SPRM kena buru 'bapak perasuah'
ATIRAH HASLI - 10 MAC 2017
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) akan berdiri teguh menyokong usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memburu 'bapak perasuah' yang selama ini bermaharajalela di Johor.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub mendakwa, tidak mungkin rasuah boleh berleluasa sekiranya tiada dalang dalam kerajaan sendiri.
"Rakyat khususnya di Johor kini mempersoalkan bagaimana mungkin seorang Exco Kerajaan Negeri yang disyaki berani melakukan rasuah hartanah tanpa restu dan keizinan daripada bapak perasuah atau godfather yang cuba berselidung dengan imej yang kononnya bersih.
[ARTIKEL BERKAITAN: Skandal hartanah: Exco Johor direman tujuh hari]
"Kita sebagai rakyat Johor akan berdiri teguh di atas ketegasan pihak SPRM untuk terus memburu bapak perasuah dan konco-konconya walaupun mungkin mereka ini akan bergayut di pagar istana untuk mencari simpati," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau lagi, usaha pihak SPRM wajar diberi penghargaan oleh rakyat kerana komitmen yang tinggi untuk mengheret petualang negara ini ke muka pengadilan.
"Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada SPRM Johor kerana berjaya menahan seorang Exco Kerajaan beberapa hari yang lalu kerana disyaki terlibat dalam isu Rasuah Hartanah .
"Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Pengarah SPRM Johor seharusnya diberikan penghargaan," katanya lagi.

itu kerja hakiki depa yang patut dibuat
ReplyDeletebukan susah sanagt nak tangkap perasuah ni
tapi yang jadi masaalh ada masa kena tanya dulu sang penguasa besar