Bekas penyokong kuat Dr M keluar BERSATU
mk - Hari ini, 6:10 petang
Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan peletakan jawatannya daripada pertubuhan itu hari ini.
Dengan alasan bahawa perjuangannya adalah membela rakyat dan bukan individu Anina Saadudin mengumumkan keputusannya meninggalkan parti itu dan akan terus "bercakap benar walaupun tidak disukai orang lain".
"Pesanan Tun (Dr Mahathir Mohamad) kepada saya supaya terus bercakap benar walaupun tidak disukai orang lain.
"Walaupun hari ini kata-kata saya tidak disukai oleh Tun sendiri, saya akan terus bersuara untuk kepentingan rakyat, dan bukan untuk kepentingan mana-mana individu," katanya.
Membaca kenyataan sepanjang empat muka surat. Anina menceritakan bagaimana dia menyanjung tinggi Dr Mahathir, dan dipecat daripada Umno ketika bekas perdana menteri itu serta Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi menganggotai parti berkenaan.
"Namun bagi saya sejarah bukan saja untuk dikenang tetapi untuk diambil iktibar.
"Setiap keputusan parti perlulah mengambil kira semua suara semua ahli dan bukannya secara unilateral daripada pemimpin atasan semata-mata.
"Tiada individu yang patut mencatur perjalanan parti dan memberi imuniti kepada mana-mana individu untuk terus menekan, mencantas dan menikam belakang sesiapa saja dalam membina laluan ke depan," katanya.
Anina yang mula menjadi perhatian selepas mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak semasa menjadi anggota Umno sebelum ini berkata pembabitannya dalam politik bukan untuk meletakkan mana-mana individu secara khusus menjadi perdana menteri atau membebaskan seseorang dari penjara.
"Saya bukan keldai. lembu atau anjing kepada sesiapa. Sebaliknya saya ialah seorang wanita, ibu dan marhaen yang berdiri mewakili golongan marhaen untuk kepentingan marhaen," katanya.
Ketika ini kata Anina BERSATU sudah tidak lagi menepati prinsip perjuangan yang diasaskannya.
BERSATU, katanya, adalah parti yang mencatur kepentingan politik individu tertentu dan dihantui dasar kronisme walaupun pada asalnya ia ditubuhkan untuk membela kepentingan rakyat.
"BERSATU kini tidak lagi mendukung prinsip keadilan, ketelusan dan integriti dalam pentadbiran parti.
"Fitnah dijadikan asas membuat keputusan dan secara tidak langsung ia dihalalkan untuk kepentingan politik yang kononnya demi rakyat.
"Parti ini ditadbir dengan buruk namun berselindung di sebalik nama negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya.
Dengan prinsip berani kerana benar, kata Anina, dia menggenggam erat pesanan Dr Mahathir dalam surat penghargaan yang diberikan kepadanya mengkritik pemimpin Umno pada akhir 2015, iaitu terus bersuara demi kebenaran.
Bagaimanapun kata Anina perjuangannya tidak terhenti dengan keluar daripada BERSATU.
Sebaliknya dia akan terus membela rakyat berasaskan rasa kasih kepada bangsa Melayu melalui pertubuhan bukan kerajaan yang akan diumumkannya tidak lama lagi.
"Saya tidak memerlukan jawatan dan kuasa politik untuk berjuang demi bangsa kerana Allah membuka ruang, peluang dan kejayaan di akhirat untuk sesiapa saja yang berjuang demi kebenaran dan keadilan untuk agama, bangsa dan negara," katanya.

Harap semua parti komponen PH berhati2 menjelang PRU. Ramai ejen2 musuh akan berusaha memporakperandakan parti anda. Awas
ReplyDeletedah biasa hidup senang ,bila susah sikit mula gelabah.
ReplyDeleteKonon nak jadi ketua wanita Bersatu. Poodahhh. Cakap banyak kerja takdak. Dah biasa dgn dedak. Keluar umno habis dedak. Elok masuk umno semula. Bsama hero sebelah dia tu. Ada upah ke keluar Bersatu? Hihi
ReplyDeleteKeluar parti adalah sesuatu perkara biasa kepada sesebuah parti yang baru ditubuhkan, proses ini juga berlaku kepada semua parti termasuk Umno. Umno pada awal penubuhannya, pengasas Umno Dato' Onn sendiri keluarkan Umno. Begitu juga parti-parti lain mereka semua sudah lalui perkara ini.
ReplyDelete