Saturday, December 17, 2016

Rosmah banyak bantu Anwar?

DS ROSMAH BANTU ANWAR
 - Abu Syifa 

1. Hari ini rakyat Malaysia menyaksikan banyak perubahan besar dalam politik nasional. Penubuhan parti baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia menambah lagi jumlah parti-parti pembangkang. 

2. Sejak sekian lama, hanya DAP dan PAS sahaja yang konsisten dan mendominasi, kemudian barulah muncul PKR dan PAN kedua-duanya pecahan dari UMNO dan PAS.

3. Kini, muncul pula Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga pecahan dari UMNO. Pakatan pembangkang juga berubah-ubah daripada Pakatan Rakyat kepada Pakatan Harapan tanpa PAS, dan terbaharu pakatan PAS-AMANAH. Manakala, Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyelit mencari keuntungan.

4. DSP Lajim Ukin seperti yang saya sering perkatakan kepada rakan-rakan saya bahawa dia akan meninggalkan PKR, hari ini Lajim meninggalkan PKR bersama 2 lagi iaitu Terrence Siambun (PKR) serta Junz Wong (DAP). Parti PKR hampir lumpuh di DUN Sabah.

5. Anwar dan PKR tidak pernah mahu belajar dari sejarah. Ini bukan pertama kali Lajim melakukannya. Sudah banyak kali.

6. Begitu jua, Anwar tidak pernah serik dan belajar dari sejarah bilamana terjebak dengan percaturan politik Tun Dr. Mahathir, orang yang memecatnya pada tahun 1998 dahulu. 

7. Politik baharu Malaysia hari ini sudah jadi cacamerba, prinsip perjuangan dijual beli. Jika dahulu DAP musuh utama, hari ini mereka bersatu dalam politik. PKR yang pemimpinnya dihina dina kembali mendekatkan diri kepada musuh utamanya, membiarkan aktivis reformasi mereka terpinga-pinga dan rasa terhina.

8. Anwar kini sedang melalui era penjara, namun Anwar tidak pernah patah semagat untuk bebas. Anwar berusaha menggunakan apa jua cara dan peluang yang ada. Namun, Anwar sering lupa, orang yang menghumbannya di dalam penjara dan memecatnya suatu masa dahulu, tidak mungkin orang yang sama akan membebaskannya dan memberikan semula jawatan lamanya.

9. Anwar salah pilih orang, salah pilih kawan. Jika benar hendak bebas, orang yang boleh membantunya bukan musuh politik lamanya, tetapi orang itu adalah DS Najib. Anwar sering lupa, DS Najib tidak pernah memusuhinya. Ramai orang di luar sana tidak mengetahui, bahawa DS Rosmah banyak membantu Anwar yang sedang melalui hukuman penjara. MB Selangor pasti tidak menafikannya. 

10. Mengapa bimbang DAP marah, sedangkan DAP tidak pernah peduli Anwar ketika DAP menjalin hubungan dengan musuh politiknya? Hari ini, Lajim meninggalkan Anwar tanpa peduli pun Anwar ! Sesungguhnya, Anwar tidak pernah belajar daripada sejarah.

11. Anwar patut menerima rekonsiliasi 2013, rakan-rakan politik Anwar di dalam PH semuanya berekonsiliasi dengan sesiapa sahaja yang mereka mahukan tanpa memperdulikan nasib Anwar! Maka, mengapa tidak Anwar? Bacaan ulangan anda di sini

Selamat membaca,
City of Columbus, USA.

2 comments:

  1. " DS ***** tidak pernah memusuhinya(Anwar)"(?)
    Paling paling kurang orang ini tlh terlibat dgn selingkohan yg sangat besar dari segi undang2 apabila mengakui duit berbilion telah masuk ke akaun bank nya...lantaran itu dia telah memusuhi sekalian rakyat yg bergantung harap pd keluhuran undang2, dan mungkin juga rakyat bernama Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  2. Saya rasa artikel ini bohong sangat2. Ingat siapa yang Saiful pergi berjumpa SEBELUM kes beliau meletup. Beliau pergi untuk dapatkan seal of approval. Apa yang dipertontonkan kemudian - doktor pertama tak nampak2 apa, doktor kesan tujahan plastik, 3 hari tak berak, tak mandi - TAPI masih datang office dan jadi pembantu Anwar, sample bukti yang disimpan di office selama 3 hari sebelum dihantar ke makmal, karpet yang disebut salah rumah ... and yet, di dalam keraguan2 ini Anwar masih kena. So soalan saya -- ini kes jenayah atau kes politik?

    ReplyDelete