Saturday, February 4, 2017

Ciss.......dikencing dan buang masa rupanya!

TITM Tiada Mandat, Bincang Kerjasama PPBM-PAS Buang Masa

Perjumpaan Pas-PPBM hanya sembang-sembang, Tuan Ibrahim akui tiada mandat 

Delegasi Pas yang diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hanya bertindak sebagai jawatankuasa perunding dalam pertemuan dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelmarin, dan tidak mempunyai mandat untuk membuat sebarang keputusan berhubung soal kerjasama kedua-dua parti tersebut. 

Sehubungan itu, beliau dalam kenyataannya semalam memberitahu tiada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai hubungan Pas dan PPBM. 

Menurutnya, segala cadangan hasil perbincangan itu akan dikaji dan diteliti oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama seterusnya dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk diputuskan. 

"Sebagaimana amalan dalam semua kerjasama politik (tahaluf siyasi) yang dibuat sebelum ini, begitulah juga dalam hubungan dengan PPBM, Pas akan menyerahkan kepada Majlis Syura Ulamak Pas," ujarnya dipetik daripada kenyataan beliau semalam. 

Menurut Tuan Ibrahim, badan tertinggi yang memandu parti itu akan membuat keputusan berhubung kerjasama politik bersama PPBM dengan meneliti aspek syarak sama ada boleh diteruskan atau sebaliknya. 

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dilapor menyifatkan kerjasama Pas dan PPBM 'masih jauh' untuk terlaksana. 

Beliau berkata, semua cadangan kerjasama daripada PPBM perlu terlebih dahulu diteliti oleh Jawatankuasa Pas Pusat sebelum dibawa ke Majlis Syura Ulamak (MSU). 

"MSU adalah badan yang mempunyai kata akhir untuk membenarkan kerjasama itu atau tidak," ujarnya. 

Kelmarin, Pas dan PPBM bertemu dalam hasrat Presiden parti berlogokan bunga raya itu untuk mencapai kesepakatan satu lawan satu menentang BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. 

Walau bagaimanapun, banyak pihak melihat usaha PPBM itu tidak lebih membuang masa memandangkan sikap Pas yang mahu menjadi "king maker" dalam politik negara. 

Bahkan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menegaskan Pas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan Amanah dan DAP. 

PPBM sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan dan kerjasama tersebut disahkan sendiri Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diteruskan. 

ULASAN GB 

Apa yang diucapkan oleh pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir lebih realistik. PAS berpusing-pusing dan PPBM perlu meninggalkan PAS, sebaliknya menyertai Pakatan Harapan. 

Kini PAS u-turn lagi yang entah ke berapa kali. Kali ini, di dalam isu kerjasama PPBM-PAS, Presiden PAS menyatakan: 
Sebelum ini pun sudah meinta semua parti pembangkang agar berhatihati dengan PAS, parti yang terkenal dengan tikam-belakang dan pengkhianat itu. 

GB sudah mengulas: Kenyataan-kenyataan pimpinan PAS semuanya sudah tidak boleh pakai. 

Setiap kali mereka bersuara, setiap kali itulah ianya akan di"uturn" oleh presidennya sendiri, Hj Abdul hadi Awang. 

TITM pernah menyuarakan supaya semua parti pembangkang melaksanakan "gencatan senjata".
Tetapi ini pula kenyataan Haji Hadi:
Berapa banyak kali sudah, setiap kenyataan para pemimpin PAS khususnya dari TITM sendiri telah diterbalikkan oleh Presiden PAS sendiri. Contohnya: 
 
Ternyata TITM yang tidak ada kredibiliti memimpin kerana setiap kali ia mengeluarkan cadangan dan saranan, ia ditentang oleh ketuanya sendiri. 

Jika sebelum ini TITM meminta pemimpin AMANAH tutup mulut, kini TITM terpaksa menjilat semula ludahnya apabila sebenarnya beliaulah yang kena tutup mulut kerana kenyataan-kenyataannya jelas tidak laku dan tidak mendapat sokongan dan restu dari presidennya sendiri. 

Adalah terlebih baik TITM yang tutup mulut atau isytiharkan saja keluar PAS lantarannya. 

Dicatat oleh Green Boc di 1:32 PTG

4 comments:



  1. Mahatet Jibgor dan Ady ahWANG 2x5 sama jer..

    Bapak FITNAH jadah FITNAH lebai FITNAH..
    Fitnah LIWAT-1 Fitnah LIWAT-2 Fitnah Broka& filkuda

    Akidah mrk adalah tipu keliru putar belit rkyat!

    Tuhan mrk adalah duit-WANG @ harta & kuasa!!

    Tiada & TIADA smaskali "niat" mrk utk membela rakyat!!!


    Klu ada yg betul2 nak bela rakyat..tengoklah pd sosok yg bernama Husam Rafizi & Anwar Ibrahim tu



    ReplyDelete
  2. Husam still the best

    ReplyDelete
  3. Aku kekadang bengang gak ngan ppbm terutama presiden dan tim dia tu..pengrusi ppbm Tun M dah beritahu awal2 lg..tentang politaik pas ni..masih nak pujuk gak pas untuk bersama PH..Sekarang dah kna ataih muka sendiri..kalau x sedar diri x tau lah nak kata apa kat ppbm ni terutama presiden dan timnya tu..kang cakap yang hodoh2 marah pula..SEDARlah..Jangan buang masa...lupakanlah parti Hj Hadi tu..dia lebih mesra dengan umno..

    ReplyDelete
  4. Aku kekadang bengang gak ngan ppbm terutama presiden dan tim dia tu..pengrusi ppbm Tun M dah beritahu awal2 lg..tentang politaik pas ni..masih nak pujuk gak pas untuk bersama PH..Sekarang dah kna ataih muka sendiri..kalau x sedar diri x tau lah nak kata apa kat ppbm ni terutama presiden dan timnya tu..kang cakap yang hodoh2 marah pula..SEDARlah..Jangan buang masa...lupakanlah parti Hj Hadi tu..dia lebih mesra dengan umno..

    ReplyDelete