Sunday, 5 March 2017
TUN MAHATHIR SUDAH SAHUT CABARAN, NAZRI JANGAN LAGI BERI ALASAN MACAM-MACAM!!
Tun Mahathir Mohamad akhirnya melakukan tindakan "dua dalam satu" iaitu menyahut cabaran Nazri Aziz untuk berlawan dalam PRU 14 akan datang dan dalam masa yang sama mencabar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu agar bertanding di Langkawi.
Kata Tun Mahathir, Nazri seharusnya lebih tahu bahaw beliau berkhidmat untuk negara, bukan hanya kepada penyokongnya di Padang Rengas semata-mata.
“Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya.
“Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja" tegas Pengerusi Bersatu itu lagi.
Selain menjadi Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir juga baru-baru ini diumumkan memegang jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Langkawi, Kedah.
Dengan menyahut cabaran Nazri dan kemudian mencabarnya untuk berlawan di Langkawi, ini adalah petunjuk yang amat jelas bahawa Tun Mahathir akan kembali bertanding sebagai Ahli Parlimen dan memilih Langkawi sebagai tempat barunya untuk bertapak.
Walaupun sudah lama bersara, tetapi demi menunjukkan kesungguhan untuk menyingkirkan Najib dan menyelamatkan negara, Tun Mahathir nampaknya tiada pilihan selain perlu bertanding semula dan cabarannya kepada Nazri agar datang ke Langkawi tentunya adalah khabar gembira bagi penantian sebuah perubahan yang semakin cerah cahayanya.
Langkawi sangat dekat di hati Tun Mahathir sejak beliau mengisytiharkannya sebagai pulau bebas cukai yang kemudian menyaksikan pembangunannya menjadi rancak serta terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi percutian dan pelbagai acara peringkat antarabangsa seperti pameran, konvensyen dan sebagainya.
Dikhabarkan Tun Mahathir sangat popular, dikenali dan disukai oleh penduduk Langkawi atas jasa dan sumbangannya memajukan pulau tersebut, sekaligus menjadikan harapannya untuk menang adalah cerah jika bertanding di situ.
Kerusi Parlimen Langkawi kini diwakili oleh calon BN, Nawawi Ahmad yang menang dalam pilihanraya 2013 lalu dengan majoriti 9,546 undi.
Meskipun perkhabaran mengatakan Tun Mahathir cukup popular dan berpeluang cerah untuk menang, majoriti kemenangan BN sebaliknya terlihat agak selesa.
Oleh itu, amatlah wajar agar Nazri yang berkawan dengan Najib sejak zaman muda lagi dapat meyakinkan Perdana Menteri untuk memberi kebenaran atau izin khas kepadanya bertanding di Langkawi untuk berdepan dengan Tun Mahathir.
Di Padang Rengas, Nazri cuma menang 2,300 undi tetapi dengan berpindah ke Langkawi, majoriti di atas kertas yang menunggunya ialah 9,546 undi.
Takkan tak jantan dan Nazri masih mahu memberi pelbagai lagi untuk mengelak daripada berlawan dengan Tun Mahathir yang sudah berusia 92 tahun? (Shahbudin 05/03/2017).

memang maju pulau langkawi
ReplyDeletearak dan maksiat beselerak
inilah maju yang Islam suruh kut