Friday, November 3, 2017

Kenapa pengkritik dan pakar ekonomi tak nampak?

Anwar beri amaran: Bersedia cukai baharu

  | November 3, 2017
Ia kerana bajet yang dibentangkan perdana menteri itu langsung tidak menunjukkan bagaimana pendapatan kerajaan boleh ditambah.
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Bajet 2018 yang dibentangkan baru-baru ini gagal menunjukkan sumber pendapatan kerajaan untuk melaksanakan perbelanjaan yang diumumkan, dan menjangka beban itu akan ditanggung rakyat melalui cukai.
“Maka, hanya ada satu penjelasan untuk hal ini; cukai-cukai baru atau peningkatan dan perluasan GST akan dikenakan ke atas rakyat,” kata ketua umum Pakatan Harapan (PH) itu dalam kenyataannya dari penjara melalui peguamnya.
Menurutnya, sekiranya Barisan Nasional memenangi pilihan raya akan datang, kadar cukai barangan dan perhidmatan (GST) akan dinaikkan di samping cukai baharu.
“Rakyatlah yang akan menderita, menanggung beban ini untuk membolehkan BN melaksana segala janji yang terkandung di dalam bajet ini,” katanya.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak engumumkan peruntukan berjumlah RM280 bilion dalam Bajet 2018, belanjawan terakhir sebelum PRU yang harus dipanggil dalam 10 bulan akan datang.
Antara lain, Najib menurunkan kadar cukap pendapatan yang bakal memberi kesan kepada mereka yang berpendapatan sederhana, mengumumkan bonus kepada 1.6 juta penjawat awam, memansuhkan tol di 3 lebuh raya, di samping pelepasan cukai GST terhadap perkhidmatan pihak berkuasa tempatan dan beberapa barangan termasuk pengimportan kapal terbang oleh syarikat penerbangan.
Najib sebelum ini mempertahankan dasar melaksanakan GST sebanya 6% sejak 2015, dan berkata ia berjaya menyelamatkan ekonomi negara yang berdepan penurunan harga minyak global.
Anwar berkata Bajet 2018 menunjukkan “kelompangan cukup besar”.
“Ia gagal menunjukkan bagaimana kerajaan akan mengimbangkan perbelanjaan dengan pendapatan.
“Bagaimanakah kerajaan ini akan menepati janji-janji bajet ini, walhal ia belum menunjukkan bagaimana pendapatan kerajaan akan ditambah? Ini langsung tidak ditunjukkan dalam mana-mana bahagian bajet ini,” katanya.

* Bagaimana pengkritik dan pakar ekonomi tak nampak akan perkara ini?

No comments:

Post a Comment