Wednesday, February 1, 2017

Pertemuan PAS-PPBM: Yakinkah Hadi takkan kornar?

Hadi tak hadir pertemuan PAS-PPBM esok

  | January 31, 2017
Bagaimanapun, timbalan presiden PAS memaklumkan pertemuan itu mendapat restu Hadi.
PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menyertai pertemuan parti Islam itu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Dalam perkembangan terbaru, ahli Majlis Tertinggi PPBM Tariq Ismail memberitahu FMT pertemuan yang dijadualkan berlaku pada Khamis diawalkan ke esok.
Delegasi PAS akan diketuai Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata Hadi tidak akan menyertai perbincangan tersebut kerana tidak terlibat dalam jawatankuasa perbincangan.
Hadi bagaimanapun merestui perbincangan itu.
“Yang akan menyertai perjumpaan PAS dan PPBM ialah saya sendiri, Setiausaha Agung Datuk Takiyudin Hassan, Naib Presiden Idris Ahmad serta 2 lagi jawatankuasa PAS yang lain,” katanya ketika dihubungi FMT.
Hadi sebelum ini bertegas menolak kerjasama dengan DAP pada PRU akan datang, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan PPBM.
Semalam PPBM dalam kenyataan berkata parti itu tetap bertemu PAS walaupun akar umbi parti marah susulan penghinaan PAS terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
PAS turut mensasarkan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen pada PRU akan datang.
Pautan: 
Ahli Majlis Tertinggi PPBM berkata parti itu cukup matang untuk beri peluang perdamaian dalam kalangan pembangkang.

2 comments:

  1. Semua pemimpin pis takut pada hadi awe
    Bodoh punya orang...
    Walak taik kucing

    ReplyDelete
  2. susah payah pemimpin lain dlm pas nk melayan kerenah hadi.

    sudah2 lah tu membela hadi. pas bukan agama. keluar je pas dan berjuang dlm landasan yg ternag jelas menentang klepet yg parah sekarang ini.

    jgn sampai akan berlaku sekali lagi PERBERSIHAN ETNIK BARUA dlm muktamar pas akan dtg. nnti menyesal tk sudah.

    hadi masih mencari pemimpin pas yg betul2 wala total kepada dia. dia sedang tgk siapakah yg blh diharap untuk menyalak dgn kuat menyokong setiap langkah beliau.

    titm dilihat byk mengubah haluan kapal yg ditetapkan hadi.

    nik beduh mudah keletihan dan keliru. harapkan tantawi, nnti jamban yg ada tanda X pun dipecahkannya.. tokeh juga yg garu pusat penin.

    yg bijak2 semua dh keluar dr pas.

    mmmmmm.. nampaknya hadi terpaksa bergantung dgn najib aje lah.

    ReplyDelete