MAZA: Jawab Dr M, PAS pula terasa
mk 2 Jan 2018, 9:06 pm
ULASAN Semalam Akhbar PAS, Harakah mengeluarkan satu artikel tulisan seorang penulis parti berkenaan bertajuk ‘Amanat Haji Hadi: Dr MAZA Lupa Nasihat Sendiri’.
Tulisan itu kononnya saya lupa kepada nasihat saya sendiri pada tahun 2013 agar mengelakkan diri dari berbincang isu kafir-mengkafir Amanat Haji Hadi dan beri peluang kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab isu amanat beliau.
Beliau memetik artikel saya tahun 2013 iaitu Menilai Amanat Haji Hadi Dengan Adil, malangnya secara tidak seimbang. Bagi pengikut parti berkenaan yang kurang teliti, mungkin akan percaya kepada ulasan tersebut.
Kenyataan penulis PAS tersebut rentetan kenyataan saya yang dikeluarkan oleh New Straits Times (NST) yang mana saya dilaporkan menyebut Majlis Fatwa Kebangsaan pernah memfatwakan amanat tersebut menyeleweng dan sesat.
Saya sebenarnya, bukan membangkitkan kembali isu Amanat Hadi, tetapi menjawab soalan wartawan benarkah dakwaan yang para mufti di zaman itu dan seterusnya, langsung tidak mengambil sikap yang sepatutnya mengenai amanat itu.
Namun, saya juga bersetuju bahawa amanat itu juga punca kepada Peristiwa Memali dan amanat itu merbahaya.
‘Golongan fanatik’ parti berkenaan seperti biasa dengan nada emosi ada yang memaki hamun (itu yang merupakan zikir sebahagian mereka). Ada yang mempertikaikan bahawa bahawa tidak pernah wujud fatwa kebangsaan seperti itu. Ini mungkin kerana merasakan PAS rapat dengan kerajaan.
Mereka sendiri terlupa kedudukan parti itu sebelum ini dan bahawa keakraban itu ‘sifatnya baharu’. Ada juga yang menyatakan kenyataan ini sebagai ‘musuh islam dan agenda yahudi’.
Maksudnya, sudah pasti sesiapa yang memusuhi Islam, maka dia kafir. Zikir yang selalu didendangkan. Ada yang menyatakan kenyataan saya itu sebagai pentaksub Tun Dr Mahathir. Padahal kenyataan saya itu menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir yang menyatakan para mufti tidak bantah amanat tersebut.
Di sini saya ingin menjelaskan maksud kenyataan tersebut. Apabila pihak NST menghubungi saya bertanya tentang kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan mufti-mufti diam mengenai Amanat Hadi.
Saya rasa kenyataan itu tidaklah begitu tepat sebab ada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (ketika itu nama tersebut masih dibenarkan) beberapa kali telah mengeluar keputusan yang sama bahawa Amanat Hadi bercanggah dengan ajaran Islam.
Walaupun ketika Amanat Hadi itu berlaku saya masih di sekoleh rendah, tapi berita fatwa berkenaan diketahui oleh semua pihak, apatah lagi di zaman internet kini. Tambahan pula, saya sebagai mufti negeri, maka banyak hal fatwa saya mengetahuinya.
Antara buktinya, dalam kenyataan akhbar Utusan Malaysia pada 22 April 2001, Menteri JPM ketika itu Senator Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin berkata, 'Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang pada 21 November 1984 berhubung Amanat Haji Hadi'.
Pada 3 Disember pula majlis itu membuat keputusan bahawa amanat tersebut bercanggah dengan ajaran Islam yang dibawa kepada Majlis Raja-Raja dan diluluskan. Berikutan itu juga, minggu lalu kita menghantar satu pekeliling kepada semua kerajaan negeri supaya mewartakan perkara tersebut dan ia perlulah diikuti.
Utusan Malaysia pada 7hb Januari 2013 memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemimpin parti politik terbabit termasuk ahlinya yang taksub dengan amanat itu sehingga mengundang perpecahan rakyat digesa kembali kepada ajaran Islam. Katanya, keterbatasan dalam agama Islam perlu sentiasa dipelihara dan tidak sekali-kali diperjudikan kerana politik demi akidah umatnya.
Rapat dan baik
"Majlis Fatwa Kebangsaan termasuk di peringkat negeri bersidang pada 1984 dan pada 3 Disember tahun sama, fatwa tersebut dikeluarkan kerana jelas sekali istilah kafir mengkafirkan sesama Islam adalah bertentangan dengan ajarannya. Fatwa diperbaharui pada Julai 2002.
"Jadi baik masyarakat mahupun pemimpin politik perlu kembali berpegang kepada fatwa itu. Harus diingatkan bahawa kita adalah pendakwah bukan penghukum dan keterbatasan dalam politik itu jika digaul bersama agama akhirnya umat Islam sendiri yang rugi," katanya.
