Menjelang PRU14: BN mungkin tolak Najib?
Posted on Friday, March 10 @ 20:53:59 MYT by paktam
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
RAMAI yang menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada September atau paling lewat Oktober ini.
Banyak agensi yang terbabit dikatakan sudah mula melakukan persiapan khasnya sebagai sarana kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memastikan PRU14 berjalan.
Malah mesyuarat-mesyuarat khas samada membabitkan KEMAS, JKM, JASA, JPP dan KRT sudah mula rancak membincangkan tentang PRU14 dan persediaan Umno- BN. Tidak terkecuali medan PIBG juga menjadi salah satu wadah kepada mereka yang berkepentingan memancing undi bagi pihak Umno.
SPR ketika ini paling sibuk memastikan kelengkapan dan prasarana ke arah PRU14 lengkap dan selesai walau dalam keadaan kantung kerajaan ‘gawat’.
Sama ada ianya berjalan dalam keadaan yang ‘lancar’ dan berat sebelah, ia persepsi umum yang tidak pernah dapat ditolak SPR yang pada kebiasaannya digelar dengan pelbagai dakwaan termasuk pernah dikatakan ‘kuda tunggangan Umno’.
Sama ada persepsi itu sudah mula pudar, atau sebaliknya ianya bergantung kepada rakyat khasnya dan parti-parti politik sebagai pelanggannya. Usaha memastikan pilihan raya berjalan dengan bersih sentiasa diadakan, samada dengan wacana terbuka mahupun pelbagai kaedah lain.
Membicarakan perang pilihan raya pula, Umno-BN mahupun parti pembangkang ketika ini masingmasing sedang, dan dalam proses mempersiapkan jentera berdepan PRU14. PAS kelihatan sangat diterima masyarakat Melayu khasnya pasca Himpunan H355, malah menjadi fokus kepada masyarakat Melayu ketika ini setelah melihat Umno semakin ‘karam’.
Perang sesama sendiri
Umno sebenarnya sedang berperang sesama sendiri.Dalaman parti nasionalis ini sedang mereput, malah tidak salah dikatakan bahawa Umno sedang meniti harihari kelamnya.
Sumber dalaman Umno menyatakan perang dalaman masih tidak selesai, pelbagai isu dibangkit dek akar umbi kerana melihat kepimpinan yang ada hari ini terlalu sarat dengan skandal, masalah dan paling ketara rasuah serta penyelewengan.
Dari isu NFC suatu masa lalu, menjelma isu Altantuya Shaariibuu, kemudian isu 1MDB yang membarah hingga kini sementara isu kemerosotan teruk kewangan Felda menjadi barah kepada Umno kerana Umno pastinya tidak mahu ‘fix deposit’ me reka di Felda terganggu kerana masalah yang sedang membelenggu konglomerat itu.
Ramai melihat kehadiran Tan Sri Isa Samad selaku orang kepercayaan Dato’ Seri Najib Razak sejak beberapa tahun lalu di Felda menjadikan syarikat perladangan itu berdepan masalah yang makin merumitkan khususnya bila aliran tunai dan aset semakin mengecil, ditambah faktor pelaburan yang langsung tidak menguntungkan.
Namun masalah membabtkan Isa Samad bekas Menteri Besar Negeri Sembilan sentiasa tidak diselesaikan oleh Najib, sama ada ada rahsia yang dipegang antara mereka berdua menyebabkan ia terlalu akrab, mungkin umum telahpun ada jawapan mengenai rahsianya itu.
Sikap Najib mempertahankan Isa ke tahap ‘dewa’ menyebabkan ramai rimas, ditambah pula dalam kes 1MDB pula Najib terusmenerus ‘flip-flop’ tanpa menyelesaikan isu dan tanggapan umum secara tuntas atas kemelut kerugian dan pe nyelewengan yang berlaku.
Ia tidak termasuk lagi dengan isu dinginnya hubungan Najib dengan beberapa ketua-ketua kementerian tertentu malah dapat disaksikan bagaimana bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zetti Akhtar Aziz ditolak ketepi akibat isu 1MDB.
Malah isu masalah sikap dan peranan Dato’ Seri Rosmah Mansor yang dianggap ‘over’ oleh sesetengah pemimpin Umno dan bawahan menjadikan rencah Najib semakin kurang disenangi akar umbi biarpun Perdana Menteri keenam itu cukup pandai mengikat Ketua-ketua bahagian Umno dengan pelbagai cara ikatan. Letak sahaja ketepi isu sentimen bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Najib kerana bagi rakyat yang normal, Tun Mahathir pun sama sahaja, tiada beza, bahkan Tun Mahathir adalah pemula kepada kerosakan yang berlaku di Malaysia.
