Menteri Britain bersuara lantang isu Syria, menteri kita bagaimana?
12 Oktober 2016 | RAJA BAHRIN SHAH
Di saat rakyat Syria, di Aleppo khususnya, di bom bertubi - tubi tanpa henti, Negara Islam lain tidak bersuara sekuat yang sepatutnya.
Di Malaysia pihak dan penyokong kerajaan lebih menumpu perhatian mengguna media perdana menyerang program konvoi Bersih 5 dan pembangkang yang ingin memperbaiki situasi Negara.
Di manakah letaknya keperihatinan mereka yang berkuasa di Malaysia ?
Di Britain, Menteri Luar Boris Johnson membuat gesaan luar biasa untuk orang ramai berdemonstrasi di luar kedutaan Russia di atas kekejaman jet pejuang Russia mengebom Aleppo.
Ini amat luar biasa datangnya dari Menteri luar Negara bukan Islam.
Menteri - menteri kita sepatutnya menggunakan kedudukan mereka bagi tujuan menimbulkan lagi banyak kesedaran dan protes.
Tidak semestinya hanya bila rakyat Malaysia menjadi mangsa baru hendak buka suara yang besar untuk politik tempatan sahaja.
Bukankah kita orang Islam semuanya bersaudara tidak kira di mana?
Gunakanlah pangkat dan kedudukan kamu untuk membela mereka yang tertindas dan dizalimi.
Pengaruh dan kuasa adalah untuk membela yang lemah dan bukan untuk kepentingan politik yang sempit bagi diri sendiri.
Itulah amanah yang amat besar di pikul oleh mereka yang diletak di atas dengan kuasa pemerintah dalam tangan mereka.
Raja Bahrin Shah adalah Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah.

No comments:
Post a Comment