Fatwa itu masih rasmi sebagai pegangan kerajaan yang ada hari ini. Walaupun alhamdulillah hubungan Umno dan PAS hari ini begitu rapat dan baik, namun saya tidak fikir kerajaan akan menarik balik fatwa Amanat Hadi di zaman itu sekalipun telah berusia 36 tahun itu.
Ini kerana pengiktifan kepada amanat itu boleh membawa kepada persetujuan bahawa Umno dahulunya sebuah parti kafir dan yang mereka yang Umno ketika itu yang masih hidup sehingga kini merupakan ‘bekas-bekas’ orang kafir.
Perlembagaan Malaysia
Di samping itu, perlembagaan yang ada pada 38 tahun lepas dan yang sekarang masih yang sama. Jika perlembagaan Malaysia itu jahiliyyah lagi kafir dan menentang mereka yang mengekalkan perlembagaan itu satu jihad yang membawa mati syahid, bererti hal itu masih wujud.
Dalam ertikata lain menentang mana-mana kerajaan yang masih memakai perlembagaan Malaysia sekarang merupakan jihad dan jika mati ia merupakan mati syahid. Lihat kembali teks Amanat Hadi tersebut.
“Saudara-saudara sekalian percayalah, Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan.
"Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
"Percayalah saudara-saudara sekelian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam," kata Amanat Hadi.
Seperti yang saya jelaskan bukan mengungkit Amanat Hadi, tetapi saya menjawab kenyataan Tun Mahathir.
Soalannya, benarkah Amanat Hadi punca kafir-mengkafir? Hal ini diakui oleh banyak pihak yang terlibat. Antara Dr Mujahid Yusuf dalam bukunya ‘Menuju PAS Baru’.
Beliau merupakan anak bekas Presiden dan Murshidul ‘Am PAS. Ketika buku itu ditulis dan diterbitkan dia masih lagi seorang pemimpin dan Ahli Parlimen PAS. Beliau menyebut:
“Akibatnya berlakulah isu kafir-mengkafir di mana tanggapan bahawa menyokong Umno adalah sesuatu yang bertentangan dengan sikap Islam dan dengan sebab itu boleh jatuh kufur kerana Umno parti sekular yang menolak Islam…
"Penghujahan atas garis-garis fikah yang premisnya adalah batas-batas kekufuran telah membawa agenda politik menjadi terlalu pekat dengan adunan ‘fatwa’ sehingga PAS diheret dalam kancah ini, malah ‘Amanat Haji Hadi’ telah dijadikan alasan kepada berlakunya semua kemelut ini.” (m/s 115. Kuala Lumpur: Malaysian Insider Sdn Bhd).
Manifestasi iktikad
Isu kafir-mengkafir, solat dua imam, tidak makan sembelihan orang Umno, memutuskan hubungan keluarga, cerai berai, kubur berasingan dan pelbagai lagi sengketa bagaikan dua agama yang berbeza bukan kejadian yang tersembunyi.
Peristiwa Berdarah Memali dengan pengistiharan ‘mati syahid’ merupakan salah satu manifestasi iktikad itu.
Sesiapa yang hidup di kawasan kuat PAS di zaman itu bahkan sehingga tahun 2000 ke atas pun, masih dapat melihat dan mengalami hal itu.
Ia bukan satu gerakan bawah tanah atau cerita mulut, tetapi bukti hidup masih ramai.
Walaupun ada pemimpin PAS yang cuba menidakkan sebagai satu ‘penafian politik’, namun mereka sendiri tahu apa yang sebenarnya yang telah berlaku.
Penulis PAS
Saya antara orang awal yang cuba memberikan ruang agar isu kafir-mengkafir tidak lagi dibangkitkan. Penulis PAS itu sepatutnya menukilkan juga petikan artikel saya 'Menilai Amanat Haji Hadi Dengan Adil'yang ditulis pada 2013 itu (saya belum menjawat jawatan Mufti Perlis semasa itu) yang saya menyebut di bawah tajuk ‘PAS Berubah’:
“PAS hari ini saya lihat banyak berubah. Saya percaya sudah ramai yang tidak beriktikad seperti Amanat Haji Hadi termasuk diri Haji Hadi sendiri. Jika PAS masih berpegang dengan amanat lama Datuk Seri Hadi itu, bererti mereka mengkafirkan diri sendiri dan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat yang menerima dan mengiktiraf Perlembagaan.
"Sekalipun tiada penarikan rasmi, tetapi secara praktikal seakan penarikan telah dibuat. Pendekatan PAS sudah banyak yang berbeza. Kita harapkan semua pihak tidak melihat Islam dari kacamata politik semata, Islam jauh lebih luas dari politik kepartian.
