Saturday, December 17, 2016

Surat Tuntutan PAS: Ini jawapan Clare Rewcastle-Brown

Surat tuntutan PAS satu 'political gesture', kata editor S'wak Report
mk - Hari ini, 11:56 tengahari      Hari ini, 12:24 tengahari
Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berkata surat tuntutan yang disampaikan kepadanya dari PAS adalah satu 'political gesture'.

Surat itu, yang disampaikan kepadanya di alamatnya di London pada hari Selasa, dilaporkan berhubung dakwaannya bahawa parti Islam itu kononnya menerima RM90 juta dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya menganggap tindakan mereka itu sebagai satu 'political gesture' dan satu penyalahgunaan protokol yang mereka mahu eksploitasi," kata Rewcastle-Brown kepada Malaysiakini dalam emel malam tadi.

Beliau juga berkata tiada prosiding mahkamah yang telah dimulakan.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation" itu menyenaraikan tiga tuntutan terhadap portal berita terbabit.

Ia menuntut Sarawak Report membuang artikel yang mendakwa PAS menerima RM90 juta dari perdana menteri Malaysia dan membuat permohonan maaf mengikut terma-terma yang dipersetujui oleh PAS.

Ia juga meminta laman web pemberi maklumat itu memberikan jaminan untuk tidak menyiarkan dakwaan yang sama pada masa akan datang.

PAS telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rewcastle-Brown di UK.

1 comment:

  1. Err...Najib buat surat tuntutan kat WSJ maka Hj Hadi pun buat surat tuntutan kat SR? Najib sampai ke hari ni tak berani nak saman WSJ maka mungkin Hj Hadi pun tak berani nak saman SR? Ni bukan sedondon lagi tapi dah jadi kembar siam dah ni! Err.... adakah mungkin saman ke SR akan ditangguhkan lagi atas alasan SR mungkin tak faham lagi akan apa yang Hj Hadi dan PAS nak bentangkan melalui surat tuntutan tu nanti? Tak mustahil.

    Najib dan Hj Hadi tak bekerjasama cuma mereka bermadu janji dan berselingkuhan aje. Tak rasmi dan tak hebah kat umum tapi memang dah dok tidur satu bantal. Haram ke idak? Tak haram cuma bila ianya dibuat oleh puak2 berserban dan berjubah, halal dan haram boleh "nego" dan "boleh dapat restu" dari tuhan. Tak susah, cuma perlu kuar sikit ayat2 Quran dan hadis2 kemudian kasi "spin" supaya benda tu nampak halal dan tersembunyi perbuatan khianatnya.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete