Monday, April 3, 2017

Kemalangan Lembah Beringin: Patut ler, banyaknya kesalahan pemandu ni!

Kemalangan Lembah Beringin: Pemandu treler ditahan polis
Israr KhalidAstro Awani |  April 02, 2017 22:38 MYT

Kemalangan Lembah Beringin: Pemandu treler ditahan polis
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor memaklumkan kemalangan tersebut dipercayai berpunca akibat tayar treler yang pancit, dan seterusnya hilang kawalan. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Pemandu treler yang terlibat nahas maut di KM 402.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Utara dekat Lembah Beringin ditahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun siasatan awal mendapati pemandu yang berasal dai Gurun, Kedah itu mempunyai lapan rekod lampau kesalahan lalu lintas.

Suspek pernah dua kali terlibat dalam kemalangan bawah Kaedah Rule 10 LN 166/59  di daerah Kampar dan Kuala Pilah serta disaman enam kali atas kesalahan lalu lintas iaitu tiada lesen, membawa kenderaan tanpa insurans dan cukai jalan.

Selain itu, pemuda tersebut juga mempunyai rekod jenayah iaitu pernah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

Hasil ujian air kencingnya adalah negatif, namun dia kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk ujian darah bagi mengesan dadah serta alkohol.

Keputusannya akan diketahui selepas dihantar Jabatan Kimia Malaysia.

Dalam kejadian 7.41 pagi tadi, enam sekeluarga maut dihempap treler dalam satu kemalangan di KM 402.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Lembah Beringin.

Lam Wai Loon, 46, dan isterinya Wong Check Lee, 53, serta dua anak lelaki mereka Lam Jie Yang, 19, dan Lam Jie Yong, 13, terbunuh di tempat kejadian.

Turut maut ialah bapa dan adik lelaki Lam, Lam Leong Choy, 76, dan Lam Wai Keat, 38.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor memaklumkan kemalangan tersebut dipercayai berpunca akibat tayar treler yang pancit, dan seterusnya hilang kawalan.

3 comments:

  1. Kekadang pihak berkuasa pn haramjadah jgk..
    Dh sebab dia tayar pancit,nk control macam mana dh..
    Bkn dia bawak kecik punya kenderaan,lbh dari 10 tayar kot..
    Klu kereta pecah tayar pn,kita sdri hilang kawalan..
    Itu namanya ketentuan,qadha dan qadar..
    Drebar tu pn bkn sesaja nk hentam org ikut suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bro. Nak salahkan drebar 100% pun xleh jgk. Yg memandu cuma nak cari rezeki. Majikan pun perlu diambil tindakan jgk sbb dia benarkan pemandu2 yg bermasalah atau yg ada kesalahan trafik. Sekarang semua dihujung jari. Majikan boleh check dulu rekod kesalahan trafik sebelum membenarkan lori dipandu. Contoh kesalahan lampau tiada insurans/cukai jalan. Salah dia jgk ka? Tu sepatutnya salah majikan tp xtaulah kot Company tu dia punya. Inilah Malaysia. Org yg cari makan nak kena tanggung semua masalah. Wallahua'alam...

      Delete
  2. pemandau yang senagaj memandu dalam keadaan cuai dan mengakibatkan kemalangan jiwa patut dihukum dengan hukuam nyang berat
    yang ada 3 saman tak dibayar patut digantung lesen hingga bayar saman
    ada lori n bas yang dipandu laju dilebuh raya tanpa memikirkan kenderaan lain
    tak boleh lagi bagi muka ngan pemandu pemandu yang jahat

    ReplyDelete