Thursday, November 2, 2017

Kalaulah dia berkata begini dari dulu, rasanya dia tak perlu letak jawatan

* Hahaa......dah senada dengan Hadi!

Wednesday, 1 November 2017
BERKAT BELAJAR AGAMA DI JORDAN....
Bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah yang  pada 2016 meletakkan jawatan kerana tidak setuju dipindahkan menerajui kementerian lain dan kemudian memutuskan untuk mendalami agama Islam dan Al-Quran di Jordan, hari ini melahirkan keyakinan negara mampu mencapai tahap sifar rasuah di bawah kepimpinan Najib Razak.
Dalam sidang Parlimen Oktober 2016 lalu, beliau menyoal Najib dari segi kewajaran menubuhkan 1MDB dan mengapa tiada tindakan diambil terhadap pengurusan syarikat pelaburan itu kerana memasukkan wang ke tempat yang tidak betul.

Namun, nada beliau dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang jelas berbeza dengan melahirkan keyakinan negara akan mencapai status sifar rasuah di bawah kepimpinan Najib yang disahkan pernah ada kemasukan RM2,600 ke dalam akaun bank peribadinya.
Agaknya inilah salah satu kejayaan buat diri Husni berkat keputusannya belajar agama di Jordan itu.

Kehkehkeh....(ShahbudinHusin 01/11/2017)

Posted by Shahbudin Husin at 21:20 

4 comments:

  1. Dah tenguk camne Shafie Afdal kena... tu yg dia seriau tu

    ReplyDelete
  2. Dia sebenornye belajar dengan agama Micheal Jordan yg main Bola Telanjang(keranjang)tu hehehe

    ReplyDelete
  3. Kitab apa agaknya diajar di jordan, mesir dsb hingga lebai2 semua sokong kleptokrat....hahaha

    ReplyDelete
  4. macam siai aja mamat ni
    takut Allah ka takut ornag

    ReplyDelete