SUNDAY, NOVEMBER 13, 2016
Apa lagi yg sakit sangat hati kita pada Tun Mahathir?
Oleh : Wfauzdin Ns
Dulu, sewaktu beliau menyerang Najib dan mengadakan Deklarasi Rakyat jatuhkan Najib, kita kata bahawa Mahathir hanya mahu turunkan Najib, bukan Umno/Bn.
Mahathir kemudiannya umumkan keluar Umno/Bn dan berceramah di merata2 tempat mengajak rakyat bersama2 jatuhkan Najib, Umno/Bn. Kita pun berkata, Mahathir tidak ikhlas kerana masih melupakan nasib Anwar di penjara. Maka, Mahathir pun bertemu dengan Anwar dan selama lebih kurang 45 minit mereka bertemu dan berbincang di sebuah bilik di mahkamah. Kedua2nya bersalam dan tersenyum gembira. Sekali lagi kita bertanya, "Ikhlaskah Mahathir itu?"
Apabila Anwar ditanya, adakah beliau telah memaafkan Mahathir?, Anwar menjawab dia telah lama memaafkan semua orang. Mengapa tidak tanya, ikhlaskah Anwar itu?
Tidak cukup dengan hanya Mahathir, baru-baru ini isteri beliau Dr Siti Hasmah berkunjung ke rumah isteri Anwar, Kak Wan di Segambut. Bukan Kak Wan yg datang ke rumah Siti Hasmah. Siti Hasmah diraikan sebagai tetamu istimewa oleh Kak Wan lebih dari satu jam. Mereka saling berpelukan, bergambar dan bertukar2 buah tangan. Mahukah kita bertanya juga, ikhlaskah Dr Siti Hasmah? Ikhlaskah Kak Wan?
Siang tadi Konvensyen Pakatan Harapan diadakan di Shah Alam. Semua parti Pembangkang dijemput, dan Tun Mahathir dan Muhyidin diberi peluang berucap. Ketibaan Mahathir di luar dan di dalam dewan, terdengar sesekali gema laungan Bebas Anwar dan Reformasi. Di hadapan Mahathir, kesemua wakil dari PH mengulangi bahawa Anwar adalah bakal PM jika PH ke Putrajaya.
Timbul pula tuduhan kononnya PH kini dikawal oleh Mahathir. Lawak sungguh tuduhan itu. Lojikkah Mahathir mengawal PH dan membiarkan laungan Bebas Anwar dan reformasi bergema, dan paling tidak masuk akal Mahathir kawal PH dengan mengistiharkan Anwar adalah bakal PM? Bukankah itu bermaksud Mahathir setuju Anwar menjadi PM ? Itu bukti Mahathir yg kawal PH?
Ada lagi cerita karut.... Apabila lencana Bebaskan Anwar ini disematkan ke baju Tun Mahathir sewaktu beliau hadir di Konvensyen PH siang tadi, ada yg bertanya apakah lencana ini boleh menghapuskan dosa2 lampau Mahathir?
Pertamanya, siapa kita untuk mengira dosa2 orang lain dan menilai penghapusan dosa2 orang lain? Samada dosanya diampunkan oleh Allah atau tidak, bukan urusan kita. Siapa pula yg akan menilai dosa2 kita?
Anwar telah lama memaafkan semua orang. Kemaafan yg Anwar berikan itu terpulang kpd Allah. Tugas kita hanyalah sentiasa mendoakan orang yg pernah berlaku zalim dan yg sedang melakukan kezaliman, agar berubah. Sizalim yg meneruskan kezalimannya, wajib kita lawan sekiranya masih tidak berubah.
Ada juga yg bertanya, benarkah Tun Mahathir ikhlas memakai lencana Bebaskan Anwar itu? Sekali lagi bukan tugas kita menggali apa yg ada dalam hati seseorang. Apakah berdosa besar Tun Mahathir yg pernah memenjarakan Anwar, kini mahu Anwar bebas?
Setahu aku, makhluk yg amat takut dan marah jika seseorang itu mahu berubah dari buruk kpd yg lebih baik itu, makhluk itu adalah Iblis dan Syaitan. Cukup2lah bersangka buruk. Cermin diri kita dulu, sebesar mana kita telah berusaha untuk menjatuhkan rejim sekarang?
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 7:13 am
Pautan lain: SALAHKAH BILA TUN M, MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ MAHU ANWAR DIBEBASKAN?

No comments:
Post a Comment