Saturday, November 12, 2016

PAS tidak pernah khianat dalam Pakatan - Hadi. Bagaimana pula bacaan politik Muhyiddin?

Pas tidak pernah khianat dalam pakatan
SALWANI MD ZAIN  - 12 November 2016
Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Pas tidak pernah khianat dalam pakatan pembangkang, malah parti Islam itu sentiasa menghormati adab dan akhlak berpakat.

 Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ketika berada dalam pakatan, Pas sentiasa teguh dengan dasar dan matlamat yang wajib dihormati semua pihak.

"Dalam sejarah pakatan dengan pihak lain, Pas tak pernah khianat (dalam apa-apa pakatan), sehingga Pas dipecat daripada BN (pada 1978) dan terkini, DAP memecat Pas daripada Pakatan Harapan (PR)," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Pas sentiasa bersabar menghadapi perangai parti lain yang campur tangan dalam urusan dalaman sehingga ada yang 'meredah masuk ke dalam bilik rumah Pas'.

Malah, katanya, ada yang gambil kesempatan 'mencuri dalam rumah Pas' yang sedia buka pintu untuk mereka.

Katanya, dalam urusan pakatan Pas dengan pihak lain juga, parti itu pernah menyertai kerajaan campuran dan seterusnya bersama menubuhkan BN setelah negara menghadapi darurat sehingga berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

"DAP tidak bekerjasama ketika negara darurat. Pas menerima dengan terbuka tawaran Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak (Hussein) setelah beliau setuju terima cadangan Pas.

"Pada waktu itu sebahagian besar pemimpin dan ahli Pas berlapang dada untuk bekerjasama walaupun unsur kezaliman dilakukan ke atas pemimpin Pas. Pas sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan, menolak keadaan politiking murahan yang menjadikan rakyat dalam keadaan tenat, kerana Islam mengharamkan politik berunsur dendam," katanya.

 Sementara itu, menjawab dakwaan Pas akan menyertai BN, Abdul Hadi berkata, pihak yang menuduh itu sepatutnya cermin diri masing-masing.

"Pas tidak pelahap untuk menyertai BN hanya untuk meraih jawatan dalam Kabinet atau semata-mata mahu jadi perdana menteri laksana mi segera. Pas adalah parti yang turun ke medan rakyat, kini mempunyai 192 kawasan di seluruh negara dan hampir 10,000 cawangan hingga ke setiap ceruk pedalaman.

"Kini, Pas juga berjaya bina kumpulan penyokong daripada kalangan bukan Islam yang tidak hanya guna komputer dan berarak di jalan raya semata-mata untuk dapat sokongan rakyat," katanya.

Langkah Muhyiddin condong ke Pas luas pengaruh?
11 November 2016 | MUAMMAR QADDAFI

Langkah Muhyidin ini merupakan satu langkah yang sangat mementingkan diri dan bakal melambatkan langkah pembangkang untuk menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.

Langkah Muhyidin ini merupakan satu langkah yang sangat mementingkan diri dan bakal melambatkan langkah pembangkang untuk menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.


Rancangan Pakatan Harapan (Pakatan) untuk menandatangani perjanjian persefahaman diantara Pakatan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada konvensyen Pakatan Harapan esok (12 November 2016) mungkin terpaksa ditangguhkan di atas permintaan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Perjanjian ini dikatakan bakal menjanjikan perlawanan 1 lawan 1 diantara parti pembangkang dan Barisan Nasional.

Perubahan di saat akhir Muhyiddin dipercayai berlaku selepas program beliau bersama pemimpin Pas dalam satu program ceramah yang turut dihadiri wakil PKR.

Menurut sumber, Muhyiddin bercadang untuk menubuhkan satu gabungan beliau sendiri yang hanya dianggotai oleh Bersatu,Pas dan PKR dan mengabaikan DAP dan Amanah namun cadangan beliau ditolak oleh pimpinan Pakatan Harapan.

Satu satunya penjelasan yang dapat saya fikirkan buat masa ini mengapa Muhyidin cuba untuk menyingkirkan DAP dan Amanah melalui idea membentuk kerjasama baru parti pembangkang tanpa melibatkan DAP dan Amanah adalah bermula dari krisis dalaman parti Bersatu sendiri sekaligus dilihat sebagai langkah beliau untuk mengukuhkan kedudukan dalam gabungan parti parti pembangkang.

