Thursday, April 6, 2017

Anak ‘Tan Sri’ pula ditahan SPRM

Rasuah: Lepas tahan ‘Tan Sri’, SPRM tahan anaknya pula

  | April 6, 2017
Seorang “Tan Sri” dan anaknya dikatakan terlibat mengemukakan tuntutan palsu kepada JPS berkaitan kerja pemulihan sungai.
PETALING JAYA: Sehari selepas Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang “Tan Sri” di Johor kerana disyaki terbabit kes penipuan, anak lelaki suspek kini turut ditahan.
Lelaki berusia 31 tahun yang ditahan berhubung kes itu, dibawa ke mahkamah bersama bapanya di Putrajaya jam 9 pagi hari ini untuk direman, lapor The Star.
Akhbar itu melaporkan lelaki itu ditangkap di Johor Bahru dan siasatan awal menunjukkan dia turut terlibat dalam kes penipuan itu.
Semalam, SPRM menahan seorang ahli perniagaan yang juga pesara politik bergelar “Tan Sri” berusia 63 tahun.
SPRM turut menahan 4 pegawai dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
The Star melaporkan “Tan Sri” itu dikatakan mengemukakan tuntutan palsu kepada JPS berkaitan pembekalan geotubes untuk kerja pemulihan sungai melibatkan pengorekan dan penggalian.
* Rupanya ramai juga yang buat kelaku dajal ni anak baranak?

Kaitan: Lagi 'Tan Sri' kena tahan, yang ini seleweng projek JPS

1 comment:

  1. kalau betul buat kerja kerana Allah tak takut denagn manusia penguasa dah lama dah dah ramai dah yang kena tangkap puak haprak ni
    tak ramai ketua jabatan yang dilantik amanah n berani menjalankan tuags tanpa takut denagn sang pelantik
    ramai lagi dari berbagai lapisan tiang seri yang patut ditangkap
    tnagkap satu bab.siasat satu bab. dakwa satu bab
    akhirnya bnayakk kes yang senyap
    dulu pernah ambo ada hadir majlis denagn bpr kesian tengok pengakuan depa yang keciwa bila hasil siastan bagi kes yang jelas ada bukti diketepikan
    simpati untuk depa yang ikhlas jalankan tugas
    pernah jugak hadir kurus bila sesuatu kerja kita tak dihargai (betapa sakit hatinya kita bila kerja yang kita buat denagn iklas n penat lelah tiba tiba sampai kat bos dilempar begitu saja)
    kes bokshit diam begitu saja walau jumpa duit dalam mesin basuh
    wayang dekat pru

    ReplyDelete