Thursday, March 9, 2017

Apa masalah perempuan ni?

Maaf 'auntie' Siti Kassim..
mk   -    Hari ini, 10:25 malam
Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Fathul Bari Mat Jahaya tidak tahu terdapat tiga Muslim dalam kalangan 19 aktivis yang memfailkan saman bagi mengusir pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik dari Malaysia.

Dalam tulisan bertajuk 'Auntie Kassim Jangan Emosi' di Facebook, Fathul menjawab isu dibangkitkan peguam Siti Kassim tentang mengapa hanya dua wanita dijemput bagi mengadakan pertemuan dengan penceramah itu.

Sehubungan itu, Fathul menambah seorang lagi aktivis, Muhammad Mujahidin Zulkiffli dalam senarai bertemu Zakir Naik, selain seorang lagi peguam, Asiah Jalil.

"Maaf auntie Siti Kassim, saya tidak tahu bahawa ada tiga orang Muslim di antara 19 aktivis yang memfailkan saman. Itu kelemahan saya.

"Maka, dengan ini saya tambahkan lagi seorang untuk cadangan bertemu Dr Zakir Naik, so jadi tiga oranglah. Auntie Siti Kassim, akak Asiah Jalil dan Mujahidin. Is it ok?," tulisnya di Facebook.

Menjawab isu dibangkitkan oleh peguam itu tentang mengapa beliau tidak menjemput kesemua aktivis berkenaan, ini jawapan Fathul:

"Auntie Siti Kassim; saya dah sebut tempoh hari, Hindraf tidak relevan. Dan saya khususkan jemputan untuk auntie Siti Kassim, akak Asiah Jalil serta Mujahidin adalah kerana saya kasihkan kalian kerana Allah.

"Kalian adalah saudara se-Islam saya. Sebab itu, pertemuan ini akan dilaksanakan secara harmoni dan sejahtera tanpa sebarang provokasi mahupun diskriminasi," katanya.

Boleh bawa bodyguard

Malah, secara berjenaka, Fathul memberi jaminan supaya Siti Kassim tidak bimbang untuk bersemuka dengan Zakir Naik, termasuk mengupah pengawal peribadi sekiranya perlu.

"Saya berikan jaminan. Ini janji saya sebagai seorang Muslim. Kalau auntie Siti masih bimbang, bolehlah bawa bodyguard atau 'bonzer'. Jika Dr Zakir Naik buka silat, maka bodyguard auntie boleh karate dia. Gurau saja auntie," katanya yang turut menggunakan 'emoticon' lucu dalam tulisannya.

Menurut Fathul, Zakir telah bersetuju mengadakan pertemuan dengan syarat ia bermanfaat dan bertujuan merungkai salah faham.

"Adapun Auntie Siti Kassim asyik mengelat, konar-konar dan pusing-pusing. Last-last saya yang nak harmonikan keadaan pula kena marah dan dituduh nak buli auntie Siti Kassim.

"Saya tengok Auntie Siti pun saya dah takut. Takkanlah berani saya nak buli. Subhanallah. Tak baik la auntie Siti Kassim. Akak Asiah Jalil tak marah pun saya," tulisnya dalam nada gurauan.

Terdahulu, Siti Kasim hari ini berkata beliau bersedia bertemu dengan Zakir Naik dengan syarat kesemua 19 orang yang mahu mengusir penceramah itu terlibat sama.

Siti juga tidak puas hati dengan pelawaan Fathul untuk mengaturkan pertemuan itu dengan mempersoalkan kenapa hanya dua wanita dijemput.

“Kenapa dia nak jumpa I saja, dengan Asiah? Sebab kita orang perempuan? Kalau dia nak jumpa semua 19 orang, ya, kita akan bertemu,” kata Siti.

Malah peguam itu mempertahankan kenyataannya dan mendakwa terdapat agenda “cauvinis lelaki” yang jelas dalam isu itu.

2 comments:

  1. ..

    Kalau MAZA tak buat macam ini.


    ReplyDelete
  2. cakap sorang sorang bukan main galang
    tapi suruh jumpa berdepan takut bukan kepalang
    jahil ugama sendiri harap nama saja Islam
    jangan jadi munafik mati munafik

    ReplyDelete