Walaupun cuba ditutup rapi oleh pimpinan Bersatu, kewujudan dua kem dalam Bersatu adalah ketara dan dapat dilihat oleh para pemerhati politik,iaitu satu kumpulan yang dipimpin oleh Muhyidin sendiri selaku Presiden parti manakala satu kumpulan lagi dilihat berpaksikan Tun Dr. Mahathir sebagai penasihat parti.

Sokongan yang lebih besar kepada Dr. Mahathir dilihat sebagai satu ancaman kepada Muhyidin, asas kepada dakwaan ini adalah pendedahan oleh seorang bekas ahli Bersatu, Saheme Hasyim yang mendakwa wujud sikap berpuak dalam Bersatu  dan hanya kerana beliau membawa sukarelawan untuk bertemu Dr. Mahathir, maka beliau telah dituduh untuk melobi jawatan dan cuma merampas kuasa di Kedah.

Tokoh tokoh utama yang menonjol juga dilihat lebih “rapat” dengan Dr. Mahathir antaranya Syed Saddiq, Anina Saadudin dan Mukhriz Mahathir.

Lebih memburukkan keadaan buat Muhyiddin apabila DAP dan Amanah dilihat lebih “rapat” dengan  Dr. Mahathir berbanding Muhyidin selaku presiden parti, kita boleh lihat bahawa sedari awal kehadiran Dr. Mahathir lebih banyak di pentas Pakatan Harapan berbanding Muhyiddin sendiri.

Menyedari hakikat ini kita lihat Muhyiddin cuma mendapatkan pengaruh politik melalui hubungan baik dengan Pas, dan cuba menyingkirkan DAP dan Amanah, namun persoalannya adakah Pas akan memberi ruang kepada Muhyiddin untuk menempatkan diri sebagai ketua gabungan baru diantara mereka sekiranya ia benar benar berlaku?

Pandangan saya, langkah Muhyiddin ini merupakan satu langkah yang sangat mementingkan diri dan bakal melambatkan langkah pembangkang untuk menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang, kegagalan beliau untuk letak ditepi segala kepentingan peribadi akan menyebabkan parti pembangkang tidak mampu menfokuskan agenda menentang Barisan Nasional sebaliknya terus menerus dengan usaha menyatukan lima parti pembangkang.

Saranan saya, pimpinan Bersatu yang lain sewajarnya mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini termasuklah mengurangkan kuasa Presiden untuk mengawal segala perjalanan parti sebaliknya sebarang keputusan yang telah dibuat tidak boleh diganggu oleh seorang individu tanpa melalui persetujuan majoriti ahli majlis tertinggi parti.

* Pada aku sekiranya Hadi n the gang yang berkata-kata, pengsan bangun balik pun aku tak akan percaya.........trek rekod yang buktikan setelah dua kali harungi PRU

4 comments:

  1. X leh percaya....yg meletakkn calon dikawasan kawan parti mana...bukan ke PAS yg mletakkn calon2 d kawasan PKR..?? hinggakn BN menang.
    Bukan ke bekas MB Selangor Khalid Ibrahim orang PKR dan Selangor adalah untuk PKR mcm Kelantan untuk PAS..tapi kenapa PAS campor tangan bila PKR nak tukar MB...dan nak lantik MB Selangor masih nak campor tangan rumah tangga PKR.. Nama je parti ISLAM tapi sebenarnya parti MUNAFIK

    ReplyDelete
  2. kalau tak muhong bukan hadi marang laa..

    ReplyDelete
  3. Betul tu hud2...hadik kaki tuang presiden pembohong bersiri..dunia dia dlm sarban dia...

    ReplyDelete

  4. Dulu PAS bersama UMNO sebab PAS ketika itu tak kuat dan ahli tak ramai setakat di kampong-kampung.

    Tapi apa perlu PAS bersama UMNO ketika UMNO lemah dan PAS disokong oleh rakyat.

    Kemusnahan segala apa yang di usahakan oleh pemimpin sebelum ini berpunca pada dari Hj Hadi.

    Hadi telah merancang untuk satu kerjasama dengan UMNO semasa TGNA masih ada. PR diselamatkan kerana TGNA membantah keras usaha tersebut.

    Hadi semakin tua, semakin banyak menipu !

    ReplyDelete