Dana kebajikan Ladang Rakyat biayai peserta 'roadshow' Himpunan 355
12 Januari 2017 | ARIF ATAN
Surat Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Kelantan yang mewajibkan peserta Ladang Rakyat menghadiri roadshow Himpunan RUU 355.
Surat daripada Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan yang menjadi tular di media sosial memaklumkan program anjuran Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Negeri Kelantan itu akan berlangsung di Padang Majlis Daerah Machang malam ini.
Ditandatangani Ketua Pegawai Operasi perbadanan berkenaan, Mohd Khairil Hazmie Yusof, agensi terlibat diminta menguruskan kehadiran peserta Ladang Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) ke tapak program tersebut.
"Keperluan pengangkutan peserta ke tempat program boleh dibiayai oleh peruntukan Tabung Tindakan Kebajikan Peserta Ladang Rakyat Dun masing-masing.
"Kehadiran adalah DIWAJIBKAN dan akan dicatat oleh pihak Dun dan akan dikemukakan kepada pihak pengurusan Perbadanan," dipetik daripada surat bertarikh 10 Januari itu.
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen menganggap program dengan kerjasama Sekretariat Tetap Hudud Negeri dan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu sebagai bermotif politik.
Tidak kurang juga menyifatkan tindakan kerajaan Pas negeri Kelantan itu memaksa peserta Ladang Rakyat hadir ke program tersebut seperti saling tidak tumpah dengan apa yang dilakukan Umno-BN selama ini kepada agensi dan jabatan kerajaan.
Dalam hal berkaitan, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Disember tahun lalu dilapor Harakahdaily, berharap agar setiap peserta Ladang Rakyat dapat berperanan sebagai "jentera pilihan raya yang komited mempertahankan pemerintahan Islam."
Dipetik dari portal rasmi Pas itu, Che Abdullah yang juga Ahli Lembaga Perbadanan Ladang Rakyat berkata demikian ketika menyerahkan dividen saham kepada 300 peserta projek tersebut di Parlimen Kubang Kerian merangkumi 100 peserta bagi setiap Dun di kawasan tersebut iaitu Demit, Pasir Tumbuh dan Salor.
Pas pada 7 Januari lalu mengumumkan untuk menggembleng 'Himpunan 355' secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini dengan mengundang semua parti politik termasuk Amanah dan DAP.
Himpunan tersebut susulan daripada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya akan mengadakan perhimpunan raksasa bagi menerangkan Rang Undang-undang (RUU) 355 selepas menangguhkan huraian pindaan akta itu di sidang Dewan Rakyat, 24 November tahun lalu.

No comments:
Post a Comment