Insiden 1998, pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, skandal BMF, skandal bailout pelbagai agensi dan syarikat, kronisme dan amalan rasuah juga dikatakan tumbuh melata di zaman pemerintahan bekas PM yang digelar diktator itu.
Tiada beza Najib Mahathir, mungkin hanya beza kepada isteri Mahathir tidak seperti isteri Najib yang sangat menonjolkan diri hingga terkait dengan pelbagai isu.
Sumber dalaman Umno menyebut, desakan dalaman sedang berlaku ketika ini berhubung kelibat Najib dalam PRU14. Ramai yang mahukan agar Presiden Umno itu sama ada mengakhiri kariernya pada PRU14 ini atau sebaiknya tidak sahaja me nyertai PRU14 kerana bimbang jika Umno-BN kalah kerana liabili ti yang terpaksa ditanggung dalam isu Najib.
Malah terkini dikatakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN, terdapat desakan oleh parti komponen agar Najib tidak bertanding pada PRU14 ini kerana pelbagai isu yang mendampingi Najib selain sikap Najib yang dikatakan mahu mencari mileage politik dalam isu Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) yang dibawa PAS.
Najib kononnya ‘mampu’ memancing undi Melayu tetapi dalam masa yang sama keliru dengan pendekatan yang digunakan tatkala mahu mendapatkan mileage politik dalam isu terbabit, sedangkan komponen BN lain yakin bahawa PAS mempunyai agenda yang sangat jitu dalam isu RUU 355 kerana ianya adalah tuntutan PAS sejak dahulu.
Sumber menyatakan, ia merenggangkan hubungan komponen BN lain, namun Najib mahu menjadikan PRU14 ini medan yang kononnya boleh memberi kemenangan besar kepadanya.
Bergantung
Mahu tidak mahu Najib perlu bergantung dengan banyak pendekatan, tetapi ia akan menyebabkan komponen BN lain seperti MCA, PPP, MIC dan parti pribumi di Sabah Sarawak akan bingkas menjauhkan diri.
Sekali lagi ramai melihat strategi yang digunakan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya lebih ‘ampuh’ dan mendapat keyakinan serta sokongan teras pengundi Melayu bilamana Himpunan H355 menyaksikan ratusan ribu turun ke Padang Merbok, tetapi Umno dikatakan ‘gigit jari’ dalam himpunan itu dari sudut politiknya.
Sebenarnya, sama ada Najib mengizinkan RUU355 menjadi realiti atau sebaliknya, Najib sebenarnya sudah lama menjadi ‘liabiti’ kepada Umno mahupun BN. Skandal dan pentadbiran yang menjadikan rakyat mangsa keadaan menyebabkan rakyat semakin tidak selera mendengar nama Najib.
Tidak boleh dinafikan lagi, kakitangan awam juga sudah mula memberikan respon negatif dan terlalu buruk ke atas Najib hingga ramai dalam kalangan mereka dipindahkan, ditukar, dikenakan tindakan kerana dilihat memberi respon negatif dalam media sosial berhubung Najib atau pentadbirannya.
Pemberian BRIM tidak lagi mampu mengikat rakyat untuk merasai bergantung harap kepada BN khasnya Umno kerana dikala BRIM diberikan, kenaikan harga minyak, tol, dan terkini gula sementara beban GST yang membelenggu sejak dua tahun lalu menjadikan rakyat umpama ‘merempat di bumi sendiri’.
Mahu tidak mahu akar umbi Umno dan BN kini paling merasai derita berdepan sentimen rakyat menolak Najib yang dilihat keterlaluan ‘menyeksa’ rakyat dengan ekonomi tidak bangkit dari demam panjang dan ditambah seksaan kenaikan kos pelbagai.
Maka tidak mustahil desakan untuk Najib tidak bertanding pada PRU14 semakin menjadi agenda utama BN dalam memastikan mereka mampu mempertahankan pemerintahan. Segala ‘deal’ (perbincangan) boleh dan sedang berjalan bagi memastikan Najib digantikan samada dengan orang nombor duanua, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau yang lebih dekat hubungan kekeluargaan iaitu, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Maka demi memastikan ‘survival’ Najib, pastinya Najib sedang mencari regu yang lebih mudah menyimpan rahsiannya dalam menerajui kerajaan iaitu Hishamuddin yang mungkin lebih ‘perahsia’ berbanding Zahid yang pernah dikaitkan dengan Anwar.
Mungkinkah PRU14 ini kelibat Najib tidak lagi kelihatan, atau sebaliknya, sama-sama kita nantikan...
* selagi muncung masing-masing berminyak, kantung masing-masing kembung, selagi kerusi belum koyak dan dawainya tidak mencucuk buntut, siapakah yang pentingkan keselesaan mahu menolaknya?

No comments:
Post a Comment