Tuesday, February 7, 2017

Nak jadi taukey judi pulak!

Jamal dibebas awal, mahu ceburi judi haram
mk  -  Hari ini, 8:35 malam
Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos diberi pembebasan awal hari ini berikutan penahanan reman selama lima hari ke atasnya kerana kes samun berkumpulan.

Jamal, Jumaat lalu ditahan reman selama lima hari, dibebaskan selepas penahanan tiga hari.

Bercakap di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, Jamal secara sinis berkata, beliau mahu meletakkan jawatan politik dan NGO yang disandangnya.

“Selepas ini saya akan mengusahakan perniagaan judi haram kerana judi haram ini mempunyai kekebalan n keistimewaan berbanding jawatan pemimpin,” katanya.

Jamal, bersama-sama dengan sembilan penyokongnya, ditahan pada Khamis lalu.

Polis menyiasat Jamal di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Ia susulan serbuan pemimpin akar umbi Umno itu di sebuah tempat didakwa pusat perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.

Ketika serbuan, Jamal didakwa merompak pelanggan di premis itu.

Siasatan dibuat berikutan laporan polis yang dibuat ke atasnya.

1 comment:

  1. Dia nak berniaga apa pun tak jadi masaalah pd Jamal. Dia sebut aja berniaga apa dia nak buat walaupun memang Jamal ni bodoh dlm perniagaan. Selama dia berniaga semua modal UMNO yg biaya sesen pun bukan dari duit dia. Sbb tu klau rugi pun mana dia kisah sbb modal bukan duit dia.

    ReplyDelete