan sama.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika dihubungi berkata, beliau tidak tahu 80% kerusi DUN di negeri itu sudah diagihkan seperti didakwa Azmin.

Beliau berkata, partinya menghadiri 4 mesyuarat jawatankuasa pilihan raya yang dipengerusikan Adun Sri Andalas daripada PKR, Dr Xavier Jeyakumar, tetapi bukan untuk rundingan pembahagian kerusi DUN.

“Ini kerana ahli jawatankuasa itu berbeza,” katanya kepada FMT sambil menambah Azmin perlu mengadakan satu mesyuarat untuk menyelesaikan perkara itu.

Azmin sebelum ini menolak keperluan menubuhkan jawatankuasa khas bagi membincangkan pengagihan kerusi DUN Selangor.

Timbalan presiden PKR itu turut menafikan tarikh akhir ditetapkan untuk rundingan itu, seperti dinyatakan Pengarah Strategi Amanah, Dzulkefly Ahmad.

Cer baca: Makcik Bawang dan Tabib Kunyit dalam HARAPAN

3 comments:

  1. Buang jer azmin ni. Org sibuk nk kukuh Ph. Dia sibuk nk runding dgn lebai pas. Padahal pas dah putus hubungan dgn pkr. Azmin nampok mcm meroyan atau bahalol. Ku setuju dgn ir. Izham. Dia kata azmin badut. Tk layak jadi mb selangor. Kikiki. Tepat sekali. Azmin jenis loklak. Kikiki

    ReplyDelete
  2. Pantat punya azmin. Kasi settle cpt lah kambing.

    ReplyDelete
  3. jangan2 Min ali nak buat taik pulak..

    ReplyDelete