"Namun, ini tidak bererti kita memandang ringan isu kafir-mengkafir. Jika terbukti masih ada orang PAS yang mengkafirkan Umno maka Datuk Seri Abdul Hadi patut tampil menjelaskan kekeliruan mereka.
"Oleh kerana beliau diserang tanpa diberikan peluang menerang, maka itu sesuatu yang tidak adil. Pihak media patut memberikan ruang yang mencukupi untuk beliau membuat penerangannya dalam media awam khususnya RTM. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang”.
Dari petikan artikel saya di atas saya ingin menimbulkan beberapa soalan. Alhamdulillah, PAS sekarang sudah tidak menganggap Umno kafir, namun apakah amalan menuduh sesiapa yang tidak bersetuju dengan PAS sebagai ‘musuh Islam’, ‘menentang PAS bererti menentang Islam’ dan ‘menentang ulama PAS bererti membenci Islam’ masih wujud ataupun tidak?
Ini kerana, semua anggapan dan tuduhan itu akan membawa kepada mengkafirkan pihak yang dituduh. Pastinya, sesiapa yang memusuhi dan menentang Islam maka pasti dia menjadi kafir.
Jika hal itu masih dapat kita lihat dalam ceramah dan ucapan para pemimpin dan pengikut PAS, bererti ‘angin kafir-mengkafir’ masih bertiup. Ia wajib dihentikan. Pimpinan PAS wajib mengambil tanggungjawab ini.
Penerangan, jelas amanat
Pihak Presiden PAS sepatutnya mengambil ruang hubungan baik dengan kerajaan untuk menghuraikan amanat itu dalam media kerajaan. Jika tidak pun, dalam zaman media sosial yang mudah dicapai oleh semua pihak hari ini, sepatutnya sejak dahulu satu penerangan secara jelas tentang amanat itu dibuat.
Huraikan maksud kalimat-kalimat dalam amanat itu, ataupun secara mudah istiharkan ia sesuatu yang tidak boleh digunapakai. Mengapa hal ini belum berlaku?
Saya ingin menukilkan sekali lagi apa yang saya sebut dalam artikel 'Menilai Amanat Haji Hadi Dengan Adil' itu.
Maka kita tegaskan, bahawa kafir-mengkafir, ataupun sekadar sesat menyesat atas perbezaan parti satu kesalahan yang besar. Nabi SAW bersabda:
وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ، أَوْ قَالَ: عَدُوُّ اللهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Politik bina negara
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) menyebut Majmu‘at al-Fatawa:
“Sebetulnya, sesiapa yang berijtihad dalam kalangan umat Muhammad SAW dengan tujuan mencari kebenaran lalu tersilap, dia tidak kafir. Bahkan diampunkan kesilapannya.
"Sesiapa yang telah nyata kepadanya apa yang datang dari Rasulullah SAW, lalu dia menentang setelah terang untuknya petunjuk lalu dia mengikut selain jalan kaum mukminin, maka dia kafir. Sesiapa yang mengikut nafsu, kurang mencari kebenaran serta bercakap tanpa ilmu maka dia pemaksiat dan berdosa.
"Boleh jadi dia fasik, ataupun baginya kebaikan-kebaikan lain yang lebih banyak dari kesalahannya. Bukan semua yang bersalah, berbuat bid’ah, jahil ataupun sesat itu menjadi kafir, bahkan mungkin tidak fasik dan tidak berdosa”.
Semua pihak hendaklah berhenti memainkan isu kafir-mengkafir. Kembali kepada politik yang dapat membina negara.
Untuk sahabat-sahabat PAS, saya tidak mempunyai masalah dengan pihak PAS selagi tidak bermudah-mudah dalam kafir-mengkafir, sesat-menyesat, menuduh pihak lain ‘musuh Islam’, anti-Islam dan seumpamanya.
Melainkan jika ada bukti yang nyata serta jelas tanpa takwilan lagi.Tabiat suka memaki hamun serta mencerca orang juga wajar dihentikan.
Di samping itu, saya akui, pada PAS juga ada sumbangan kebaikan yang tidak boleh dinafikan. Presiden PAS pun ada sumbangan beliau dalam penyebaran Islam.
Ayah saya orang PAS dan ramai sekali sahabat saya orang PAS. Saya mempunyai hubungan baik dengan mereka. Ruang pejabat saya sentiasa terbuka jika ingin berbincang.
* DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN merupakan Mufti Perlis.

jika buka isu memali, jgn lupa buka juga kehilangan wang sumbangan utk guaman mangsa memali.
ReplyDeletekerana itu agaknya IRC memali disenyapkan, takut ada yg makan diri.
kejahatan pengkhianat seperti ini lebih buruk dpd pembunuhan itu sendiri.