Saturday, March 4, 2017

Khairuddin at-Takiri lakukan ziarah ukhuwwah terhadap Dr. MAZA - Apa kata Netizen

Keterbukaan MAZA Terima Kunjungan Ustaz Khairuddin Terima Pujian Ramai Namun Debat Perlu Diteruskan Kata Netizens.

5:14:00 PTG  Posted by Ameno World

Pagi tadi facebook Ustaz Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis yang juga dikenali sebagai MAZA menarik perhatian ramai pihak terutamanya golongan muslim.

Ini berikutan MAZA berkongsikan beberapa gambar yang memaparkan kunjungan Ustaz Khairuddin At Takiri ke rumahnya di Kangar.

MAZA turut menulis, beliau mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Khairuddin atas ziarah ukhuwwah tersebut dan berbincang selama 2 jam secara hormoni dan cuba memahami sudut pandangan masing-masing.

"Beliau datang sendirian dari jauh atas persahabatan antara kami. 

Selama 2 jam kami berbincang penuh harmoni dan cuba sering memahami sudut pandang masing-masing. Selepas ziarah beliau terus berangkat pulang ke Trengganu. 

Semoga Allah memberikan keselamatan untuk perjalanannya", kata MAZA dalam status berkenaan.
Gambar Oleh MAZA

Kunjungan itu susulan dari 'pertengkaran kecil' antara kedua-dua tokoh agamawan itu berhubung isu RUU355. 

Sebelum ini pakar hadith, Ustaz Rozaimi telah menyebarkan satu kandungan video ceramah Ustaz Khairuddin yang dikatakan mahu menyekeh kepala mufti yang tidak bersetuju dengan pindaan RUU355. 

Ramai percaya ia ditujukan kepada MAZA berikutan MAZA sebelum ini telah memperjelaskan pandangannya secara panjang lebar tentang pindaan akta RUU355.

Baca : Pros dan Cons RUU355 Oleh MAZA.

Lalu anjuran debat disarankan bagi tujuan meraikan perbezaan pendapat secara matang. 

Dalam pada itu, tinjauan kami di status berkenaan mendapati ramai pihak menyatakan pujian kepada kedua-dua individu tersebut. Menurut netizens, penyokong kedua-dua pihak cuba bersikap batu api dan melaga-lagakan Ustaz Asri dan Ustaz Khairuddin apabila dengan sengaja memperbesarkan hal remeh.
Respon Netizens

"Syabas Dr. MAZA dan Ustaz Khairuddin, saling meraikan walau berbeza pandangan. Moga menjadi contoh kepada para agamawan yang lain", respon Duone Matdin.

Abu Zafirah pula berkata, "Aku dah kata, Dr. MAZA ini bagus orangnya. Satu-satunya mufti yang berani dan berterus-terang. Mufti yang lain tu lebih menjaga perut je".

"Bagus sifat YB sanggup pergi jauh beratus kilometer berukhwah demi Islam, bukannya menggunakan media untuk menjatuhkan maruah", kata Awe Pyean pula.

Namun bukan semua pihak bersetuju dengan pandangan majoriti netizens. Ada yang memberikan respon yang berbeza terhadap tindakan Ustaz Khairuddin juga. 

"Tindakan terdesak. Kerana tahu tak mampu melawan dan tidak boleh menang maka jalan selamat adalah cuba berdamai. Walaupun belum debat, PAS dah kalah 1 - 0, cubaan damai untuk menyelamatkan Hadi dari dimalukan", kata Eidesman Amrie.

"Alhamdullilah, harap-harap Dr.MAZA tidak kena sekeh", sindir Afyan Mat Rawi pula.
Meskipun kunjungan tersebut berakhir dengan perdamaian namun terdapat sesetengah pihak berpandangan perdebatan tentang RUU355 patut diteruskan bagi membentuk pembudayaan ilmu secara matang, perbezaan pendapat secara sihat. 

Bagi mereka, adalah lebih baik pihak yang menentang dan menyokong pindaan RUU355 dapat duduk sepentas dan menyuarakan pandangan masing-masing untuk dinilai masyarakat awam. Anda, bagaimana pula? Setuju atau tidak wancana tentang RUU355 diteruskan? - sumber Ameno World

Lagi kisah ini: Khairuddin ziarah Asri, sarapan bersama, berbalas senyuman

4 comments:

  1. Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

    hukum hukum dari Allah tak payah buat tunggu
    semua orang ada kerja ada rumah ada bini kiranya
    sampai semua orang dah selesa baru boleh buat
    sementara tunggu kedaan itu terjadi maka orang Islam hiduplah kat muka bumi Allah ni dengan berhukum ngan hukum dari sumber kitab toghut

    Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.

    Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?

    sapa yang redo redolah sampai mati akan syarat ini sampai semua orang dah selesa baru boleh buat
    Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka.
    Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surat yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskanlah ejekan-ejekanmu (terhadap Allah dan Rasul-Nya)". Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu
    Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.

    sanggah denagn berbagai alasan n nada
    jangan jadi munafik mati munafik


    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Se belum melakukan ketetapan perlu berbahas untuk memastikan tanpa keraguan dari mana-mana sudut ianya adalah mengikut ketetapan Allah dan Rasul.

      Apakah hanya Hadi seorang sahaja yang layak menetapkan 'Ia nya adalah mengikut KETETAPAN mengikut ketetapan Allah dan Rasul' ?

      Senang-senang je guna ayat Al Quran ...

      Delete
    2. Salam En. Anonymous di atas,

      Kalau encik ni walaun pas tak payahlah cakap pasal hukum tuhan dengan hukum taghut kalau encik pun tak reti.

      Dulu saya pernah mengikuti pengajian agama berkenaan hudud daripada dr haron din. Beliau kata hudud penyelesaian kepada masalah manusia. Dulu memang saya percaya. Sekarang tak!!!

      Kenapa??? Bukan hudud yang menyelesaikan masalah manusia tetapi manusia di belakang hukum tu!!!

      Nak buat hudud apa kalau orang curi rm10 kena hukum orang kebas rm2.6 billion ulama pas buat tak tahu je!!!

      Hudud apa kalau anak tiri pemimpin buat filem lucah the wolf of the wall street pakai dana kebas daripada duit rakyat ulama pas buat tak tahu je!!!

      Macam ni nak buat undang2 hudud atau ruu 355???

      Ruu 355 terdedah kepada semua bentuk penyelewengan!!! Tak payah nak cakap hukum tuhan atau toghut bila ulama yang cakap pun ulama toghut!!!

      Delete

    3. Org munafik itu berbelit2

      Org munafik itu kaki FITNAH-pilkuda & ponteng!

      Org munafik itu TAKUT berhujjah berdebat!!

      Kejap ari tu kata sggup berdebat tup2 ZIARAH jer!

      Sapekah munafik yg kat dasar Jahannam tu...huhu?

      Delete