Monday, January 2, 2017

Memang betullah mamat ni dok dalam perigi buta!

*Atau memang mahu jadi galang ganti UMNO?

Mamat ni ngigau ke ape? Tak payah nak cabar, memang Amanah akan lawan pun!
Tu lah dok dalam perigi buta. Mamai tak tahu hulu-hilir

Amanah kalau berani, sila lawan PAS

  | January 2, 2017
Pesuruhjaya PAS Selangor berkata Amanah jangan pula menyuruh parti lain berlawan dengan PAS kerana tidak berani berdepan dengan parti Islam itu pada pilihan raya umum.
PETALING JAYA: Amanah perlu berani bertanding melawan PAS jika berhasrat untuk menggantikan parti Islam itu di kawasan pilihan raya yang dimenanginya pada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.
Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata apa yang penting ialah Amanah jangan pula menyuruh parti lain berlawan dengan PAS kerana tidak berani berdepan dengan parti Islam itu.
Katanya, parti itu tidak ada masalah jika Amanah hendak bertanding di kerusi yang dimenangi atau pernah ditandingi PAS kerana ia hak masing-masing dalam negara demokrasi.
“Tetapi kalau betul hendak menggantikan PAS maka silakan bertanding melawan PAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, sudah beberapa kali pemimpin Amanah mengeluarkan kenyataan untuk bertanding di kerusi milik PAS termasuk di Selangor.
Amanah pernah berkata akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi PAS dalam PRU lalu di negeri itu, iaitu 20 kerusi DUN dan 7 Parlimen.
Iskandar berkata parti itu sedia berdepan dengan “landskap politik baharu” dan siap sedia untuk menerokai kawasan baharu jika tiada persetujuan bagi pertandingan 2 penjuru dalam PRU.
“Sama ada 2 penjuru atau 3 penjuru, jentera pilihan raya PAS bersedia menghadapi apa saja kemungkinan.
“Jika ada persetujuan untuk 2 penjuru, PAS boleh menghormatinya. Jika tidak ada persetujuan dan akan berlaku ‘free for all’, PAS bersedia untuk menerokai kawasan baharu,” katanya.
Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan Dr Mohd Hatta Ramli sebelum ini berkata parti itu akan meletakkan calon di semua kerusi ditandingi PAS kerana Amanah tidak mahu menyentuh kerusi PKR atau DAP.
Ia susulan PKR dan DAP ialah sekutu Amanah dalam Pakatan Harapan.

2 comments:

  1. AMANAH tak rugi apa-apa. Menang bagus lah kalau kalah tidak mengejutkan.

    Yang rugi ialah PAS. Jika PAS kalah dan AMANAH pun kalah, orang akan kira berapa jumlah undi AMANAH dan berapa jumlah undi PAS.

    Rekod AMANAH setakat ini lebih baik dari PAS. PAS dengan pembalakan haram, ke London minum teh, dedak 90 juta dan menyokong syiah Iran !

    ReplyDelete
  2. Pas makin songsang bro
    Meluat tgk kelaku puak2 ni
    Tuii...

    ReplyDelete